Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya tahun 2020. Dan grad dengan distinction. Ameen
13 April 2020 (Day27 of MCO)
Showing posts with label nota hati. Show all posts
Showing posts with label nota hati. Show all posts

Jun 11, 2020

Can We Skip Pro-Exam?

Hai & assalammualaikum

Harini rasa macam hmm

Viva esok petang. Tapi sejak semalam, rasa macam serabut gilaaa

Banyak benda tak baca lagi. Banyak benda tak tahu lagi. And yet I'm still writing here.

Doakan aku gengs.

Btw nanti 1 Julai dah boleh balik kolej.

A part of me taknak balik kolej. And of course, another part suka je nak balik. Sebab kat situ la datangnya semangat nak belajar tu membuak-buak lepastu ada member. Buku semua ada kat bilik. Tinggal haritu sebab ingat cuti 2 minggu je.

Another part of me yg taknak balik kolej rasa takut. Macam mana kalau aku tengok kawan-kawan aku study lepastu aku cuak? Aku anxious? Sebab aku budak biasa-biasa je. Diorang baca sekali dah ingat. Aku baca banyak kali baru ingat.

Aku takut aku breakdown. Aku takut aku tak kuat

Aku takut

Dan aku takut untuk viva esok. Rasa nak nangis je

Nangis nangis nangis 

Kat bantal. Macam biasa

Doakan saya ye rakan-rakan. Saya doakan yang baik-baik juga untuk kalian :)

May 29, 2020

Of Mothers in Dramas (And Real Life)

Perasan tak antara rempah utama dalam cerita-cerita ialah parents yang tak setuju dengan pilihan anak diorang?

Aku cukup muak dengan senario yang sama. Muak

Ive had enough of mothers objecting their children's choices, lepastu sukati-sukati je jodohkan anak diorang???

Its not YOUR LIFE. Kenapa kau nak sibuk-sibuk?

Kau dah kahwin kan, dah ada suami, dah ada keluarga sendiri. Lepastu sibuk nak dictate hidup orang lain dah kenapa?

Its her/his life! Let them make their own choices! Let them make their own mistakes and be responsible for it

Buatnya dia kahwin dengan orang pilihan kau. Kau ingat diorang akan bahagia ke? Kalau bahagia, alhamdulillah. Kalau ada pape jadi dalam perkahwinan tu, benda pertama yang diorang akan ingat ialah mak ayah diorang yang paksa to be in that marriage

Lepastu kalau hati murni takpe. Kalau dibuatnya anak kau tu berdendam dengan kau sampai mati macam mana? Nanti kau jugak bising anak cucu kau tak balik kampung jenguk

Sudah-sudahlah tu wahai ibu ayah sekalian

Kalau betul kau didik anak kau tu, maka sudah tentu pilihan yang diorang buat pun pasti baik-baik belaka. Apa yang kau risau?

Sudah-sudahlah tu sumbat anak dengan makanan pilihan kau

Sudah-sudahlah tu

Lepastu bila dah banyak drama macamni, mak ayah yang tengok pun suka la sebab para direktor filem buat cerita ikut selera diorang. Yihhh

Anak kau dah besar. Bagi dia buat pilihan sendiri

Dia mesti tahu apa yang terbaik untuk dia. Apa yang kau boleh buat ialah doa. Sebab hati manusia ni Allah yang pegang. Nescaya, pasti baik-baik sahaja pilihan mereka

Okaylah done bebel. Lama sebenarnya nak bebel pasal isu ni tapi tetiba rajin lak. Hshshshs

P/s: Parents kami alhamdulillah dah restu kami berdua. Doa yang baik-baik sahaja oki

Salam sayang,
`Aqilah

Apr 13, 2020

Day-27 of MCO and Quick Midnight Rambling :)

Hi there. Assalammualaikum

Just so you know, today is literally Monday and tomorrow I have class at 2pm and we have study group at night. But I haven't finish my slide yet, though it was long due. *sigh

Sometimes, I do hate myself. Yep. 

Okay enough. So I have a story. And I'm gonna tell in English plus Malay okay. Jadi harapnya tak ada orang kecam :')

--------------------

I used to tell EVERYTHING to my parents. And my sisters. EVERYTHING.

From school, friends, teachers. Everything. 

Well except for relationship-related things cause nanti kena bebel okay. Aku malaih

Contoh relationship-related things masa sekolah rendah ialah:
- Crush
- Dapat surat cinta
- Dapat surat daripada adik angkat
- Dapat hadiah daripada adik angkat etc

Yep, you can guess.

So masa dekat sekolah menengah, mind you aku ni budak sekolah agama. Bukan SBP, tapi berasrama penuh.

I used to tell everything to my family too. The good ones. The bad ones.

Tapi aku mula sedar, yang setiap kali aku bawa berita buruk yang berlaku dekat aku, kakak aku akan kata "Nama je budak sekolah agama, tapi..."

She's not the only one though yang cakap macamtu. Ada beberapa ayat lain jugak, yang ada maksud yang sama tapi aku ingat yang ni je.

At one point, aku macam. Okay takpelah. Lepasni aku bagitahu benda baik-baik je dekat diorang. Yang buruk-buruk ni bagi aku simpan. Telan dalam-dalam. 

My point of escape at that point was my friends. Practically they knew everything. EVERYTHING.

Takdelah semua benda. Tapi apa basic benda yang diorang kena tahu sebagai kawan, diorang tahu la. Gitu

Itu sebab yang rapat dengan aku dua orang je. So, it was a very small circle. And I enjoyed being with them. Ada satu kisah ni, yang mana aku rasa sedih gila, down nak mampus. Tapi aku tak boleh pilih nak call mana satu, sebab takut yang seorang lagi terasa. So apa jadi? Aku telan sorang-sorang jugak :')

My pain, are not as painful as yours. Aku tak hidup susah. Keluarga aku sederhana, bahagia. Kawan aku baik-baik. I have the best things in life and I'm not complaining. Tapi kadang benda buruk dan menyakitkan hati jadi, dan luka papercut kau ibarat luka orang buat laparotomy dekat aku. Get it?

Everyone have a different type of pain. So don't you dare compare YOUR PAIN with me, okay? 

Now that we have reach an understanding, GOOD.

Sekarang aku pelajar universiti. Dan tengah final year pun ni. Haha

My circle of friends? Well, there are few of them. Small ones, big ones. Dan aku macam stuck kadang-kadang.

My life, my stories, my pain. Tak semua orang tahu benda yang sama.

Cause my memories with them differ. So aku takboleh nak expect contohnya kawan sekolah aku faham lawak medikal ke apa. Sama macam aku takboleh nak bergosip pasal budak sekolah dekat kawan asasi. Benda tu tak valid. Tak fun

And the only person yang basically tahu semua benda sekarang ialah kesayangan 💞
Not really semua benda. Tapi, like majority benda yang berlaku dalam hidup aku, aku cerita dekat dia.

Cause I trust him

And I can't help but to feel that I'm such a burden. *sigh
Sebab aku asyik cerita banyakkkk benda dekat dia. Dia tak bosan ke? Dia tak rasa terbeban ke? Dia judge aku macam mana lepas dengar cerita tadi?

Semua benda lah yang kau rasa kau boleh fikir, I already thought it.

Lepastu ada satu cerita kelakar ni. Menarik la jugak sebab cam ada kaitan

Aku ada seorang kawan ni. Aku panggil dia Fad. She's basically my twin dalam dunia halaqah. Bukan sebab muka kitorg sama, bukan jugak sebab birthday sama. Tapi sebab dia buddy aku. So camtulah, malas nak cerita panjang. haha

Basically apa-apa inconvenience yang berlaku dalam dunia tarbiah, dan aku rasa cam nak rant, aku akan pergi ke Fad dulu. So orang kalau nak tanya aku okay ke tak, diorang akan tanya Fad. Dan vice versa

Haritu aku mengadu dekat Fad pasal seorang kawan. Dia ni reply ayat aku dalam group macam menjatuhkan aku la. So aku balas la balik. Keadaan dalam group tu agak tegang ye. Sebab saya memang tak suka nak simpan-simpan ni. Kalau tak puas hati, aku cakap terus. But no, dia tak faham kenapa aku marah dengan reply dia yang macamtu. And aku bet, separuh manusia dalam group tu pun tak faham kenapa aku triggered sangat.

So what I did? Aku pergi kat Fad. Hahahha sakai en?

Lepastu setelah dapat kata-kata penyelesaian dan motivasi daripada Fad, tiba-tiba dia cakap kat aku ayat yang berbunyi lebih kurang macamni

' Aku kadang amazed dengan kau dengan sebab kau boleh cerita apa-apa dekat orang. Kalau aku ada masalah, aku lagi suka simpan. Sebabtu aku macamni kot. '

Ayat dia panjang ye. Ni aku singkatkan pastu aku twist sikit. Hshshshs

Menarik, kan?

Sebab aku rasa perangai kuat mengadu ni membuatkan orang annoyed. Tapi ada rupanya orang yang jealous dengan perangai yang tak semenggah ni.

Aku kuat mengadu ye. Bukan mengadu domba...

Oh well, anyhow. Tak tahu kenapa nak ramble malam-malam pasal benda yang sangatlah tak significant. 

But I guess it helps. Sebab tadi aku rasa shitty gila. Haha

Semoga diberikan semangat dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan dengan cemerlang, dearself. 

You can do this!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

' Macam Nisa, Nisa aim nak dapat vice chansellor award. '
- Khairunnisa, 2020







Oct 10, 2019

Remembered

Hi assalammualaikum

Just wanted to tell something. 

So haritu ada orang request nak follow dekat ig. Tengok-tengok rupanya kawan aku sendiri. Aku follow dia, tapi dia tak follow aku sebab aku buang dia dari followers aku :") 

Jahat, kan? Hmm

Bila tengok balik post aku, last dia like dalam bulan April. So kalau nak kira sampai Oktober, dalam 7 bulan jugaklah untuk dia sedar yang dia tak follow aku. Haha

Attention seeker kan aku ni? 

Entahlah. So aku approve jelah. Sebab kawan, kan? Ingatkan sampai bila-bila takkan sedar kewujudan aku. Takkan perasan yang aku ada dekat sini. Takkan ingat dekat aku dah.

I guess you remember me now, huh?

Maaf sebab emo. Tapi aku pernah utarakan dekat kau, utarakan dekat kawan kita lagi satu. But then, isu tu kena dismissed macamtu je. Apa yang jadi kat aku?

Aku rasa terabai. Macam budak-budak tak cukup kasih sayang

Sedih

Sampai sekarang pun sedih. Kelakar

Kadang, aku fikir yang kau akan rindu aku tak bila aku dah tak ada nanti? But then, kau mana ingat dekat aku, apatah lagi rindu.

Rasa macam bodoh sebab mengharapkan perhatian dekat orang yang obviously tak pentingkan aku sikit pun dalam hidup dia.

I am no one. Dulu, kini dan mungkin selamanya.

Aku harap kau baik-baik sahaja kawan.


Dan kalau nak lupa, tolong lupakan aku betul-betul. Please. Jangan tiba-tiba nak datang balik lepastu buat macam tak ada apa-apa jadi.

Aku dah tak ingat kisah perit ni tapi terpaksa ingat balik sejak dapat request daripada kau. 

Till then, may Allah bless you



Aug 7, 2019

Forgotten




"..Forever is a long time to make small talks"

I'm just gonna drop this here. Until I'm well enough to talk about this issue

Lets just pray that `Aqilah is going to be just fine, okay :)

Jan 25, 2019

Call Me Gatal But I Just Want To Answer This

Hai dan assalammualaikum :)

Beberapa hari yang lepas, bae aka Amalia ws aku satu tweet ni.
Dekat tweet @aliazamani tu, dia kata


Bila dah ada niat nak kahwin, ask yourself:

1. Sebab apa nak kahwin? Pressure orang sekeliling/sbb umur/memang dah ready?
2. Sebab apa pilih si dia? Rupa/harta/education?
3. Dah ready nak dengar cakap suami? bla3

So aku malas nak post tweet dia kat sini, tapi rajin nak salin balik. Lewls

Bila aku tanya bae, kenapa dia bagi aku. Dia kata sebab aku nak kahwin, so tu macam checklist 😂

Amaran: Kalau korang rasa post aku ni geli2, bolehlah skip eh. Hahahhahaha

Harini 25 Jan 2019, dan inilah jawapan aku.


1. Sebab apa nak kahwin? Pressure orang sekeliling/sbb umur/memang dah ready?

Sebab apa kahwin eh? Sebab sayang.
Sebab taknak lepaskan orang yang aku sayang dekat orang lain.
Sebab setelah sekian lama kenal, sayang ni tetap ada untuk dia. Tidak berkurang, malah makin bertambah.

Setiap hari, semakin aku kenal dia semakin aku sayang dia.
Makin aku tahu personaliti dia, semakin aku yakin yang dialah orangnya.

I love him, and I want to grow old with him :)



2. Sebab apa pilih si dia? Rupa/harta/education?

Aku pilih dia sebab personaliti dia. Attitude dia, setianya dia.

Dia seorang yang penyabar. Sangat penyabar. Aku dengan dia macam api dengan ais.
He cools me down bila aku nak mengamuk. 
Dia pendengar yang setia. He listens to me attentively. 
Macam mama, his voice soothes me. Suka dengar suara dia, suka lagi tengok senyuman dia
Dia anak yang baik, seorang abang dan adik yang baik
Dia hamba yang soleh, selalu jaga solat
Dia kawan yang baik

Kalau kitorang ada isu, kitorang akan bincang baik-baik,
settlekan betul2
Sebab sayang, dan taknak gaduh lama2.

Aku boleh cerita dekat dia pasal halaqah, pasal program dakwah, pasal kawan, pasal medic
Aku boleh cerita macam2 dekat dia,
Dan dia faham, dia terima

Kalau dia tak terima, kitorang try bincang balik. Tapi akulah jenis keras kepala. Nak menang jugak 😅
Saya minta maaf awak. Hehe

Aku banyak kali jauhkan diri daripada dia dulu2, tapi dia tetap setia menunggu. Dan bersabar.

Dah dalam 8 tahun kitorang kenal, dan masih rapat dari dulu sampai sekarang.

He's my best friend. And I'm so lucky to fall in love with him :)



3. Dah ready nak dengar cakap suami?

Sejujurnya, kalau dia cakap, iAllah aku dengar. Selagi tak melanggar syarak etc.

Aku jenis susah nak dengar cakap orang, nasihat orang. Jenis yang melawan, membantah, nak rebel. Tapi lepastu aku buatlah. Tapi kena rebel dulu. Hahahahaha

Tapi apa dia cakap, apa2 nasihat yang dia bagi, akan buat aku terdiam. 
Buat aku fikir, lepastu aku boleh ikut. 

Bila dengan orang lain, aku macam harimau, tapi dengan dia, aku macam kucing 😂
Dan tak ramai boleh buat aku macamtu. Beberapa manusia sahaja yang boleh buat aku macamtu.

Mungkin itu satu petanda yang aku akan jadi seorang isteri yang baik? Hiks

Okay gatal.

Tapi betullah. Kalau nak cari suami, cari yang kau boleh dengar cakap dia. Yang kau hormat. Yang kau tahu, kau dengar cakap dia sebab kau sayang. Bukan sebab kau takut.


Sooooooo, itu sahaja kot jawapan aku, setakat ini.

Nak taip banyak2 karang orang yang baca ni muntah. Hahahahha

So yeah



Aku kenal dia daripada aku form 2++. Nak dekat akhir tahun jugaklah.
Lama gila kenal, kan? Sekarang dah 22 tahun 4 bulan. Lewls

Cadang nak kahwin in few years lagi, IAllah. Lama lagi tapi, baik korang doakan kitorang okay 😂


Nak habiskan medschool dengan jayanya dulu. Ameen


p/s: Sesungguhnya, aku tak mencari pun orang istimewa dalam hati. Tapi, orang tu rupanya depan mata je. Cewah

nota kaki: Maaf, tapi aku harap korang tak muntah 😆

Till then, assalammualaikum :)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kepada sayang saya, yang pembaca setia blog ni.

Saya harap awak cepat sembuh. Syafakallah :)

Dec 30, 2018

To All the People I Have Hurt Before

Hi. 

Its almost 3 hours past midnight and here I am, writing this post to you.

Today is 30th December, and we got 1 day left till its 2019. 

My wishes for 2019 is so that I can speak without hurting other people.

So, to all the people that I have hurt before,

I am deeply sorry for the pain that I have caused,
and the harsh words that I have said,
and all my wrongdoings to you.

I am so sorry.

Thank you for reminding me of my mistakes,
for I might not know that whatever I did, hurt you in any way.

Thank you for always being there,
And did not push me away 
When you could always do so.

I am deeply sorry,
For I know that no matter how much I apologize,
and how much you have forgiven me,
The pain would always be there.

The scar would remain.
And the memories would linger in your head.

Again, I am so sorry.

May Farhana 'Aqilah would always remain kind. Ameen

Sep 21, 2018

Brain Vs Body

Hai dan assalammualaikum :)


Okay cuba ingat scene dekat movie 'Kimi No Nawa' yang part lelaki dengan perempuan tu bangun pagi dan menangis. Tapi diorang tak ingat apa-apa?

Pelik kan? Dan macam tak make sense. 

Seolah-olah badan diorang tahu sesuatu yang minda diorang tak tahu.

Menarik kan?

Pernah jugaklah benda ni terjadi beberapa kali dekat aku.

Sebelum tidur, tiba-tiba air mata mengalir. Padahal tak sedih pun. Dan tak faham kenapa nak menangis. But I just did.

Bukan malamni eh. Malamni memang sendu semacam. Lewls

Lepastu kadang-kadang ada benda buruk nak jadi, atau dah jadi.

Otak aku dah calculate all the possibilities dan memang boleh terjadi sesuatu yang buruk. Atau dah jadi dah pun. Tapi hati aku tenang je. Tak tahu kenapa

Dan aku macam hadapi benda tu tenang je. 

Walaupun hakikatnya aku patut diisi dengan pelbagai emosi. Tapi dia punya impulse tu macam stuck dekat medulla oblongata je. Tak sampai spine. Hahahahha

Hambar sangat kay.

Btw, kalau salah part neuro, I'm so sorry 😂

Mungkin memang ada sesuatu yang Allah ciptakan pada badan kita, yang badan kita boleh bertindak balas, tapi otak kita tak dapat sense. 

Aku tak tahulah apa aku cakap ni make sense ke tak. Hahaha

Tapi ini hanyalah sebahagian daripada beberapa perkara yang aku selalu terfikir dan soal dekat diri sendiri.

Glad that I finally typed it out. Hahha

Mana tahu boleh buat research ke kan lepasni. Hewhew

Okay itu je. Good night

Aug 14, 2018

The Past, Present, And Future

Hi and assalammualaikum ! :)

So I've just watched this movie, Tomorrowland - 2015 and it was awesome! 
Okay not exactly awesome awesome but I have an excerpt that I can quote and I can't wait to type it down somewhere. So, here we go

Disclaimer: I changed a few words and sentences to make it more dramatic? Tehee




Let's imagine
If you glimpse the future,
and were frightened by what you saw,
what would you do with this information?

The probability of widespread annihilation kept going up
And what reasonable human being 
wouldn't be galvanized
by the potential destruction of everything 
we're ever known or loved?

How do you think we responded to the prospect of imminent doom?
We gobbled it up, like a chocolate eclair
We didn't fear our demise, 
we repackaged it.

It can be enjoyed as video games, TV shows, books, movies.
The entire world wholeheartedly embraced the apocalypse,
and sprinted towards it with gleeful abandon.

Meanwhile, our Earth was crumbling all around us,
we got simultaneous epidemics of obesity and starvation,
Bees and butterflies start to dissapear,
The glaciers melt,
Algae blooms all around us,
The coal mine canaries are dropping dead,
And we won't take the hint!

In every moment,
There was a possibility of a better future,
But we won't believe it,
And because we won't believe it, 
we wouldn't do what is necessary
to make it a reality.

So we dwell on this terrible future,
We resign ourselves to it,
for one reason.

Because that future doesn't ask anything of us today.

We saw the iceberg,
We warned the 'Titanic'
But we all just steered at it anyway,
Full steam ahead.

Why?

Because we want to sink,
Because we gave up.




Feb 15, 2018

2017 Birthday Wishes

Hi there and assalammualaikum!

Today is 15 of February 2018 and I hope its not too late for me to post the birthday wishes that I received last year (or a few months ago I'd say).

You may know these people. And you may not know them.

For some people that you are suspicious or something, just let me know, okay? Do not assume. Just saying :')











Soo these are their wishes. I think I also received calls for my birthday but I couldnt recall. Hahhahahah

Anywayyy, alhamdulillah and thank you for all the wishes and doa.

Now (2018), I'm already 22. Lol!

Hoping for a better future and a better version of myself. Ameen



Jan 19, 2018

Ache

Hi there,

Today (19th January 2018) will be the last day of my final exam! Yayy
Well, glad that something is over. Alhamdulillah

The reason I'm writing here is because there are so much thing to say but no one eligible enough to hear.

Because every time I'm feeling like telling someone all my sorrows and insecurities, there must be this inner whisper that says that I'm just a burden to them. And they may listen, but they will never understand. And all those negative stuffs T-T

And it seems that crying is so much easier now, I dont even know why. I guess I'm back to 2011-2013.

Talking about that, I really really want to have a deep conversation with my bestfriends, and just let it all out. All the pain that I've put aside all these years. I know I have hurt them too, but can we just all be so honest for once and cry and hug each other. To forgive, and perhaps forget.

I cant be mad for the ones I love for so long. And it seems that it had been years,huh girls? I still remember the pain. The pain that mould me into who I am now.

Once, someone asked me, what is my biggest achievement?

I said to her, my biggest achievement would be, being the one that didnt leave although I have the biggest urge to do that. 

And I ended up telling my story. From the way she reacted, I knew what I considered to be my biggest achievement is nothing but a speck of dust to her.

Btw, the reason I'm writing is not about that.

I guess we all had been hurt by the ones we love, be it once, twice or multiple times.

So its either you forget, and forgive. Or to just keep that flame in your heart.

You choose.

And I choose to be happy.

Although I am not really sure how, and when. But I hope that I will live a content life. Ameen

There are too much thing to say, indeed. And I need a human ear to listen out.

May I found a good listener one day, ameen.

Till then, assalammualaikum :)



Oct 23, 2017

Lets talk About Love

Hi and assalammualaikum

For all the better reasons, I dont know how to start. Hahaha
But let me shorten this up for you. 

I think I'm in love
I know I'm in love

And that is the most beautiful feeling that you have ever known. 

Lets just start this post with a story of my past.

I have known this guy in what time can say, since forever.
Naa, just kidding.

But from the moment we started to get to know each other, I knew that he is forever.

It took me some time, though. To realize that. 

It took days, weeks, or even months of separation for me to realize that.
I distanced myself from him few times. And it was very painful. Deeply painful.
The more distance I put between us, the more closer we get.
Each and every time, the person that I'll see at the end of the road is him.
Always him.

Not a single person on the Earth can make me feel like this.

I'm really blessed to have him in my life.
Though I distanced myself, he is always waiting. With patience and I guess, love.
Waiting for me to find him;
Waiting for me to get his hints;

He's been waiting for me for years. I wonder how he do that.

Honestly, if you have found someone that love you that much. Never, ever let them go. Never.

So, I really need help from you guys. Pray for us, okay?

Cause I love him so much and I would love to spend my whole life with him.
May me and my partner find happiness in our lives, Ameen.


And to you, love. Thank you :)


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

May the feelings that we have towards Allah is not blinded by our love towards His creations. 

And may we prepare ourselves towards the future. Ameen









Jul 14, 2017

Syawal : Bulan Kemenangan

Hai semua dan assalammualaikum.

Kalau tak terlambat, selamat hari raya ! Heee 

Sebenarnya nak membebel dekat twitter tapi nanti ramai pulak menyampah. Soooo aku bebel dekat sini jelah ye.

Tadi aku baru dengar pengisian daripada seorang akhwat. So, aku bercadang untuk share dekat sini.

Kalau diikutkan, harini dah 20 Syawal ! Maka, sudah hari ke-20 untuk kita berayaaa. Yippie!

Jadi, apakah erti raya bagi anda? 

Kita beraya sebab nak meraikan kemenangan. Kemenangan kita dalam melawan hawa nafsu semasa Ramadhan. Tapi, apa yang jadi sekarang? Semakin raya, semakin hilang semangat Ramadhan. Sobs :'(

Kalau melihat kepada haji, yang dikatakan haji mabrur ialah bila orang tu balik daripada haji, dia akan lebih banyak amalan. Dia akan lebih dekat dengan Allah taala.
Jadi, kalau puasa mabrur, apabila lepas Ramadhan, dia akan makin dekat dengan Allah. Cuba lihat balik diri kita. Adakah semasa Syawal ni kita makin dekat dengan Allah, or kita semakin kurang pula amalan berbanding Ramadhan? Hmm

Hamba Ramadhan kah kita ni? Hmm(makin banyak)

Dalam surah Al-Baqarah, 2: 183 dimana dalil berpuasa semasa bulan Ramadhan, berbunyi
" Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. "


"...agar kamu bertaqwa."


AGAR . KAMU . BERTAQWA

Sejauh mana amalan kita semasa Ramadhan dapat menjadikan kita sebagai orang yang bertaqwa? Adakah semasa Syawal ni, yang baru beberapa hari selepas Ramadhan, kita makin bertaqwa? Kita sendiri boleh ukur tahap ketaqwaan diri kita banyak mana.

Aku pernah cerita dalam twitter aku, bagaimana persediaan sahabat dalam menghadapi Ramadhan. So, aku cerita balik dalam ni okay?

Alkisahnya Rasulullah bersama sahabat akan prepare 6 bulan sebelum Ramadhan. Jadi, apa yang diorang prepare?
1. Diorang akan berdoa semoga Allah sampaikan mereka dalam bulan Ramadhan
2. Mengingati Ramadhan serta kelebihannya
3. Meningkatkan amal ibadat. Supaya bila dah masuk bulan Ramadhan, diorang punya amalan tu dah masuk gear 4. Hee

Selepas Ramadhan, Rasulullah dan sahabat pun ada preparation tau!
1. Preparation untuk Ramadhan seterusnya
2. Berdoa agar amalan mereka sewaktu Ramadhan diterima Allah taala


Maka, para sahabat sekalian, jangan sebelum Ramadhan je prepare. Lepas Ramadhan pun kena konsisten jugak okay?

Pastikan sekarang ni, kita punya amalan meningkat. Dan pastikan setiap amal perbuatan kita mempunyai nilai.

Bila kita kerja, pastikan ada nilai. Bila kita dengan family, pastikan ada nilai. Pada aku, nak tahu nilai ni ada ke tak, bila kita tak bersama diorang, amal baik yang kita tunjuk atau ajar, diorang akan turut amalkan. Senang cerita, amal kita meninggalkan impak untuk diri sendiri dan orang sekeliling.

Itulah bila kita tahu samada perbuatan kita tu ada nilai ataupun tidak.

Okay then. Ini je bebelan aku. Harapnya bermanfaat, iAllah.

Kalau ada soalan or tak faham, boleh komen dibawah okay?

Semoga Allah mudahkan jalan kita untuk menjadi hamba yang lebih baik berbanding sebelum ni. Ameen

Assalammualaikum :)

Jun 3, 2017

Telefon Baru

"Bang Mal. Abang tak tengok lagi kan telefon baru Hana?Hehehe" Sengih Hana sambil menunjukkan telefon baru kepada abangnya itu. 

"Haa, ni mesti beli guna duit mama. Tak habis-habis menyusahkan mama. Ish ish ish. Patutlah mama sayang abang lebih." Balas Ajmal kepada adiknya sambil membelek-belek telefon berjenama Hippo itu.

Suka dia melihat Hana menarik muncung. Merajuk lah tu konon. Semalam dia baru sampai rumah dari universiti. Dia memang jarang balik berbanding rakan yang lain. Kebetulan adiknya, Hana turut berada di rumah sementara menunggu tawaran ijazah. 

"Mana ada. Hana guna duit sendiri tau. Duit elaun yang dapat masa matriks dulu. Tak susahkan mama pun." 

Ajmal hanya tersenyum. 'Dah besar adik aku ni.'Bisiknya dalam hati.

"Lepastu kan Bang Mal, telefon ni besar tau memory dia. Banyak dah Hana install. Ada Whatsapp, Telegram, Twitter, Tumblr, haa macam-macamlah. Mula-mula Hana install Facebook. Tapi sebab notification dia annoying sangat, Hana uninstall. Hehehe." 

Panjang lebar Hana bercerita. Bukan senang nak berjumpa dengan abangnya yang seorang ini. Itu yang membuatkan dia dengan penuh semangat bercerita kepada abangnya tentang perkara-perkara yang tidak berapa penting. 

"Amboi. Bukan main lagi dia. Tapi kan Hana,..." Kata Ajmal sambil memandang adiknya dengan pandangan serius. Sengaja menimbulkan suspens.

"Apa diaa?"

"Tapi, dah install Al-Quran belum? Waktu solat dengan azan sini?" 

"Erm, belum."

"Haa, patutnya bila dah dapat telefon baru, install yang tu dulu. Bukan benda lain. Faham?"

"Okay Bang Mal..." Balas hana dengan kepala tertunduk ke lantai. 

"Dah, takpayah nak sedih sangat. Pergi install sekarang."

"Baikk."


-------------------------------------------------------------------------------------------

Semoga dalam setiap nikmat yang dapat kita rasai, kita akan lebih menghargai Allah dan bersyukur ke atasNya  ;)


P/s: Abang Mal ni Ajmal Anaqi dalam cerita Tsabat. Hewhew









May 31, 2017

Distance

The sun is filling up the room
And I can hear you dreaming
Do you feel the way I do right now?
I wish we would just give up
Cause the best part is falling
Call it anything but love

And I will make sure to keep my distance
Say, "I love you," when you're not listening
And how long can we keep this up, up, up?

Please don't stand so close to me
I'm having trouble breathing
I'm afraid of what you'll see right now
I give you everything I am
All my broken heart beats
Until I know you'll understand

And I will make sure to keep my distance
Say, "I love you," when you're not listening
And how long can we keep this up, up, up?

And I keep waiting
For you to take me
You keep waiting
To save what we have

So I'll make sure to keep my distance
Say, "I love you," when you're not listening
And how long can we keep this up, up, up?

Make sure to keep my distance
Say, "I love you," when you're not listening
How long 'til we call this love, love, love?

Apr 19, 2017

#Keliru

Okay, 1st sekali, kalau rumet, bae dengan sara tengok tajuk ni, mesti dah kena gelak habis. Inside joke. Lololol

Okay, fokus.

Secara jujurnya, aku tengah serabut dan keliru dan gembira tapi sedih. All those feelings come rushing to me all at once.

I talked to Allah. So Allah already knew. I didn't talk to my friends, except Rai. But it doesn't help much. I didn't write in my diary(ages since I've last written anything). So, I wrote in here. In hopes that this blog of mine doesn't have that much viewer and well, isolated from those who knew I existed.

Nak tulis dalam bahasa melayu or english pun keliru gak. Hahahaha 

Bear with me please.

And so I met this guy. I like him. He likes me(I think so). Yeah, we like each other yada yada yada. I want to marry him so much it hurts. 

Sakit. Sangat sakit.

Cause you knew the feeling is real but there's nothing you can do except for doa dan bertawakal pada Allah.

Berdoa agar hati diberikan kesabaran untuk tahun-tahun yang mendatang sebelum masanya tiba. 
Berdoa agar disatukan, jika benar dia untuk aku, dan aku untuknya.
Berdoa agar hati tidak berubah.

dan bertawakal atas segala yang berlaku, jika ianya bukan yang aku pinta.

Aku berharap sangat-sangat bahawa tempat tiga teratas di hati aku masih sama, dan bukannya dia. Tempat yang dahulunya untuk

1. Allah
2. Rasul, dan
3. Jihad

Tapi, bila kita mula sedar hakikat itu, apa yang jadi? Berantakan semuanya...

Sedih bila kau mula rasa sedikit demi sedikit, carta hati itu berubah. 
Sedih bila kau mula banyak terfikir pasal orang tu sedangkan kau patut berfikir macam mana nak tegakkan Islam.
Sedih bila kau mula berfantasi tentang kehidupan selepas bernikah sedangkan kau patut berfantasi tentang keindahan syurga bila dah merasa peritnya dunia.
Sedih bila kau makin tenggelam dalam kemaksiatan sedangkan banyak lagi jalan ke arah kebaikan.
Sedih bila kau punya kesedihan tidak lagi diluahkan dengan air mata, tetapi dengan kata-kata.

Aku dah tak pandai nak menangis sekarang ni. Menangis gembira, mahupun menangis sedih. I just can't shed my tears. Aku sendiri tak tahu kenapa.

Adakah hati ini dah terlalu gelap bila terjerumus dalam kancah kasih sayang begini?
Adakah hati ini dah terlalu keras untuk menerima peringatan?
Adakah hati ini patut diberi sahaja yang baru?

Sungguh, aku tak tahu.

Tapi, yang aku tahu, aku perlu jauhkan diri daripada kau. Cause I can't handle all this burden. It's killing me. Its killing inside me. 

I've tried to distance myself from you. You know I've tried. Heavens know I've tried.

Tapi apa jadi? Distance only made us closer.

Sungguh, tak tertanggung perasaan ini.

If only I can love Allah this much. Then, my heart will be at peace.

Mungkin aku patut cuba dengan lebih bersungguh-sungguh. Mungkin Allah nak tengok lagi usaha aku. Mungkin kita berdua kena tingkatkan lagi agama dalam diri kita. Mungkin ada sesuatu yang akan kita pelajari nanti. Mungkin...mungkin...

Seribu satu kemungkinan yang aku takkan tahu...

Hanya masa sebagai penentu.

Jadi, sementara itu, aku harap kau faham.
Aku harap sangat-sangat yang kau faham.

Bahawa aku perlukan masa untuk kukuhkan ketiga tempat teratas di hati.

Kalau tak, aku akan kekal begini. Serabut, keliru, gelisah.
Ya, perasaan suka itu ada. Tapi ianya tidak menenangkan aku.

Mana mungkin hati yang Allah pegang akan merasa tenang dalam buatnya maksiat.
Mana mungkin...

Aku minta maaf. Tapi, untuk masa sekarang, inilah yang terbaik.

Semoga dengan izin Allah, kau dan aku akan disatukan.
Ameen.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari Nawwas bin Sam’an radhiallahuanhu, dari Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda : “Kebaikan adalah akhlak yang baik, dan dosa adalah apa yang terasa menganggu jiwamu dan engkau tidak suka jika diketahui manusia “
(Riwayat Muslim)



.