Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya tahun 2020. Dan grad dengan distinction. Ameen
13 April 2020 (Day27 of MCO)

Jan 25, 2019

Call Me Gatal But I Just Want To Answer This

Hai dan assalammualaikum :)

Beberapa hari yang lepas, bae aka Amalia ws aku satu tweet ni.
Dekat tweet @aliazamani tu, dia kata


Bila dah ada niat nak kahwin, ask yourself:

1. Sebab apa nak kahwin? Pressure orang sekeliling/sbb umur/memang dah ready?
2. Sebab apa pilih si dia? Rupa/harta/education?
3. Dah ready nak dengar cakap suami? bla3

So aku malas nak post tweet dia kat sini, tapi rajin nak salin balik. Lewls

Bila aku tanya bae, kenapa dia bagi aku. Dia kata sebab aku nak kahwin, so tu macam checklist 😂

Amaran: Kalau korang rasa post aku ni geli2, bolehlah skip eh. Hahahhahaha

Harini 25 Jan 2019, dan inilah jawapan aku.


1. Sebab apa nak kahwin? Pressure orang sekeliling/sbb umur/memang dah ready?

Sebab apa kahwin eh? Sebab sayang.
Sebab taknak lepaskan orang yang aku sayang dekat orang lain.
Sebab setelah sekian lama kenal, sayang ni tetap ada untuk dia. Tidak berkurang, malah makin bertambah.

Setiap hari, semakin aku kenal dia semakin aku sayang dia.
Makin aku tahu personaliti dia, semakin aku yakin yang dialah orangnya.

I love him, and I want to grow old with him :)



2. Sebab apa pilih si dia? Rupa/harta/education?

Aku pilih dia sebab personaliti dia. Attitude dia, setianya dia.

Dia seorang yang penyabar. Sangat penyabar. Aku dengan dia macam api dengan ais.
He cools me down bila aku nak mengamuk. 
Dia pendengar yang setia. He listens to me attentively. 
Macam mama, his voice soothes me. Suka dengar suara dia, suka lagi tengok senyuman dia
Dia anak yang baik, seorang abang dan adik yang baik
Dia hamba yang soleh, selalu jaga solat
Dia kawan yang baik

Kalau kitorang ada isu, kitorang akan bincang baik-baik,
settlekan betul2
Sebab sayang, dan taknak gaduh lama2.

Aku boleh cerita dekat dia pasal halaqah, pasal program dakwah, pasal kawan, pasal medic
Aku boleh cerita macam2 dekat dia,
Dan dia faham, dia terima

Kalau dia tak terima, kitorang try bincang balik. Tapi akulah jenis keras kepala. Nak menang jugak 😅
Saya minta maaf awak. Hehe

Aku banyak kali jauhkan diri daripada dia dulu2, tapi dia tetap setia menunggu. Dan bersabar.

Dah dalam 8 tahun kitorang kenal, dan masih rapat dari dulu sampai sekarang.

He's my best friend. And I'm so lucky to fall in love with him :)



3. Dah ready nak dengar cakap suami?

Sejujurnya, kalau dia cakap, iAllah aku dengar. Selagi tak melanggar syarak etc.

Aku jenis susah nak dengar cakap orang, nasihat orang. Jenis yang melawan, membantah, nak rebel. Tapi lepastu aku buatlah. Tapi kena rebel dulu. Hahahahaha

Tapi apa dia cakap, apa2 nasihat yang dia bagi, akan buat aku terdiam. 
Buat aku fikir, lepastu aku boleh ikut. 

Bila dengan orang lain, aku macam harimau, tapi dengan dia, aku macam kucing 😂
Dan tak ramai boleh buat aku macamtu. Beberapa manusia sahaja yang boleh buat aku macamtu.

Mungkin itu satu petanda yang aku akan jadi seorang isteri yang baik? Hiks

Okay gatal.

Tapi betullah. Kalau nak cari suami, cari yang kau boleh dengar cakap dia. Yang kau hormat. Yang kau tahu, kau dengar cakap dia sebab kau sayang. Bukan sebab kau takut.


Sooooooo, itu sahaja kot jawapan aku, setakat ini.

Nak taip banyak2 karang orang yang baca ni muntah. Hahahahha

So yeah



Aku kenal dia daripada aku form 2++. Nak dekat akhir tahun jugaklah.
Lama gila kenal, kan? Sekarang dah 22 tahun 4 bulan. Lewls

Cadang nak kahwin in few years lagi, IAllah. Lama lagi tapi, baik korang doakan kitorang okay 😂


Nak habiskan medschool dengan jayanya dulu. Ameen


p/s: Sesungguhnya, aku tak mencari pun orang istimewa dalam hati. Tapi, orang tu rupanya depan mata je. Cewah

nota kaki: Maaf, tapi aku harap korang tak muntah 😆

Till then, assalammualaikum :)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kepada sayang saya, yang pembaca setia blog ni.

Saya harap awak cepat sembuh. Syafakallah :)

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment :)

.