Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya tahun 2020. Dan grad dengan distinction. Ameen
13 April 2020 (Day27 of MCO)
Showing posts with label medic. Show all posts
Showing posts with label medic. Show all posts

Oct 22, 2020

Medical Student - Getting Into Ward During Covid Era



Hai and assalammualaikum

This post was supposed to be posted on my facebook account. Tapi sebab sis takut kena kecam so I'm just gonna put this here okay?

Maaflah ye kalau menaip dengan bahasa baku. Hshshshshs

---




Just a random story on a random night.

Berharap pada masa hadapan nanti, baca balik lepastu gelak- gelak mengenangkan zaman belajar.


Kisah ini berlaku pada hari pertama untuk posting yang ketiga. Btw, saya bukan lagi pelajar tahun 5, tetapi tahun 5 lanjutan. As my friends said, chronic 5 year students πŸ˜‚πŸ˜…

All because of covid

Pada hari Isnin ni, kumpulan kami disusun di satu wad kanak-kanak yang tidak ada ramai pesakit [ read: 4D ]. Dan kebetulan kami ada 6 orang, pesakit pun ada 6. Jadi mengikut SOP covid, seorang pesakit hanya seorang pelajar yang boleh temubual (clerk). Setelah taklimat di jabatan, kami pun mengorak langkah ke wad. Alkisahnya bermula apabila saya dan seorang lagi rakan di-reject oleh ibu-ibu pesakit.

Seorang sudah tidak larat untuk ditemubual. Manakala seorang lagi, anaknya baru sahaja tidur dan dia risau anaknya akan terjaga nanti. Maka dengan semangat membara dan tidak putus asa, kami tanya kepada ibu pesakit, samada kami boleh menemubual mereka petang nanti, pada pukul 2. Mereka kemudian bersetuju.

Jam sudah menunjukkan pukul 2. Saya menjenguk pesakit saya, yang anaknya tidur pagi tadi. Oh, ibunya sedang makan tengahari. Tak apalah, saya boleh tunggu. Dalam 20 minit kemudian, ibunya habis makan, membasuh pinggan dan kembali ke katil anaknya. Saya menunggu dalam seminit dua sebelum menjenguk ibu dan pesakit.

Kali ini, ibunya pula sedang tidur di kerusi. Okay tak apa, saya boleh tunggu. Sementara itu, saya berbincang dengan rakan tentang kes-kes mereka di wad.

Kali ketiga saya menjenguk pesakit, doktor sedang memberikan ubat. Pesakit pula menangis. Ibunya pasti mahu menenangkan anaknya dan tak mahu diganggu. Tunggu dan tunggu, pesakit masih tidak stabil, masih menangis dan mahu dipujuk.

Dan akhirnya, sampai kesudah saya tidak dapat clerk patient tersebut πŸ˜…

Kasihan sebenarnya dekat mereka. Faham kenapa tak mahu ditemubual. Sebab diorang pun dah penat cerita benda yang sama dekat orang yang berbeza. Hari-hari ada pelajar lain. Kalau ada beberapa posting, kadang tu pagi petang pelajar lain datang. Pagi cerita dekat pelajar lain, petang cerita dekat pelajar lain. Hmm

Kasihan juga dekat student. Sebab selalunya dalam situasi macamni, dan tiada covid, kami dah menempel dengan rakan kami dan dengar mereka clerk. At least kalau tak dapat clerk pun, boleh dapat info daripada pesakit. Kalau lagi bernasib baik, boleh buat pemeriksaan dekat pesakit.

Oh well, nak buat macam mana kan.

Allah Maha Mengetahui. Dan Allah tahu yang kita mampu hadapi semua ni

Doakan kami ye yang nak exam klinikal bulan 12 ni. Semoga lulus semuanya πŸ’ͺ😀Ameen


Mar 28, 2020

D11 of Movement Control Order (MCO)

Hi assalammualaikum

In case you havent heard, seluruh dunia sekarang ni tengah tergempar dengan isu COVID-19, which is Corona Virus Disease 19.

So alkisahnya, covid-19 ni mula detect dekat Wuhan, China last year. And then benda tu spread laju gila smpai sekarang ni hampir seluruh dunia infected, termasuk Malaysia.

Dia punya symptoms macam coryza, cough semua tu. Lepastu affect respiratory system la, macam MERS-Cov, SARS etc. Tapi yang COVID-19 ni strain yg berbeza. Novel strain. Maksudnya sebelum ni benda ni takde/ tak dijumpai lagi etc. Way of transmission is by droplet. So semua sekarang pakat pakai mask n everything.

Dekat Malaysia sekarang, by today dah ada 26 kematian kes COVID-19. Even nak mandikan jenazah pun bukan cara biasa, tayamum je. Lepastu baju yg patient tu pakai masa dia meninggal, baju tu jugak dia akan dikebumikan. Then nak kebumikan pun, orang yg uruskan tu kena pakai full PPE. Dahsyat gila

Once kau kena warded sebab positif, tu mungkin kali terakhir kau jumpa family members. Sebab kena masuk isolation ward. Kalau sembuh, alhamdulillah boleh balik. Dekat HTI sekarang ni, ramai staff yg infected. Lepastu diorg semua dihantar ke HRPB. And since HSB takdapat nak tampung pesakit Covid yang makin meningkat, HUKM sekarang dah jadi COVID hospital. Risau dengan semua staf dekat sana πŸ˜”

Last week, PM umumkan yang Malaysia akan buat Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) daripada 18 Mac ke 31 Mac. Tapi masa Rabu lepas (26/03/2020), PM umumkan yang PKP dilanjutkan hingga 15 April sebab kes dekat Malaysia makin meningkat, kematian pun meningkat. PKP ni sebagai usaha untuk turunkan curve of infection.

So sekarang ni, semua orang kena duduk rumah. Tak boleh keluar sesuka hati, tak semua kedai boleh bukak, solat berjemaah tak boleh buat, takboleh buat gathering macam kenduri ke, konsert ke, lepastu kerajaan galakkan syarikat buat kerja dari rumah (work at home). And jualan sanitisers, gloves, masks semua macam hampeh. Sebab supply kurang tapi demand banyak gila. So diorg pakat jadi opportunist dan kapitalis dan jual benda2 camtu dengan harga mahal gila nak mampus. Sumpah kesian weh.

Yang boleh kerja sekarang yang essential je macam staf hospital, yang involve dengan keselamatan, pos, tenaga elektrik, air etc. So kesayangan sekarang ni kerja macam biasa ye. Kesian kat dia takboleh balik rumah. Sobs

Anywayy, saja je tulis dekat sini sebab benda ni kira cam historical jugaklah kan. Hahhaa

Oh ya, sepanjang PKP ni, banyak isu ekonomi dan kewangan di samping isu kesihatan yang timbul. Sebab dengan keadaan macamni, peniaga tak dapat berniaga, orang tak ramai beli barang, income tak masuk, simpanan tak berapa nak ada, supply PPE untuk staf hospital tak cukup. Macam-macam. Hope we can get through this together.

On a side note, risau jugak pasal Pro-Exam. Kitorg sepatutnya buat pro exam Ogos-September. Tapi sebab cuti sampai sebulan ni, dan tak sure lagi akan extend lagi ke tak, so tak sure la jadual kami ni macam mana.

Dan berharap agar semua ni berakhir before Ramadan. Sebab tak best la nanti nak solat terawih kat rumah kan. Lepastu takboleh iftar ramai-ramai, bazar Ramadan confirm cancel. Lepastu nanti nak raya takboleh ziarah

So yep. Harap semua berakhir sebelum Ramadan. End for good. Ameen

Disini saya sertakan hashtags yang digunakan sepanjang COVID-19 ni:

#StayatHome #DudukRumah #fightcovid19 #Weworkforyou #Youstayathome #frontliners 




Jul 24, 2019

Adjusting

Emm hi?

And assalammualaikum

There is soooo much things to write in here but I never got the chance, though. The reason I'm here tonight is because I manage to slip my way through all the rumbles and jumbles of my 11 days here

I'm sad, and full of emotions but I dont know who would I talk to. Trusting people is hard *sighs

Anywayyyyyyy, perhaps I'm gonna write soon here. Please pray for me okay. Heee

Sep 5, 2018

Gagal Internal Medicine

Assalammualaikum and hi?

Anywayyy, since tajuk post ni sangat obvious so yeah.

Aku nak cerita pengalaman gagal posting Internal Medicine.

Waktu mula-mula dapat result, memang menangis teruk gila ah. Aku dahlah siang tu busy, sebab ikut parents pergi akad nikah sepupu. Lepastu balik-balik, bukak phone dah ada post result.

Lepastu cari nama dekat list tu, tak jumpa. Aku dah macam, alamak. Then tengok dekat yang list orang gagal, jumpa nombor matrik aku, dengan code subjek yg aku fail. Time tu rasa macam jantung gugur on the spot, lepastu ada orang tolong pecahkan guna tukul. Haa camtu lah.

Rasa in-denial teruks sampai aku menangis kaw-kaw punya. Waktu tu, nak solat asar tau. Lepastu ambik wudhu' menangis, nak solat menangis, lepas solat menangis. Lepas solat, di-ignore pulak tu. Lagi sedih. Solat maghrib pun aku menangis jugak. Kau bayangkan betapa heartbroken nya aku masa tu. Haih

IM ni posting aku yang 1st tau. So lepasni aku posting O&G. Sejujurnya, beberapa minggu pertama O&G aku tidaklah indah. Best, memang best. Tapi jiwa aku masih ranap masa tu. Lepas jumpa prof asyikin pun aku boleh termenangis. Gila betul

Sampailah nak hujung-hujung O&G tu, aku dapat balik semangat aku. Dr Anizah banyak buat teaching last2 tu, and she's really an angel. Dia tak tahu aku fail(Aku rasa lah) tapi dia banyak bagi tips2, kata-kata semangat, motivasi kat kitorg.

And it really meant so much to me. 

Memang rasa bersyukur sangat dapat SV sebaik dia. Serius. Alhamdulillah

So, aku pun meneruskan baki-baki posting O&G dengan surgery sebaik mungkin. Sebab aku tahu betapa peritnya kegagalan. Cukuplah aku rasa sekali. Taknak rasa dah untuk posting lain.




Exam passed, result keluar, aku lulus O&G dengan Surgery. Alhamdulillah.

So here is the hard part.

Aku kena ulang posting Internal Medicine selama 3 minggu dan terus reseat exam.

Alkisahnya, takkan rasa pun 3 minggu. Rasa macam 2 minggu je. Sebab minggu yg last tu ada long case. Aku punya hari Isnin. Jumaat tu pulak short case. Oh ya, aku reseat group kedua. So group 1st untung la sebab mood nak belajar tu datang awal.

Untuk kitorg ni, siapa yg rajin tu, memang study awal la. Sebelum tarikh reseat tu lagi. Tapi macam aku, dah study awal pun still tak habis cover gak. Sebab takde momentum.

Exam paper dengan osce pulak hari isnin minggu depannya. Gila tak gila.

Aku mintak satu je sepanjang aku reseat ni. Nak lulus of course.

Dan aku yakin, Allah takkan sia-siakan usaha hambaNya. Jadi aku pegang janji tu, dan study boek punya. Hahahahah

Takdelah macam gila-gila sangat. Tapi aku buat betul-betul la. Baca bukan sekadar baca. Baca sebab nak ingat terus, dan nak jawab soalan.

Oh ye, past year sangat memainkan peranan tau masa ni. Sebab antara silap aku before this, aku kurang buat part kfq. So memang tak bijak sangat la masa menjawab. So, aku make sure utk buat sebanyak mungkin soalan kfq. Tapi macam biasa, takkan sempat punya.

Dan alhamdulillah, aku rasa aku dapat buat yang terbaik untuk short case dengan ujian bertulis. Yang long case dengan osce cam barai sikit. Hahahahah oh well


Alhamdulillah jugak sebab lulus reseat posting. So, 12hb ni aku akan start tahun 4. Nervousnyaaaa

Anyway, tips aku untuk reseat. Cari member yang kau boleh study dengan dia. Bukan member yang buat sembang. Pastikan member kau bijak dari kau supaya dia dapat jawab in case ada benda yg kau tak sure. Hahahha

Anddd, jangan putus asa, okay?

Itu je kot. Doakan aku. Lagi 2 tahun je ni nak grad, IAllah.

Till then, assalammualaikum :)


Aug 9, 2018

Year 3 : Surgery Medic UKM

Erm hi?

Assalammualaikum kepada semua.

Harini ialah 8 Jun, which is seminggu selepas final exam sem 2.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. (well, I hope so)

Okay! 

So sekarang tengah semangat nak cerita pasal posting keempat atau yang terakhir untuk tahun 3, iaitu posting Surgery. Btw, aku memang akan campur bahasa melayu dan inggeris. Bear with me please. Hahahah

Okay!

Kalau nak tahu tahun 3 medik dekat ukm ni macam mana, boleh baca post lagi satu ni. Kat sini, aku dah brief sikit. Lepas dah baca, baru sambung baca post yang ini, okay?

Basically dalam surgery akan ada macam-macam team. Aku dulu team colorectal, which is THE BEST TEAM IN SURGERY BEB!

Hahahhaha riak kejap. Berikut merupakan team2 yang korang akan dibahagikan.

Colorectal
Upper GI
Endocrine & Breast (E&B)
Vascular
Hepatobiliary (HPB)

So, dalam setiap team, akan ada 2 group. Group A & group B. Dalam setiap group pulak, akan ada beberapa sv. So, disebabkan benda ni macam serabut, aku cadangkan korang takpayah fahamkan pun takpe. Just know the basics.

Jadi, apa fungsi team, fungsi group semua ni?

Fungsi team ialah untuk kau ikut ward round team tu, join klinik dan scope(kalau ada). Group ni ialah group untuk teaching. Nasihat aku, disebabkan kita sekarang ni posting surgery dan surgeons busy gilaaaa. Jadi, TOLONGLAH PAKAT DENGAN GROUP A & B UNTUK PERGI TEACHING SAMA-SAMA. Sebab akhirnya, kau akan dapat teaching sikit gila kalau nak banding dengan posting Internal Medicine. Serius.

Okay, move on kepada hari-hari di posting surgery.

Kita ada 7 minggu untuk posting surgery. So untuk 2 minggu pertama, ialah lecture je. Pastikan lecture tu memang buat pada 2 minggu pertama ye. Sebab ada kes posting sebelum ni, lecture asyik postpone, last-last tak buat langsung sampai habis posting :')

Ini adalah kebenarannn. Hahahaha

Macam biasa, setiap posting kena penuhkan logbook. Jadi, nasihat aku ialah SILA PENUHKAN LOGBOOK MASA AWAL-AWAL POSTING SEBAB NAK LAST NANTI KAU AKAN JADI PEMALAS GILA. Sila jadi bijak dan gunakan 2 minggu pertama untuk penuhkan logbook.

Sebab untuk posting Surgery, ada 2 case write up kena buat. Nak buat satu pun dah tonggang terbalik hidup. Apatah lagi nak buat 2.

Tips penuhkan logbook:

KLINIK

Isnin: Upper GI
Selasa: Colorectal
Rabu: Vascular & HPB
Khamis: Breast (E&B)
Jumaat: Thyroid (E&B)

SCOPE

Isnin: Colo
Selasa: Colo
Rabu: Upper GI (pagi)
          HPB (pukul 2 petang)
Khamis: Upper GI 

Btw, maaf kalau salah. Serius lupa = ='


Lepastu kalau untuk Case Write Up, mohon tanya dulu SV kau nak case apa. Lepastu buat ikut yg dia nak. Then nak senangkan hidup, pakat2 la dengan member team lain utk buat case write up. Pastikan member kau tu jenis yang boleh diharap la. Jangan susahkan diri sendiri pls.

Dalam surgery, akan ada short case dengan long case. Long case dia lebih kurang sama macam IM. Tapi short case dia lain sikit. Dalam short case ni, nama kau akan dipanggil sorang-sorang dan akan dapat respective surgeons. Ikutlah diorang nak buat macam mana. Ada jenis yang suka kau clerk patient, buat PE lepastu tanya X-ray. Ada yang suka tanya pasal instrument. So, pastikan beli kertas instrument kat Kedai Kak Ros okay. Beli yang banyak infoo. Tanya seniors kalau nak tahu yang mana reliable.

Long case basically dengan sv sendiri so, takde hal lah kot kan. Tengok sv kau nak buat macam mana.

Well, itu je kot untuk surgery. Kalau ada apa-apa lagi, nanti aku tambah.

Till then, semoga Farhana 'Aqilah masuk Tahun 4 untuk sem depan.

Ameen
 


Nov 18, 2017

Year 3 : Internal Medicine HUKM

Hai dan assalammualaikum :)

Pagi ni ialah pagi Sabtu, 18 November 2017. Yakni hari terakhir sebelum esoknya(Ahad) aku kembali ke UKM dan memulakan posting baru.

So, haritu ada orang ws aku, tanya pasal posting Internal Medicine(IM). Since dia cerita dekat aku pasal posting JKM, so aku pun balas lah budi dengan cerita pasal IM. 

Jadi, apakah itu Internal Medicine?

Basically IM ni merangkumi unit cardiology, nephrology, neurology, respiratory, gastrology, hematology dan lain-lain. Cabang IM ni besar, luas. Jadi, banyak yang kena baca, faham dan ingat semasa posting ni.

Okay sebelum tu, aku cerita dulu pasal tahun 3. Basically dalam tahun 3, satu batch akan dibahagikan kepada 4 posting; IM, JKM, surgery dan OnG. Setiap posting ambil masa dalam 7 minggu.

So waktu 1st day of IM, student posting IM akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Dan setiap kumpulan akan mendapat 2 orang supervisor. Okay rule masa tahun klinikal ialah, kalau kau tak rajin, kau takkan belajar apa-apa.

Hence, kena rajin mintak teaching drpd sv sendiri. Kena rajin turun wad. Kena rajin revise previous topics. Dan lecture note masa tahun 2 sangat sangat berguna hokay. Jangan buangg!

Lepastu buku Talley tu dah boleh khatamkan (fyi: aku tak khatam pun tak bolehla kan~)

Dalam Internal Medicine, akan ada conference setiap pagi. Dari pukul 8pg-9pg. Jadualnya seperti berikut

Isnin: Radiology Conference, Bilik Seminar 1, Radiology Lab
Selasa: Grand Ward Round, Bilik Seminar Tingkat 8

Rabu: Clinico-pathological Conference, Auditorium
Khamis: CME, Bilik Seminar Tingkat 8
Jumaat: Mortality Cases, Bilik Seminar Tingkat 8


Fyi, aku paling suka mortality conference. Sebab lecturer memang berdebat paling hangat la time tu. Hahaha best!

Every petang Isnin & Khamis : Workshop (ala2 MES)
Every petang Isnin/Selasa : Lecture Pharmaco

So, between those times la korang nak selit teaching dengan supervisor. Paling-paling pun dapat kelas sekali seminggu. Yang lain, kau belajar sendiri. Menarik, kan?

Thats what I said. Waktu klinikal ni, kalau kau rajin, baru dapat dapat belajar. 

Anywayyy, for all posting akan ada buku log. Nasihat aku ialah : MOHON LENGKAPKAN LOGBOOK DI AWAL POSTING.

Sebab honestly bila dah hujung-hujung posting tu akan busy gila. Serius


Lepastu IM juga ada Case Write Up yang perlu disiapkan. Dimana kau kena cari satu patient ni, and buat full report pasal diorg and the disease. Start daripada dia admitted sampailah dia discharge.

Bunyi macam susah, so mesti nak cari kes senang kan? Hahahah
Nasihat aku, tanya dulu sv korang. Dia nak kes yang macam mana. Kalau dia dah tetapkan, then ikut jelah. Kalau dia okay memana pun, then baguslah tu.

Lepastu kalau boleh, cari kes common. Sebab kalau cari kes pelik2, bukan kes tu yang akan keluar exam pun. Lagi baik kau cari kes yang selalu ada dekat wad, lepastu buat report. Sebab kau akan banyak belajar dari situ.

Okay now buku. Buku apa yang berguna? Here are my suggestions
- UM Xpress : for short case
- Approach to long case : for long case
- Oxford
- Kumar and Clark
- Talley O'Connor

Dalam zaman klinikal ni, memang suggested untuk ada study group. Aku memula memang tak percaya lah kan sebab tak pernah ada study group. Kalau ada pun, tak menjadi.

Tapi disebabkan banyak gilaaa benda yang kau nak belajar. In sooo little time. Maka kau perlukan manusia lain untuk membantu. Therefore, sila wujudkan study group. Members yang dalam study group tu biar sv lain-lain. Senang

Sebab lain lecturer, lain caranya. And biarlah kawan-kawan yang kau ngam. Sebab susah kalau dapat study mates yang tak masuk ni. Nanti confirm tak function. Hahahaha

Alhamdulillah study group aku function XD

Anywayy, itu je kot. Cerita banyak-banyak pun nanti lupa jugak. Hahaha
So, kalau ada soalan boleh tanya. Jangan malu-malu

Semoga anda yang nak ambil medik or sedang belajar medik dipermudahkan segala urusan. Ameen

Dan semoga Farhana 'Aqilah lulus cemerlang dalam setiap posting. Ameen

Terima kasih untuk doanya. Hiks :)

Till we meet again.






Aug 17, 2017

Pengalaman Gagal Module

Hai dan assalammualaikum :)

Rasa macam kelakar pulak bila letak tajuk macamni. Seolah-olah aku seorang gagalis berjaya. Kah!

Anyway, haritu baru lepas exam resit untuk module yang gagal. Dah dapat result dah pun. Alhamdulillah, seorang Farhana 'Aqilah berjaya meneruskan pengajian ke Tahun 3 aka clinical years. Cuak beb. Hahaha

Rentetan dari peristiwa itu, aku rasa nak beritahu pengalaman resit exam ni macam mana. Saja. Sebagai panduan untuk masa hadapan, ataupun untuk kalian yang sedang membaca :D

Aku gagal module Blood & Lymph. Modul yang paling mudah bagi sem 1,tahun 2. Serius tak tipu. Sebab modul lain susah gila kot. Hahaha Dan ya, aku resit satu modul je. Lewls

Sebab gagal?

Punca utama ialah terlalu confident. Riak. Takbur. Sombong

dan macam-macam lagi.

Kenapa aku cakap punca utama? Sebab ada peristiwa di sebalik itu. Jeng3

Aku sorang je rasa benda ni punca utama. Untuk orang lain, mungkin diorang akan cakap yang aku tak fokus, malas, tak banyak baca dan sebagainya(mohon jangan contohi)

Berbalik pada punca utama. Aku nak mulakan cerita daripada End-Of-Module Exam aka EOM. Masa exam tu, aku rasa macam aku boleh jawab semua. Alhamdulillah essay pun okay. Keluar exam hall pun happy bagai. Lepastu aku kekal pada state yang sama sampailah result keluar. And guess what, aku dapat D. 

Shame on me.

Masa dapat tahu result EOM aku terduduk(well, literally) KENAPA AKU BOLEH DAPAT D SEDANGKAN AKU RASA AKU DAH BOLEH JAWAB??!!

Korek punya korek, kaji punya kaji. Setelah sesi muhasabah dilakukan kepada diri sendiri, aku mula sedar yang aku tertinggal satu perkara yang paling penting dalam hidup.

Aku tak berdoa.

Aku lupa. Aku alpa. Aku lupa nak doa supaya aku dapat A dalam modul tu(well, pernah dapat B je paling tinggi but who cares). Aku lupa nak doa supaya lecturers dilembutkan hati bila tanda kertas aku. Aku lupa nak doa supaya lecturers bagi markah banyak dekat aku. Aku lupa nak doa supaya jawapan aku betul. 

Aku lupa. Atau lebih tepat lagi, aku memang tak ingat.

Sebab dalam fikiran aku, atas usaha aku modul Blood and Lymph tu paling kurang pun, lulus. Atas usaha aku, markah aku akan banyak sebab aku berjaya jawab. Atas usaha aku, sebab aku dah pulun study before exam. Atas usaha aku

Tapi aku lupa atas kuasa Yang Maha Esa. Aku lupa berserah pada-Nya.

And serves me right for failing my EOM. I learned my lesson.

Kemudian, masa End-Of-Sem Exam, or people would call it finals, aku study sebaik mungkin, masuk exam hall, usaha nak jawab, lepastu tambah dengan doa. Then, tawakal. Tapi nak dijadikan cerita, dalam modul-modul yang lain yang lebih susah, aku fail modul ni. Modul blood & Lymph.

And here I am.

Pengalaman resit?

Bagi aku, bila resit ni, kepuasan belajar dia lain macam. Kalau sebelum ni, aku baca hanya sekadar baca. Tapi sepanjang minggu study sebelum exam resit, aku dapat kefahaman. Aku lagi faham konsep untuk modul tu. Aku boleh bagitau kau satu-satu apa yang aku ingat dalam modul blood & lymph sebab dalam erti kata lain, pemahaman aku dah meningkat 150 darjah! Power tak power. Hahahah

All thanks to Prof Datin Dr Hamidah. Dia berjaya brainwash kitorang masa sesi tutorial haritu. Kelas tutorial yang dibuat khas untuk budak resit. 

Perkara penting yang aku belajar daripada dia ialah, kau kena sentiasa pegang dua benda ni kalau nak berjaya.

Time + effort

Itu je yang diulang-ulang. Aku sampai rasa nak menangis sebab asyik kena tanya soalan lepastu tak dapat jawab. Sedih sis.

Dan syukur juga kepada Allah sebab bukakan hati kami ketika itu. Memang prof boleh ajar. Tapi yang buka hati kami untuk terima apa yang dia ajar, tak lain tak bukan, Pencipta hati itu sendiri :')

Satu lagi yang aku belajar sepanjang resit ialah, bagaimana kau dengan kawan-kawan resit yang lain boleh bekerjasama gila-gila supaya masing-masing tak gagal dan dapat teruskan ke Tahun 3.

Semua orang masa tu unite gila beb! Beruntung seorang Farhana 'aqilah untuk merasai semua itu.

Kalau orang tanya aku, menyesal tak gagal?

Mungkin jawapan yang aku akan beri ialah, tak. 

Sebab kegagalan yang aku dapat ni bagi aku hanya sekadar asbab. Matlamatnya lebih besar daripada itu. Aku banyak belajar daripada pengalaman ni. Serius.

Tapi kawan-kawan, jangan bercita-cita pulak untuk gagal. Semata-mata nak untuk rasa apa yang aku rasa. Hahahaa

Lain orang, lain cerita. Pada aku, ianya pengalaman yang aku takkan lupa. Tapi untuk sesetengah orang, mungkin diorang akan menyesal gila sebab gagal. Well, who knows.


Bak kata Cikgu Rosnan, yang mengajar Sejarah di sekolah aku.

"Dalam belajar ni, ada dua. Samada dijulang, atau kecundang."

Dan aku memilih untuk dijulang, suatu hari nanti. Perjalanan aku masih jauh. Sangat jauh. Semoga aku ditabahkan hati untuk hadapi semuanya dengan baik. Ameen

Dan jangan lupa, doakan aku ;)

Sekian,
Bakal doktor anda

Jul 3, 2017

MEDIC UKM: LAIN-LAIN INFO BERKENAAN

Hai dan assalammualaikum

Haritu masa dekat kolej, terasa nak belek-belek blog ni. Lepastu baru perasan yang ramai jugak insan yang baca post pasal UKM. Mesti junior-junior yang keliru nak pilih apa ni untuk UPU. Tak pun, tengah korek pasal medik dekat ukm ni sebagai bahan masa interview. Haaaa

Anyway, aku rasa bersalah sebenarnya sebab tak bagi info sangat pasal medik ni dalam post yang lepas. So, ini adalah sambungan kepada post tentang basic medic di ukm. Boleh tekan di sini kalau tak baca lagi, okay?

Kalau aku tak bagitahu lagi, fakulti perubatan UKM terletak di Jalan Yaacob Latif, Cheras. That is where the interviews are going to be held. Fakulti ini terletak di sebelah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia ataupun nama barunya, Hospital Counselor Tuanku Mukhriz.

Pelajar Perubatan akan lalui 5 tahun disini, which is bersamaan dengan 10 sem. Di mana, kita akan lalui 2 tahun praklinikal (Tahun 1-Tahun 2), dan 3 tahun klinikal (Tahun 3-Tahun 5)

Apa beza antara klinikal dan praklinikal?

Praklinikal ialah persediaan untuk ke klinikal. Maka, tahun 1-tahun 2 ialah pembelajaran dalam teori. Dalam erti kata lain, tak pergi hospital dan jumpa pesakit. Well, ada juga subjek yang memang akan bawa kita berjumpa dengan pesakit. But lets not touch on that first, okay?

So, klinikal ialah persediaan untuk menjadi houseman officer (HO) setelah habis grad. Pelajar klinikal (Tahun 3-tahun5) akan sepenuhnya berada di hospital dan berjumpa dengan pesakit. 

Disebabkan pembaca aku mostly pelajar yang curious tentang medic di UKM , maka kedua-dua post aku berkisar tentang tahun praklinikal. Sebab klinikal tu aku sendiri tak rasa lagi, so no comment. Hahaha

Dalam post yang lepas, aku ada mention pasal lecture, pbl, mes, dan juga lab. Dekat sini, aku akan terangkan satu-satu pasal semua ni okay?

1. Lecture / Kuliah

Dalam blok praklinikal, pelajar tahun 1 dan 2 sahaja yang akan berlegar-legar sekitar situ. Kadang-kadang akan jumpa student clinical, tapi jarang sebenarnya.

Okay. Dalam blok ni, ada 2 dewan kuliah/lecture hall. Satu untuk tahun 1, satu untuk tahun 2. Jadi, kita akan dengar lecture bersama satu batch. Bukan macam semasa asasi/matrik dimana korang akan dibahagikan ikut group/kelas. 

Untuk lecture note, lecturer akan upload dalam ifolio. So nanti just print dan bawa semasa lecture. Lepastu dengar lecturer ajar.



2. PBL

PBL is short for Problem-Based Learning. PBL ni bukan dibuat oleh ukm sahaja. Tetapi diamalkan oleh kebanyakan universiti di dalam dan di luar negara.

Jadi, apakah itu PBL?

Untuk PBL, korang yang satu batch tadi akan dibahagikan mengikut beberapa kumpulan. Usually dalam satu kumpulan akan ada 8-10 orang. Depends dekat jumlah batch korang. Dan kumpulan PBL ni akan kekal sehingga habis sem.

Dalam PBL, 8-10 pelajar + 1 lecturer akan berada dalam satu bilik perbincangan. Then, lecturer akan bagi situasi klinikal dekat pelajar, dan kita akan berbincang tentang situasi tersebut. Kita kena cari beberapa cues, hypothesis and learning issues tentang kes tersebut.

Kalau korang clueless macam mana PBL ni berfungsi, korang boleh rujuk kepada repeaters sebelum sesi ni. Diorang boleh bagi tunjuk ajar. So, jangan malu-malu tanya.



3. MES

MES is short for Meet-The Expert Session. Sama jugak macam PBL, pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil bersama lecturer yang memang pakar dalam topik yang diberi.

MES ni lebih kepada tutorial la. Kiranya, pelajar akan diberi list soalan untuk dijawab sebelum session. So, masa MES nanti just bincang je.

Kalau soalan tu pasal physiology, so lecturer physio yang akan bimbing. Kalau pasal microbiology, lecturer microb yang akan bantu. Macamtu.



4. LAB

Lab pulak mestilah ada untuk course medic. Sama macam PBL dan MES, pelajar dalam satu batch akan dibagikan mengikut kumpulan lab. Jadi, lab ni macam biasa lah. Cuma, dekat sini tak tekankan pun buat lab report macam matrik/asasi. So, boleh lepak sikit dan hirup nafas lega. But then again, ada certain lecturer yang memang akan mintak lab report. Especially lecturer biochemistry. Mohon bersedih. Huhuhu



So, ini je rasanya maklumat tambahan untuk korang. Harap bermanfaat =)

Kalau ada soalan, boleh tanya di ruang komen di bawah. 

All the best! Semoga dapat course yang korang nak ! Ameen


p/s: Doakan penulis yang sedang tunggu result semester akhir tahun 2. Semoga dapat masuk tahun klinikal pada bulan ogos ni, ameen. 


May 17, 2017

PPD part of Medicine

Hi there.

Assalammualaikum and a very good morning? 
Its 2am here. So yeah.

Yesterday(Monday) Ive just finished my End-Of-Module exam for neuroscience. Mind you, this is a 5 credit hour module. So you can just imagine how my life is. Hahahaha

Sometimes it got me thinking about how and why am I here? In this medic school. I've always see myself as a doctor up until now. But then, my PPD lecturer always say to us, 

"One day, you will feel like quitting medicine. Trust me. But what is it that makes you stay? What is your passion? What brought you here?"

And all those endless questions so that we really think about it this far. The air during PPD is always tense. I feel like i'm holding my breath or something. I like her. We all do. But her questions can sometimes makes you feel numb. Like all the words you knew before don't even exist. Her reaction towards your answer will make you as if you are the most unworthiest person on the earth. Seriously.

But again, we like her.

Because her questions and her advice really opened our eyes. We now can see beyond what is in front of us. We started to think more. And this time, faster. Give great answers so that she would not laugh at us. Feeling great about ourselves because that what defined us. She is just helping to shape us. Because PPD is not just Personal-Professional-Development that is the most easiest module up to the point that we don't have to study about it. But it is more than that. 

Its about developing ourselves and shaping us for the future. Making us prepare of what could lie ahead and execute plans to overcome our struggles. PPD is making us to be more than other.

By more, I mean astounding.

Actually, I dont want to talk about medicine that much. 

I have other things in mind. 

Things that are bothering me for these past few days. 

Oh well, maybe I can write about that in another post. 

Till then, 
Assalammualaikum

Aug 8, 2016

MEDIC UKM : BASIC THINGS YOU SHOULD KNOW

Assalammualaikum dan salam satu Malaysia !

Okay sengal.

Disebabkan result upu keluar harini, maka aku terpanggil untuk share serba sedikit tentang kos perubatan di ukm. Dan sebab ramai jugak yang curious sebenarnya especially untuk mereka yang ambik perubatan di universiti lain dan yang belum masuk degree. So yeahhh. Let's begin !

Harus diberitahu yang kos perubatan universiti-universiti di Malaysia ni tak sama silibus dan kaedahnya. Mungkin ada yang sama, tapi tak serupa. (Jangan tanya aku kos lain, obviously aku tak tahu) 


Pandangan dari bilik kolej


So antara universiti yang lebih kurang sistemnya dengan ukm ialah usm, um dan mahsa. Kalau uitm lain sedikit.

Apa yang lain?

So kalau dekat ukm, kami menggunakan sistem modul. Kalau usm & um akan panggil blok. Setakat itu je yang sama. Haha Kalau apa yang kami belajar pulak lain. Uitm tak guna modul dan blok ni. Diorang guna subjek. 

Apa itu subjek?

Dalam bidang perubatan, ada beberapa subjek yang memang wajib belajar dan ingat buat seumur hidup. Antara subjeknya ialah

- Microbiology
- Physiology
- Anatomy
- Psycology
- Pharmacology
- Parasitology
~~~~

and the list goes on

So student uitm akan belajar ikut subjek. Macam waktu zaman sekolah dulu-dulu, dimana kita akan belajar bm, bi, math dan segalanya sekaligus. Bagi aku, macam serabut lah sikit hidup, tapi siapa yang dapat medic uitm confirm power ! Sebab aku tak rasa aku mampu nak belajar macamtu T-T.

Okay. Proceed ke medic ukm.

Dekat sini, kita guna sistem modul. So apa yang aku sayang sangat ukm ni, dia akan ajar kita daripada benda yang sangat basic ke sebesar-besar perkara.

Masa sem 1 first year, ada 4 core module
1. Cellular Biomolecule
2. Body Tissue
3. Membrane & Receptor
4. Metabolism

Untuk sem 2 first year, juga ada 4 core module
1. Human Genetics
2. Infection & Immunity
3. Mechanism of Disease
4. Musculoskeletal System

Lemme tell you something. Kalau korang perasan tajuk modul, dia start dengan cellular biomolecule. Maknanya kita akan belajar tentang basic chemistry iaitu molekul air, lipid, ions and such. 

Lepastu kita akan start belajar pasal cells, and tissues.

Then baru kita akan masuk pasal system. Kalau 2nd year memang fully belajar sistem. So aku suka cara macamni sebab nampak teratur sikit hidup. Hahaha #MohonJanganBash

Here's the tricky part. 

Disebabkan kita guna sistem modul dan bukannya subjek, maka dalam modul tu, akan ada certain subjek yang dimasukkan. 

Contoh: 
Module Musculoskeletal system

Dalamni, kau akan belajar 
- anatomy : hafal nama tulang, muscle and whatnot
- physiology : how these things works. Macam mana dia bergerak etc lol
- pharmacology : kalau sakit, nak kena ambik ubat apa, ubat apa yang takboleh etc

Makanya, kau pun belajar banyak-banyak subjek pada masa yang sama. Boo hoo

Soooo, thats the different part. Ada beberapa jugak sebenarnya tapi bukanlah 'basic' namanya kalau aku terangkan dekat sini. Hahahaha

Part yang sama, setiap universiti pasti mempunyai kuliah, problem-based learning (pbl) , lab, dan sebagainya.

Kalau tanya aku, belajar dekat universiti mana yang susah, mana yang senang, aku akan cakap semua universiti susah. Kau takpayah nak compare sangat. Kalau kau pandai hidup, campaklah dekat mana sekalipun, kau akan survive, iAllah. 

Itu je kot. Kalau ada apa-apa persoalan, boleh ajukan di ruang komen. 

Terima kasih kerana membaca ! All the best in your life ! Ameen

P/s: Kepada bakal junior yang mungkin membaca post ini, TAHNIAH! Mohon tegur-tegur kalau jumpa. Paling-paling pun, senyumlah sikit. Jangan stress sangat. Okay?


- penulis merupakan pelajar perubatan ukm yang bakal mendaftar untuk tahun dua menjelang Ogos ini. Doakan.


Nota kaki: Untuk maklumat tambahan tentang medic UKM, boleh tekan link ini =)

Feb 11, 2016

Hectic? Indeed

Assalammualaikum dan salam sejahtera? 


Hahahaha 

And so aku stalk jugak blog aku ni. Tup2 tengok ada pembaca la jugak. Entah siapa-siapa entah. No offense. Hmm gigih betul. 

Since you like to read, well I like to write. Hope someday that we collide (?) 

Eh! It rhymes . Hahaha saje...
Blok Praklinikal

Oh ya, bangunan dekat atas tu lah blok pra klinikal yang aku selalu mention dalam twitter. Haha suka lepak dekat library situ. Dulu masa dekat Palam takde pulak buat perangai nerd camni. Padahal library palam sejuta kali ganda lagi best. kot. Hahaha abaikan.

So seperti yang sedia maklum, pelajar degree sekarang tengah cuti panjang berikutan exam final baru-baru ni. Hahaha mohon student diploma dan asasi serta matrik menangis kecemburuan. Except for medic student. Boleh tumpang sekaki menangis.

Sebab apa?

Sebab kitorang cuti 2 minggu je. 2 minggu tu kalau fikir balik memang taraf cuti pertengahan tahun untuk bebudak sekolah. Padahal kitorang habis final sem kot. Gimme a break. 

Tapi apakan daya, siapa suruh pilih course ni? Kan dah rasa nak meraung. Hahaha

Haritu masa cuti Maulidur Rasul dengan Krismas, aku balik lah rumah. Tengah gigih buat nota dekat meja makan, mama datang. Lepastu tanya, 'Adek menyesal tak ambik course ni?' Hahaha time tu segala perbuatan terhenti dan otak aku berpusing-pusing cari jawapan yang manis didengari. Nak gelak pun ada jugak bila mama sendiri tanya soalan macamni. 

The best answer I could give is, 'Menyesal lah jugak.' LOL1000x

Mama tanya lagi, 'Kalau tak ambik medic, adek nak ambik apa?'

Untuk soalan ni, aku tak perlu fikir panjang. Cause I know the answer by heart. 

'Adek memang akan ambik medic. Sebab medic je sesuai untuk adek.'


Hahahahahahahaha bunyi poyo gila nak mati. Tapi, apakan daya. Dah Allah nak ilhamkan kos ni untuk aku, takkan aku nak lepaskan macam tu je?

Macam mana Allah ilhamkan? Simple. 

Tiba-tiba je aku bangun pagi dan aku rasa macam nak jadi doktor. Pftttt

Haaa gelak. Tapi betul lah. Buat apa menipu. If Allah has easily showed you the way, just grab the key and go la! Not just stand there and do nothing. 

Rules di atas hanya tertakluk kepada benda-benda baik sahaja. Untuk perkara jahat, percaya lah bahawa Allah sedang menguji anda. 

Okay sebenarnya nak cerita pasal exam week. Ni apahal melalut entah. 

Sepanjang minggu study week yang seminggu tu je, hmm. Dah berapa ramai dah kawan aku menangis sebab stress belajar. Ni baru first year beb, tak kira lagi setahun praklinikal, 3 tahun klinikal dan 2 tahun houseman. Haaaa mau jadi gila kau..

Aku?

Aku chill je. Watlek watcool sudah. Hahahaha tengah tunggu result je ni. Semoga result Farhana 'Aqilah cemerlang hendaknya. Ameen.

Anyway, sambil-sambil nak final tu, sebenarnya banyak yang masih menanti untuk diuruskan. Tunggu masa je. 

Sekarang tengah cuti, tak menang tangan nak uruskan semua benda. Doakan semoga aku tabah. 



Dari kiri: Hazirah, Kamilah, Qila, Mira



Dan ini dia kawan-kawan aku yang berjaya mengekalkan kewarasan aku salama aku di cheras ni. Hahaha thanks girls. Much loves

Juga terima kasih kepada manusia belakang tabir, whom I prefer to save their names. Hahaha

Degree life is great. It drains up all your energy but somehow, you know that you have to get up and get going! So be prepared :)


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

'Semoga kalian tetap tsabat di jalan ini.' - Mereka kesemuanya



















Sep 26, 2015

Sebulan Pertama di UKM

 Errr hai?

dan assalammualaikum.

Dah lama gilaaaaa tak menulis. Takde masa mungkin. Atau sebab memang malas gila. Entahlah.

So, sekarang kat rumah dan memandangkan tengah malas nak study, moleklah kiranya aku menulis. Acah sangat tau. Hahahahaha kat kolej memang takde makna aku nak bukak blog ni.

Banyak sebenarnya benda nak cerita. Dari aku berhenti kerja haritu dah ada niat nak cerita pengalaman apa semua. Tapi disebabkan dah terlambat, kita pandang depan jelah. Hahaha

So, haritu mendaftar kat UKM 1 sept. Sangat sengal sebab birthday masa orientasi(which is 4 sept). But then Minggu Mesra Mahasiswa rocks ! So, tak kesah kot. Hahaha plus sedih gaklah sebab takde sape tahu birthday aku. Sobsob


Orang lain pakai baju kurung. Aku? Wakakaka


Roommate pun tau sebab aku bagitau dia. Kalau tak, memang dia takkan tau yang haritu birthday aku. Lagi-lagi malamtu perang Dectar. Gila terbaik ah. 

Siapa yang rasa tak faham apa yang best sangat perang Dectar ni, boleh tekan link kat sini.

Memang macam perang. Serius tak tipu.

So, diorang cakap batch kitorang gempak. Ofcos lah aku tumpang bangga. Kekeke  mana tak gempak. Suara semua macam nak pecah masa perang tu. Oh ya, baju kitorang yang oren biru tu tau. Hahahaha

Walaupun sikit, tapi dapat bagi impak jugak la ke seluruh warga dectar masa tu. Woha!





Ni masa mmm lah ni. Kitorang kena buat white coat guna surat khabar. Dan group aku pakat pilih aku. Motif sangat tau. Hahahaha

Banyak sebenarnya gambar best tapi kat dalam phone. Yang ada ni pun ihsan daripada PC Abas. Kuikuikui

Overall, mmm was great. Walaupun memang hakikat hidup, takde siapa suka orientasi. But then, I had a lot of fun. And thats what orientation is all about.

Lepastu ada kem ppd 3 hari kat melaka. Yang ni untuk course aku je. So memang 2 minggu tak belajar lah alkisahnya. Yang ni lagi banyak gambar rasanya. Hahahaha

Tapi takpe, kita rilek dulu. 5 tahun kot kat sini. Pusing2 tangkap gambar kat tempat sama gak. Hahaha

Mula-mula ni memang susah sikit nak dapat momentum dedulu. Sebab memang belajar balik apa yang belajar kat asasi. So, otak tu kena tune balik. Yang bestnya, subjek semua biology dan sedikit chemistry. Memang aku suka lah. Yang aku tak suka ialah, kewujudan subjek citra. Amende entah. I had enough of citra kat plkn. Lewls.

Mohon dapat menghadapi semua ni dengan tabah. 

Lepastu kat sini disiplin dia ketat semacam. But we are not all nerds, I assure you that. Okay takde kena mengena. Cuma jiwa hipster aku sedikit kacau bila kat sini. Hahahaha mohon muntah.

Lepastu 1st time haritu jenjalan kat kl berdua je dengan roommate. Rasa macam dah besar sangat je kan. Dulu kalau nak jalan kl, kena fikir dua-tiga kali nak mintak izin kat mama abah. Sekarang ni, jalan kaki sikit pun dah sampai downtown. Kahkahkah

Mohon aku betulkan balik niat nak belajar kat sini. Ahem

Till then, selamat belajar kepada anda dan juga diri sendiri ;)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

'Belum sampai masa lagi.'

'Bila masa tu akan sampai?' - soalan yang tak tertanya dari tadi.



.