Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya tahun 2020. Dan grad dengan distinction. Ameen
13 April 2020 (Day27 of MCO)
Showing posts with label book review. Show all posts
Showing posts with label book review. Show all posts

Aug 20, 2016

Detached

Assalammualaikum dan selamat malam?

Haha tadi baru dengar berita pasal kemenangan mix doubles lelaki, dalam sukan badminton yang dapat pingat perak. Power sangat sangat! I don't think I can pull something like that, y'know?

Anyway, since lagi sehari nak balik kolej, dan kau tahulah kalau dekat kolej, nak buat blog entri susah gila, maka itu lah sebabnya aku menulis dekat sini malamni.

Dan disebabkan aku ni paranoid orangnya, maka aku memang tertanya gila lah pasal manusia yang baca post aku zaman 2011 ni. Tak tau nak berterima kasih ke tak. Hahaha

But that is not what i wanted to rant here. 

Haritu aku baru lepas baca buku 'Tuesdays with Morrie' - Mitch Albom. So dalam buku ni, ada satu isu yang menarik hati aku. Which is, detached.






Kadang-kadang, sesetengah perkara dalam hidup akan menjatuhkan kita. Kadang ada yang menaikkan semangat kita. Dan pengajaran dalam buku tu,ialah tak salah untuk menangis kalau rasa sedih, dan marah bila geram gila namati. Tapi yang penting ialah kita tak boleh terlalu lama dalam setiap emosi. Kau perlu kenal emosi tu, dan lepaskan. Then thats it.
That is the process of detaching. 

Sebenarnya aku tak reti nak terangkan, but you get the idea, right?

Kalau dah tak faham sangat, have a good read at the book.


1

2


3



So yeah. That was basically what detaching means. Antara benda yang aku suka ialah 

'Don't cling to things, because everything is impermanent' and
'When you learn how to die, you learn how to live'

Dan benda yang aku highlight(obviously). Jangan tanya kenapa mesti highlight part tu. Hahahaha

So aku sekarang tengah belajar nak detach sesetengah benda dalam hidup aku. Sebab kalau simpan lama-lama, aku rasa aku boleh jadi gila. Tapi yelah, memaafkan dan melupakan takes a really really long time, y'know?

Apa yang kau nak maafkan? 
Dan apa yang kau nak lupakan Farhana 'Aqilah?

Kadang aku pun keliru dengan diri sendiri. Apa yang aku nak pun aku tak tahu.

 May all those pain and tears washed away.

Ayuh kita mulakan hidup baru !

Bergembira lah Farhana 'Aqilah. Everyone deserves to be happy.

Nama kau sendiri bermaksud gembira. Maka bergembira lah :D



Note to readers: Kau mungkin faham atau mungkin tak faham apa yang aku katakan. Cuma satu sahaja nasihat aku, jangan putus berharap pada Tuhan :')










Oct 14, 2014

One Hundred Names- Cecelia Ahern

Hello dan assalamualaikum wahai rakyat jelata sekalian. Huahuahua

Okay, secara jujur, aku takde kerja sangat masa cuti ni maka sudah tiba masa nak tunjuk kat dunia, buku bahasa inggeris yang aku cakap awesome sangat tu sampai boleh terbawak-bawak nak speaking. Wakakaka

Sooooo, here it is :)



Ahaaa, mesti ingat buku ni jiwang karat lahai kann. Tetapi, tidak sama sekali.
Siapa yang kaki novel bi confirm kenal cecilia ahern. Siapa tak kenal, meh sini aku lempang lelaju. 

Buku ni, pasal wartawan/penulis majalah yang telah buat satu kesilapan besar dia dalam bidang kewartawanan. Lepastu, editor majalah dia aka bestfriend dia jugak menghidap cancer dan sebelum dia mati, dia bagitau dekat perempuan tu, apa dia punya future projek untuk majalah. 

Rupa-rupanya projek editor tersebut ialah sehelai kertas yang ada nama 100 orang, yang tidak dikenali langsung. Bukan artis hatta twitfamous sekalipun. Dan dia takde klu pasal nama-nama tu sebab editor tu dah mati. So, itulah misi dia dalam buku tu. 

Okayyyy, aku dahlah tak pandai bercerita so mesti korang tengok buku ni macam takde pape yang menarik langsung, betul tak? Ahaaa baca je lah. Buku cecelia ahern setakat ni, tak pernah mengecewakan aku. Serious, you just gotta believe me. 

Kepuasan aku membaca buku ni sampaikan bila dah habis ayat terakhir, aku tepuk tangan. Sumpah, aku memang tepuk tangan. To simply give a round of applause for the great work by the author. 

Dan salah satu ayat yang aku suka dalam buku ni ialahhhh


Sorry kabur. Tapi korang bukan nak baca semua pun :p

See? What a simple thing tapi ayat tu buat aku berfikir, dan aku suka fikir lebih-lebih ni. Wakakaka 

Korang patut baca buku ni. Disarankan kepada sesiapa yang baru nak bergelumang dengan karya luar negara; this book is great! :D

Dan sebenarnya, sejak aku masuk palam ni, amatlah takde mood nak baca karya tempatan. Hahahaha mintak maaf sangat2, tapi nak buat cemana kan?

Aku juga ada baca buku-buku ni. Malangnya, tak cukup awesome untuk dijadikan review. Ahaks



Oh ya, kalau nak tau, buku The Perks Of Being A Wallflower ni sangatlah limited. Sakit hati aku cari. Merata-rata tau! Masa aku beli ni, aku dapat tau dari cashier yang kedai tu beli 3 buah buku ni je; dan aku pembeli kedua. Betapa bertuahnya Farhana 'Aqilah. Ahaks. 

Padahal, takdelah best sangat buku ni. Wakakaka

Till then, assalamualaikum dan selamat membaca! :)

p/s: Warna kulit aku lain-lain sebab edit melampau, harap maklum.





May 23, 2014

Hero. Mesti baca ! Mesti !


Assalamualaikum semuaaaaa :)

Ya, waalaikumussalam.  Pandai aku jawabkan. Hehe

Okay, terus kepada topik. Di sini aku nak promote novel Hero karya Hilal Asyraf. Kenapa nak promote? Tetibe je nak promote buku kannn... Sebelum ni takde pun.





Alkisahnya, aku baca novel Hero ni dalam bulan 12 yang lepas; sebelum aku masuk plkn. Yelah, sesaja nak brainwash diri sendiri. Wakaka

Lepas dah habis baca dan mengetahui betapa awesome-nya buku ni, aku mula tertanya, 


WHY IN THE WORLD TAKDE SIAPA PROMOTE BUKU NI KAT AKU ?!

Novel sebaik ini patut dipromosikan secara meluas seperti novel-novel urban sekarang, if you know what I mean. Lewls

Novel hero ni yang bestnya, of course la nilai-nilai islamik tu ada tapi bagi aku, tak terlalu berat. Aku enjoy baca. Cara penyampaian yang mudah buat aku senang nak faham mesej dia. 

Lepastu yang menariknya, aku bukan jenis manusia yang suka baca buku jenis fiksyen macamni. Dan bila aku berjaya baca, malah jatuh cinta dengan gaya penulisan dia, so yeah, it was a bonus. 

Maka rakyat jelata sekalian, siapa yang tak baca lagi buku ni, cepat-cepatlah beli di mana-mana kedai buku berhampiran. Ewah 

Atau pinjam je kat sesape. 

Dan kalau korang nak baca online bab-bab awal, boleh klik dekat sini

Oh ya, terima kasih kepada kakngah sebab beli novel ni. Jasamu kukenang. Hoho

Okayyy, till then, selamat membaca dan assalamualaikum ! :)


P/s : Takdir dah habis baca. Sekarang nak baca Takdir 2. Hikhik^^






.