Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya tahun 2020. Dan grad dengan distinction. Ameen
13 April 2020 (Day27 of MCO)
Showing posts with label kemerapian. Show all posts
Showing posts with label kemerapian. Show all posts

May 29, 2020

Of Mothers in Dramas (And Real Life)

Perasan tak antara rempah utama dalam cerita-cerita ialah parents yang tak setuju dengan pilihan anak diorang?

Aku cukup muak dengan senario yang sama. Muak

Ive had enough of mothers objecting their children's choices, lepastu sukati-sukati je jodohkan anak diorang???

Its not YOUR LIFE. Kenapa kau nak sibuk-sibuk?

Kau dah kahwin kan, dah ada suami, dah ada keluarga sendiri. Lepastu sibuk nak dictate hidup orang lain dah kenapa?

Its her/his life! Let them make their own choices! Let them make their own mistakes and be responsible for it

Buatnya dia kahwin dengan orang pilihan kau. Kau ingat diorang akan bahagia ke? Kalau bahagia, alhamdulillah. Kalau ada pape jadi dalam perkahwinan tu, benda pertama yang diorang akan ingat ialah mak ayah diorang yang paksa to be in that marriage

Lepastu kalau hati murni takpe. Kalau dibuatnya anak kau tu berdendam dengan kau sampai mati macam mana? Nanti kau jugak bising anak cucu kau tak balik kampung jenguk

Sudah-sudahlah tu wahai ibu ayah sekalian

Kalau betul kau didik anak kau tu, maka sudah tentu pilihan yang diorang buat pun pasti baik-baik belaka. Apa yang kau risau?

Sudah-sudahlah tu sumbat anak dengan makanan pilihan kau

Sudah-sudahlah tu

Lepastu bila dah banyak drama macamni, mak ayah yang tengok pun suka la sebab para direktor filem buat cerita ikut selera diorang. Yihhh

Anak kau dah besar. Bagi dia buat pilihan sendiri

Dia mesti tahu apa yang terbaik untuk dia. Apa yang kau boleh buat ialah doa. Sebab hati manusia ni Allah yang pegang. Nescaya, pasti baik-baik sahaja pilihan mereka

Okaylah done bebel. Lama sebenarnya nak bebel pasal isu ni tapi tetiba rajin lak. Hshshshs

P/s: Parents kami alhamdulillah dah restu kami berdua. Doa yang baik-baik sahaja oki

Salam sayang,
`Aqilah

Aug 7, 2019

Of Life and The Sadness That Blooms Part 2

Sabtu [16 March 2019]

Time ni, dah balik bilik dan tidur sebab pagi nanti kena bertugas untuk Tsuper.

Maka aku bangunlah dan bertugas kat Tsuper cam biasa. Aku actually bertugas petang kot. Tapi aku tukar dengan kawan sebab petang aku ada hal. So dalam team aku untuk Tsuper ni pulak, ada 5 orang. Yang bertugas pagi ni ada 3 orang, sepatutnya. Lagi sorang tu rehat, yang lagi sorang tu pulak jadi peserta. Tengah buat kerja ni, tiba-tiba yang bertugas untuk bola sepak ni pergi ws dalam group besar, tanya ada sesiapa boleh ganti dia tak bertugas. Sebab dia demam and currently tak larat. Isunya sekarang ni, sebab aku ketua so,

1. Aku tak suka hal-hal keluarga(dalam team etc) kau pergi sebarkan ke khalayak ramai. Benda boleh mintak tolong team sendiri. Asal nak tanya orang lain? Aku ni siapa?

2. Dari semalam dia dah cakap dia demam. Aku dah pesan awal-awal untuk tukar je dengan yang sorang lagi tu. Tapi dia taknak. Alasan sebab dia larat. Aku dah cakap, tukar je. Aku malas nak tunggu esok kalau apa-apa jadi, susah. Tapi ketegaq jugak nak bertugas esoknya. Haaa last-last pukul 11pagi, game bola dah 2 kali game tapi takde siapa bertugas. Orang cari siapa? Orang cari aku, sebab aku ketua. Bukan kau. Bila aku cakap elok-elok tak nak dengar. Lepastu mintak tolong orang lain. Helok sangat perangai

3. Member yang tengah rehat dok melepak dalam bilik tu, tiba-tiba kena tolong kau, kau tahu? Dia tu perempuan. Nak bersiap je dah lama. Lepastu nak jalan kaki ke praklinikal tu, kau ingat dekat? Kalau dari awal kau terima je bantuan orang lain, bukankah lebih mudah hidup? Lagi sekali, degil!

4. Lepastu bila aku sound, emo. Ewah ewah menyampah tau. Aku tahulah kau tak mintak kau sakit. Tapi sebagai ketua, aku dah agak dah benda-benda macamni akan jadi. Yet, kau rasa kau tak bersalah. Yihhh

Aku tengah-tengah buat kerja, nak kena hadap perangai kau ni. Ingat aku ni power nak tangkap gambar orang sambil tengok ws, call orang apa bagai? Berderau darah sis. Aku ni dahlah takat kesabaran aku ni senipis bawang. Ni dah cukup bagi muka dah tau

Oh and dalam keserabutan handle team Tsuper aku ni, team GGC aku pulak ada masalah. Printer punya gambar tak cantik la, apa benda la semua benda nak jadi time-time tu jugak. Haih

Basically time tu aku
1. Bertugas tangkap gambar
2. Handle team Tsuper yang sakit dan perlukan pengganti
3. Bagi nasihat dan keputusan untuk apa-apa masalah yang team GGC hadapi
4. Planning dengan Hanif untuk petang tu
5. Planning dengan family, akan jumpa diorang pukul berapa apa semua

 Lepastu dalam tengahari tu dah settle la jugak. Kemas-kemas barang sebab nak keluar dengan Hanif and alang-alang dia hantar aku ke hotel family aku. Sebab mama, abah dengan kaklong nak pergi umrah. So berbahagialah aku untuk seketika

Flight diorang pagi, tau. So aku dah cakap siap-siap dekat team aku yang aku tak dapat datang penutup Tsuper ahad tu aka esoknya. Pandai-pandailah diorang survive. Tapi sebagai seorang ketua yang risau dekat anak buah, I have my doubts on them. So aku datang jugak penutup tu.



Ahad [17 March 2019]

Pagi tu, kitorang satu family bertolak awal gila tau. Like, Subuh dekat KLIA. Maksudnya sebelum Subuh dah bertolak. Then aku tak ingatlah bila start, tapi aku tanya team aku yang sakit ni, dia sempat tak nak siapkan video untuk penutup. Oh ya, sebab dia baru suruh aku pilih video-video untuk game yang aku bertugas. 

Aku cakap kat dia, boleh tak siapkan? Sebab kalau sempat, post dekat facebook je. Pastu dia emo la, cakap aku tak trust dia apa semua. Cakap dia bangun pagi-pagi semata nak siapkan video tu lepastu aku assume dia takboleh buat.

Girl, please.

Aku tanya sempat ke tak. Kau cakap jelah kau sempat. Apa benda yang complicated sangat entah. Pastu aku dengan dia bergaduh jugaklah dalam group ws tu. Nam jadi pendamai. Aku bukan jahat sangat tau. Tapi perangai kau memang entahpape.

Then gaduh-gaduh. Lepastu sambil hantar family aku kat KLIA. Tunggu diorang apa semua. Then aku kakngah hantar aku ke kolej. Lepastu terus siap-siap ke majlis penutup.

Sampai kat penutup, alhamdulillah video dah siap. Lepastu ahli aku tu merajuk. Haha

Pergilah merajuk sana. Aku ada lah pujuk sikit-sikit. Aku tak jahat lagi. Tapi dia nak merajuk sangat, kan. Oh well

Lepastu mengadu dekat Hanif. Lepastu kena sebijik dengan Hanif sebab dia kata aku tak patut membebel macamtu kat budak tu.

Time tu, aku dah macam hmm

Takpelah. Korang tak faham. Aku dah penat hadap perangai orang macamni, last-last aku jugak yang salah.

Yelah. Mungkin bahasa aku kasar. Tapi macam mana lagi nak ajar orang yang obviously tak faham bahasa?

Hmm emo jap. Hahahah

Lepastu aku mengadu dekat Iffah je. Sebab Iffah pun bengang. Tapi dia takdelah bising-bising macam aku. Hahahhaah

Anywayyy, itu je.


Isnin [18 March 2019]


Aku time ni tengah posting Opthalmology tau. Dahlah posting tu aku blur gila. Sebab aku tak suka. 3 minggu je pulak tu. Lepastu aku selalu demam time ni. Isnin ni lah bermula episod aku depressed teruk gila nak mampus.

Teruk sangat

Terlalu teruk

Menangis malam-malam. Makan pun tak larat. Nak demam je 
Lepastu ada suicidal intention
Nak pergi kelas pun tak larat. Kalau pergi, habuk apa pun tak masuk

Definitely the worst week of my life. 

Tambahan pulak aku time tu tengah period. Haaa merudum teruk emosi

Alhamdulillah time ni Hanif baik sangat. Dia selalu teman aku, bagi kata-kata semangat etc. Lepastu aku selalu bising kat Iffah la. Sebab masalah ni, dia kat situ gak. So tak nak cerita kat orang lain. Malas

Since aku tak posting Psychiatry lagi, so aku tanyalah Iffah. Samada aku patut mintak bantuan orang ke tak? aka lecturers. Lepastu Iffah cakap, tunggu seminggu lagi. Sebab paling minimum nak diagnosed kau ni ada Major Depressive Disorder ialah 2 minggu. Tapi aku baru seminggu so cam tak valid lagi. 


Then after a week, aku rasa better. Alhamdulillah.

Tak tahu la apa yang berlaku sampai aku rasa semakin okay. Tapi aku rasa ni semua sebab rahmat Allah

Bukankah bahagia dan air mata itu merupakan anugerah dari Allah?

So bersedihlah sementara kau masih boleh merasakan kesedihan

Dan berbahagialah sementara kau masih boleh merasai kebahagiaan

Dan bersyukurlah atas semua nikmat tuhan.

Harini 7 Ogos 2019 dan aku menulis apa yang telah berlaku berbulan yang lepas. Tak sangka aku masih ingat.

Ye lah. Benda-benda pahit memang susah nak lupa, bukan?

Semoga semuanya baik-baik sahaja. Ameen

Till then, assalammualaikum :)

Mar 25, 2019

Of Life and The Sadness That Blooms

Hi and assalammualaikum !

The tittle of this blog is in english but I'm gonna be lazy and write in malay anyway. Soooo

Hai lagi sekali! Hahahaha


Harini, pada saat aku menulis, sebenarnya aku dah start ayat atas2 tu beberapa jam lepas. And then kena settlekan few errands so baru ada rasa nak sambung balik. Hahah

Last few days rasa macam mayat hidup. Bukan macam kisah Thalhah Bin Ubaidillah aka Shahid yg Berjalan tu eh. Ni literally macam mayat hidup. Zombie. 

P/S: Kalau nak tahu kisah Thalhah, do pm me okay.

Disebabkan ni blog aku dan aku rasa macam takde siapa baca, so I'm just gonna be really damn honest here, okay. Oh ya, kalau kau baca blog ni dan kau kenal aku, lets just pretend that you never read this okay? For the best of us.

Okay so, aku buat kronologi lah senang.


Khamis [14 Mac 2019]

Lepas iftar dan solat Isyak, pergi bilik Iffah sebab nak settlekan hal printer untuk program GGC. Nak test drive printer dia etc. Lama jugak aku lepak sebab nak make sure betul-betul yang printer tu okay. 

Balik bilik dalam pukul 12 malam camtu, then bila sampai depan pintu rumah, aku nampak baju aku yang dekat ampaian dah kena tolak ketepi (ala-ala asrama) lepastu ada baju baru basuh dan basah digantung disitu.

Aku dahlah penat. Lepastu ingat balik bilik berangan nak lipat kain yang dah kering. Sekali sampai depan pintu rumah, nampak benda macamni jadi. Kau rasa?

Sumpah buat gaduh weh bila jadi camni. Lepastu bila tulis dekat sini dah dikira mengumpat, mengungkit, haaa semua ada.

Tapi takpe. Aku bukan apa, benda ni memang macam simple gila kan. Tapi bagi aku, benda ni besar. Teramat besar. Sebab aku punya emosi terganggu dan berubah 180 darjah. Kalau ikutkan hati, nak je buang baju-baju tu tapi alhamdulillah masih beriman. Huhu

Btw, tu ampaian aku kot??!

Dia menumpang ampaian je. Kenapa dia kena tolak baju aku sampai macamtu? Aku punya pintu bilik terbukak luas kot. Tak kunci pun. Boleh je kalau nak angkat baju aku yang dah kering tu, lepastu letak dalam bilik. Then jemur kau punya baju. Benda simple. Apa yang susah sangat entah.

Aku dah mengamuk gila. Lepastu Hanif suruh mandi dulu, tenangkan fikiran dulu, baru ws akak tu. Nasib baik ada Hanif :(

Then lepas mandi apa semua, angkat baju yang kering. Yang basah balik tu aku biarkan je. Then aku ws akak tu panjang lebar jugaklah. Tapi masih mengekalkan budi bahasa ye tuan puan. Sebab aku tak kurang ajar lagi macam dia.

Tapi dia tak reply. Dah tidur rupanya. Hmmm

Esok pagi, baru dia reply dan ayat dia berbunyi begini,

"..Sorry qilah. Akak tak tahu awak tak suka buat macam tu. Okay lepasni akak tak buat lagi. Sorry ya."

Let me ask you one question.

SIAPA KAT DALAM DUNIA NI SUKA KALAU BAJU DIA YANG DAH KERING KENA TOLAK DEMI MEMBUAT RUANG UNTUK BAJU BASAH ORANG LAIN SEDANGKAN TU AMPAIAN DIA PUNYA???

Haih

Pening

Common sense kemana entah. Lepastu bukan takboleh ws aku tanya bila nak angkat kain. Sebab dia nak jemur kain dia. Boleh je ws. Dunia dah maju kot. Gunakanlah apa yang ada tu demi kemaslahatan ummah. Ni tak, nak jugak menyempit kat situ eyyyyyy

GERAM.

Okay done kisah pertama.


Jumaat [15 Mac 2019]

Aku rasa hari Jumaat ni berlalu dengan agak baik. Kecuali beberapa perkara yang agak menyedihkan dan mengundang kemarahan.

Okay so mungkin hari Jumaat ni tak berapa baik. Hahahah

Kita mulakan dengan kisah dimana aku ada pakat dengan sorang kawan baik ni untuk pakai baju sama warna haritu. So aku takdelah ingatkan dia hari semalamnya. Sebab aku expect dia ingat. Tapi itulah, manusia kan mudah lupa. So dia terlupa, dan aku cam okay lagi la. Tapi masalahnya kenapa baju aku kena sama warna dengan sorang mamat ni pulak eyyy. Lepastu kena kacau lagi eyy.

Okay then dalam kekalutan nak pergi Masjid KLCC utk program GGC, aku masih sempat melepak bersama rakan-rakan demi cendol guys. Bagus tak?

Lepastu gerak ke masjid KLCC. This is where the story beginssss.

Aku dah siap-siap bawak barang apa semua. Termasuk printer Iffah. Lepastu dah sampai etc, banyak pulak benda nak kena settlekan. Aku dahlah target balik after isyak tau. Team aku, by Maghrib tu sorang pun tak sampai lagi. Mana tak mengamuk. Aku team leader. Lepastu esoknya untuk program, aku tak ada. Macam mana lah nak tenangkan hati dan yakinkan diri yang diorang boleh kawal part kitorang esok? Kalau macamnilah perangai masing-masing? Haih

Anyway, tunggu punya tunggu, sorang demi sorang datang. Lepastu kitorang set up tempat apa semua. Termasuklah printer. Then disebabkan banyak kerja nak kena settlekan that night, aku terpaksa stay back sampai lebih pukul 12. Walaupun esoknya aku bertugas untuk Tsuper. 

Nasib baik ada kawan baik hati nak tolong hantarkan ke kolej. Kalau tak, pishang la aku nak balik midnight guna public transport.

Sambungan dekat part 2 okay. Panjang nau cerita.

Kalau rajin baca, bolehlah sambung. Hahahahha

kbai guys. See you in the next post











Sep 21, 2018

Biarlah Rahsia

Assalammualaikum & hai?

Sekarang aku menulis dalam gelap. Sebab tadi tutup lampu sebab nak tidur awal. Konon la

Lepastu sekarang tak boleh tidur. Great. Just great.

Tak tahulah kenapa tapi rasa terluka sangat. Sebab orang yang kau percayakan untuk jaga rahsia kau ended up bagitahu dekat orang lain.

Nak marah tapi malas. Aku kalau marah, memang akan marah direct. Tapi kalau aku geram, tapi tak cakap direct, 10x ganda lagi teruk sebenarnya.

I hate to bottled up my feelings. But im too hurt to even say anything.

So, here's a few things about myself.

Aku merupakan seorang manusia biasa. Kerana apa? Kerana setiap manusia pasti ada benda yang dia rahsiakan daripada orang lain.

I have a few things that I've kept from people and only few knew about them. Some secrets even, I've kept to myself.

Ada sesetengah benda, aku lebih prefer untuk orang tak tahu. Its better that way.

Dan disebabkan itulah, aku juga seorang penyimpan rahsia yang baik. Serius.

Jadi, bila aku beritahu sesuatu dekat kau, dan secara jelasnya cakap jangan bagitahu sesiapa, I really meant it. Aku bukan main-main.

And if shits happen (rahsia aku, kau bagitahu dekat org lain) , boleh tak berlakon je yang korang tak tahu apa-apa? Atau tak pernah dengar apa-apa?

Don't acknowledge it. Just shut up your mouth.

I prefer it that way too.

Aku suka hidup dalam denial yang macamni. Sebab bila ada orang tahu benda yang aku taknak diorang tahu, aku jadi sakit hati dan akan automatik shutdown.

Maksudnya, aku akan rasa nak tutup semua social media yang aku ada, dan cari satu medium lain untuk aku rants sesuka hati tanpa manusia-manusia yang aku kenal baca. Faham tak? Atau aku most probably takkan cerita apa-apa yang penting dah dekat orang lain. Sebab ada sesetengah manusia tak faham definisi rahsia.

It freaking hurts when you guys act like you know those stories from my mouth.

Aku, kalau nak orang tahu apa-apa, aku boleh bagitahu sendiri lah. Takdelah aku nak sorok bagai. There's a reason. So please respect it. Do not cross your line.

Macam blog ni sendiri. Tak ramai yang tahu benda ni wujud.

Aku taknak buat jadi private sebab ada sesetengah maklumat mungkin berguna untuk orang lain. Tapi bukan untuk orang yang aku kenal.

So please guys, kalau kau terjumpa blog aku dan baca isi-isi yang pelik dalamni, can you just keep quiet about it?

Kira win-win lah kan.

Aku akan tetap menulis, dan kau akan terus membaca.

Well, unless korang aku tak kenal lagi, so hi?

This is a rant. And I wrote it down cause it bugs me so much that I cried just now. Lepastu sekarang tak boleh tidur. Hmm

My plan of sleeping early just got ruined. Thanks to you :")

Anyway, if someone tells you something, just don't tell anyone.

It might be something that only you can know.

Be grateful cause they chose you. And let them know that you can be trusted.

I've chosen a wrong person to tell my story. Don't be like me.

And those walls that I built, and I let you in? I'm just gonna make it higher and thicker. And you're not gonna be inside.

Watch me.

Till then, have a nice day peeps.








Nov 18, 2017

What A Craaaazy World We Live In

Hi and yeah. The world sucks

Tidak dilupakan, assalammualaikum kepada semua :)

Since aku nak membebel, so I might as well do it in Malay. 

Sejak kebelakangan ni, banyak sangat kes-kes rogol, zina. Yang buat secara terang-terangan mahupun sorok-sorok. Dan warga internet tak habis-habis main tarik tali antara mangsa-pemangsa. 

One would blame the victim
Suruh tutup aurat la. Cakap pakai ketat lepastu menjolok mata. Jalan malam-malam buta. Pergi upload gambar dekat laman sosial etc

Another would blame the accused
Tak boleh kawal nafsu la. Lepastu horny nak mampus. Jenis tak berperikemanusiaan. Bodoh etc

Dan aku?

I would blame everyone. Including myself.

Aku sangat tertarik dengan tweets daripada Inche Gabbana.

Katanya, kita sekarang rata-rata merawat simptom. Bukan punca masalah yang sebenar.

Contoh: 
Menggalakkan pemakaian kondom untuk kurangkan anak luar nikah
Menghalang anak perempuan dari keluar rumah malam-malam buta
Sex education

dan lain-lain

But the problem lies in our heart.
Hati kita. Iman kita. Sejauh mana Allah di dalam hati kita?


Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1802.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Tidak akan berzina orang yang berzina, di waktu melakukan perzinaan itu, ketika dia orang beriman. Tidak akan meminum minuman yang memabukkan, di waktu minum itu, ketika dia orang beriman. Tidak akan mencuri seorang pencuri, di waktu melakukan pencurian, ketika dia orang beriman. Tidak akan melakukan perampasan, yang menyebabkan orang banyak mengarahkan pemandangan kepadanya, ketika dia orang beriman."



Nah, terbukti bukan?

Satu-satunya cara untuk mendidik ummat ini ialah dengan menyuntik keimanan dalam diri mereka. Dalam diri kita. Jangan pandang orang lain. 

Kita bertanggungjawab ke atas diri kita. Dan kita juga punya tanggungjawab ke atas orang lain. Mungkin harini kita boleh lepas tangan dan kata 'Oh, benda ni tak jadi kat aku so takpelah.'

But one day (nauzubillah), perkara-perkara buruk macamni mungkin terjadi kepada diri kita, ahli keluarga kita, orang yang kita sayang.

Takkan benda dah jadi baru nak menyesal? 

We are responsible to create the environment we have now. Untuk mencipta biah solehah (persekitaran baik) itu, perlukan bantuan semua orang. Dan tentunya perlukan masa.

Tapi kalau dah semua lepas tangan, macam mana? Takkan selamanya nak hidup dalam ketakutan? Aku dah penat weh, serius.

Pergi mana-mana, kena berhati-hati. Kalau keluar, kena ramai-ramai. Memang takde satu pun ke tempat dalam Malaysia ni, tanahair aku sendiri, yang aku boleh rasa selamat?

Kenapa ye aku kena rasa macamni dekat tempat lahir aku sendiri? Kenapa?

Dahulu, masyarakat arab digelar masyarakat jahiliah. Jahil. Bodoh.
Selepas kedatangan Rasulullah yang membawa Islam, negara Arab mula membina tamadun. Mula membangun.

Apa yang Rasulullah bawa dalam Islam? Asas Akidah, Akhlak, Fiqh.

Akidah, yakni keimanan itu sendiri perlu kukuh. Sebab umat Islam yang punya ketaqwaan kepada Allah yakni tidak akan berbuat maksiat. Malah, mereka akan bertaubat dengan sebenar-benar taubat jika berbuat satu kesalahan pun.

Tapi kita? Berbangga dengan maksiat. Banyak berbuat dosa malah melambatkan taubat.

Jadi, kau rasa kita sekarang zaman Jahiliah atau zaman bertamadun? 

Kawan-kawan, marilah kita kembali kepada Islam yang sebenar. Jika ada ruang dan peluang untuk lebih mengenali Allah dan Islam, jangan kau hiraukan. Pergi kejar peluang itu!

Kita sama-sama pendosa. Tiada satu hari dimana kita bebas dari melakukan dosa. Tapi Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.

Jika kita meminta, nescaya Allah akan ampunkan hamba-Nya. Jadi, jangan kita berputus asa! Pintu taubat sentiasa terbuka :)

Akhir kalam, jiwa-jiwa kita perlukan pengisian. Perlukan makanan rohani. Jangan kau biar dia sunyi gelap gelita dan diisi dengan perkara durjana.

Ayuh kita berubah menjadi lebih baik! Kita semua pasti boleh melakukannya.

Semoga Allah suntik semangat buat jiwa-jiwa yang ingin berubah, serta petunjuk buat kita semua. Ameen

Dan semoga Malaysia berada di bawah lembayung rahmat-Nya. Ameen

Sekian, lahir dari lubuk hati yang dalam.



Aug 18, 2013

Senyumlah Wahai Hati



Salam alaik wahai manusia sekalian alam...

Jujurnya, aku rindu untuk menulis. Well, writing has been my passion lately. Lol. Sejak bila nyah? Entahlah.

Tahun ni raya rumah baru. Alkisahnya, internet ni memang petang tadi baru nak pasang. So yeah, baru ada peluang nak menulis lah ni. Chill lah beb. Rindu ke hapa? 

Tadi ada baca satu blog ni. Erm, memang kau benci aku ke macam mana? Sebabnya, aku dah tak pasti apa yang aku rasa. Nak kata aku ni tak berperasaan, tak jugak. Tapi, orang selalu cakap aku camtu. Salah akukah untuk mengetepikan perasaan yang tak perlu ada? Ya, aku sedang backup diri sendiri. I don't do this for fun, I do this for pride. 

Ni lah masalah orang perempuan. Suka tak nak cakap apa yang dia rasa. Sampai aku yang sama jantina ni pun rasa nak hentuk kepala kat dinding jutaan kali. Apa kau ingat senang ke nak fikir masalah kau? Apa yang kau tak suka? Apa yang kau nak? Susah tahu...
Aku ni dahlah jenis yang straight forward habis. Memanglah aku susah nak faham. Lagi-lagi bila diam seribu bahasa. Satu patah aku tanya, satu patah kau jawab. Cuba cakap betul-betul, terus terang kat aku apa salah aku, apa yang kau tak suka. Bukankah kejujuran itu yang terbaik? Walaupun aku tahu benda tu susah gila nak buat memandangkan tiap kali aku nak approach kau...err apa mat saleh cakap? Cat got my tongue? Ah, lebih kurang gitu la.

Kau tak rasa peristiwa 2012 berulang kembali ke? Atau dalam kes kau, 2011? Kau pernah rasa kan bila orang buat macam tu? Kau tak kesian ke kat aku ni? Kau ingat tak tahun lepas yang aku menggila kat kelas lepastu kau pegang tangan aku sejuk gila pastu kau tanya kenapa lepastu.... ahh lantaklah. Kau pun mungkin dah lupa. Hari tu bukan penting pun. Macam tu lah aku. I'm the same old me. The same freak yesterday and today. Oh, mungkin kau bencikan aku. Aku yang aku. Kau takut kau akan membenci, so thats why kau menjauh kan? Kan?

Tapi aku....aku sukakan farewell. Aku pernah cakap kat kau kan yang perpisahan ada dua, dan dua-dua menyakitkan sebenarnya. Satu, yang lembut sikit dengan mengucapkan selamat tinggal. Dan satu lagi, yang kasar which is menghilangkan diri dengan tiba-tiba. Aku tak tau kau sedar ke tak, tapi kau pilih jalan kedua....and it hurts a lot.

Aku tak kuat. Aku tak pernah pun kuat sebenarnya. Cuma, aku bersyukur sebab ego aku yang tinggi melangit ni mengelakkan aku dari bersedih di khalayak ramai. Maka, jangan ingat aku ni gembira bila kau tiada. Kau salah bila kau fikir macam tu. Aku ulang, kau salah.

Dah habis dah apa yang aku nak cakap. Banyak lagi sebenarnya, tapi cukuplah untuk kali ini. Aku tak tau apa kau rasa bila kau baca ni. Mungkin sayang aku atau mungkin membenci aku lebih dari sebelumnya. Well, I'll take my chances. 


'Aku boleh jamin, jika kau berjalan ke arah aku selangkah, aku akan lari ke arah kau seribu langkah' - farel





P/s : Don't make me cry on my birthday, please ?








Mar 26, 2013

Terkubur


Pernah dengar tak kalau kita banyak gelak, nanti hati kita mati? 
Yeah, so true in so many ways. 

Banyak benda dah berlaku walaupun baru bulan ketiga menjejak 2013. Dah nak dekat bulan empat pun. Tapi, nampak nya memori aku terlalu high definition untuk melupakan semua benda. Aku bukan riak, aku bukan bongkak. Tapi, aku berterima kasih juga kepada memori ini sebab ada sesetengah perkara memang berjaya aku lupakan. Perkara yang tidak penting sudah tentu.

Kau sakit. Aku pun sakit. Kita sama-sama sakit sebab kita saling menyakiti. Secara langsung mahupun tidak langsung sama sekali tidak penting. Yang penting sakit dan perit itu terasa. Itu yang semua agungkan bukan? "Kau kena rasa apa aku rasa" "Kau cari pasal dengan aku, aku cari pasal dengan kau balik" "Kau sentuh member aku, memang kau menyesal"

Ini semua sampah. Aku ulang, sampah.

Sejujurnya, bila aku dengar dan lihat semua perkara yang berlaku, aku hanya mampu tersenyum. Aku tidak mengamuk menyumpah seranah pada angin lalu. Apatah lagi untuk bergelak ketawa bertepuk tampar bagai. Senyuman yang terukir menandakan bahawa aku tak rasa apa-apa. Aku tak rasa apa yang orang lain rasa. Mungkin aku rasa peritnya, tapi buat beberapa saat mahupun minit kemudian, peritnya tiada, sakitnya hilang. Hati aku sudah mati mungkin...


Saat aku tau phone aku dah hilang semua game, gambar, theme, lagu, aku jadi kosong. Mana game JAVA semua tu? Kalau aku tengah bosan nak main apa? Mana semua gambar yang aku tangkap? Mana theme comel yang aku bluetooth dari kaklong? Mana lagu favourite aku? Nanti ringtone nak guna lagu apa? Massage alert secret garden pun dah takde ke? Semua persoalan naik satu persatu. Akhir sekali, badan aku mengalah dan aku mengambil keputusan untuk buat bodoh je. Semua tu tak pernah wujud. Dan sekarang aku hanya memandang phone aku dengan pandangan kosong.


Dan semalam. One of the precious things in my life which is my pendrive. Aku bukak dengan cermat pada salah satu laptop di rumah. Dan BAMM! fail aku takde. SEMUA hilang. Punah. Gambar takde, lagu, projek sekolah takde. Gambar dalam tu bukan sikit. Berlambak. Dalam tu semua memori aku tu. Nak menjerit sepenuh hati, nak menangis sampai mata sembap, tapi aku hanya mampu duduk kaku. Tengok lagi sekali pendrive tu. Katanya, dah penuh. Tapi bila bukak memang kosong habis. Menerima takdir, pendrive di-eject. Dan aku online buat beberapa jam. Tak boleh nak tidur kalau hati tak tenang. Tapi, sakitnya langsung tak rasa.

Dan, aku masih setia di sini. Mencoret kisah yang ramai buat tak endah. Aku masih hidup dan belum terkubur seperti memori lalu. Untuk itu, aku bersyukur kepada Ilahi.



Salam alaik buat kalian yang masih bernafas dan tabah menghadapi dunia ini :)






Jan 1, 2013

2013 It Is :D




Saat aku menulis entry ini, jam sudah pun menunjukkan pukul 12:34. So, yeah aku lambat setengah jam. Lol.

Esok nak balik asrama dan betapa enggannya diri ini untuk mengaku yang aku bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia atau nama glamournya SPM. Wuwuwuuu Takmo takmo

Dan, malam yang penuh berkat ini juga terdapat manusia yang spoil mood aku. Thanks a lot. Tak lupa juga kepada siaran tv3 kerana tidak menayangkan cerita feveret aku iaitu Merlin dan menggantikannya dengan Kungfu Hustle yang mungkin sudah berjuta kali ditayangkan di kaca televisyen.

Wahai manusia sekalian, dengan ini saya ingin mengumumkan bahawasanya, saya tidak bersedia untuk memerah otak mahupun mencerna mana-mana pelajaran kerana saya malas belajar. Ditambah juga dengan beberapa insan tersayang yang tidak mahu memberi sebarang galakan. Kau lupa aku kah?

Maka, this is the worst new year ever. Noted by me.

Assalammualaikum. 

Jun 5, 2012

Tahniah !

Hey there !
Kalau korang yang setia baca blog aku, mesti korang tau post ini
kan? Well well well, ada orang lain yang buat aku rasa macam kat mamat tu malam tadi. And she's a girl! Thats G.R.E.A.T. right?

Okay, macam ni, ini blog aku, maka suka hati aku lah nak tulis apa kan? None of your concern really. Dan aku tahu blog ini tidak lah ada banyak followers macam blog korang. Maka aku tidak teragak-agak nak luahkan perasaan dekat sini sebab tiada siapa yang kesah. Betul bukan?

Akan tetapi, yang menjadi masalah apabila terdapat manusia yang tak dapat nak tahan curiosity dia dan mencari blog aku kat google. Curiosity kills. Pernah dengar? Aku tahu dia cari blog aku dekat google sebab semua blog ada aplikasi ini dimana kau boleh kesan dia dapat blog kau dari mana apa semua. Kau jumpa blog aku, bagi kau itu adalah bullseye. Tapi bagi aku, itu adalah bullshit!




But thats not the best part yet. Kau baca blog aku, aku faham kalau kau dah boleh tau pasal hidup aku dalam beberapa minit. Tapi yang paling syok tu bila kau, tak dapat nak tahan adrenalin yang mengalir dalam tubuh kau dan beritahu aku apa yang kau dah baca and make fun off it. Its not funny okay? THAT is insulting me in so many ways.

Mungkin bagi kau, antics kau tu tak memberi apa-apa makna dekat aku, but bloody hell yes it does. Kau suka lah kalau aku bagitau kat kau yang aku tau pasal kau dengan mana-mana individu? Kalau kau manusia biasa macam aku, mungkin kau dah rasa terancam by now. Untuk pengetahuan kau, kalau aku tahu apa-apa pun, aku tak akan bagitau sesiapa. Even dekat orang tu atau member aku sendiri. I'll keep it to my self. Tak ada masa lah nak bercakap pasal kau. Tolong sikit. Dah korek tu, simpan sendiri cukup. Tak perlu kau dedahkan kat aku yang kau lah stalker yang terhebat di alam ini.

Malam tadi, memang aku pissed off gila. Mula-mula memang aku segan tapi bila fikir balik, aku sedar yang kau sedang bermain kotor dengan aku. Mood aku siang tadi memang baik thanks to my sister apa semua dan BAMM! kau datang dengan maklumat HARAM macam tu. Totally ruined my mood. Tahniah!

Apa-apa pun, aku berharap yang kau sedar post ini khas untuk kau dan semoga di sekolah nanti kau back the hell out of my business. Assalamualaikum.



Jan 24, 2012

YOU ANNOY ME !

Entri kali ini khas untuk seorang mamat ni.
Kenapa khas untuk dia?
Well, how do I put this?
SUKA HATI AKU LAH! KAU NAK BISING KENAPA?!



Kan aku dah bengang. Tarik nafas...lepas...fuhh
Okay. Sesiapa yang ada Facebook aku boleh bukak sekarang,
lepastu tengok dekat info aku tu.

* Ada nampak link twitter aku? Tak? Bagusss
* Ada nampak link blog aku ni? Tak? Bagusss

Then korang boleh tengok gambar aku pulak.

* Album apa yang korang nampak? Profile dengan cover photo je?
  Alalala sedihnya I dengar...

Memang aku privatekan pun. Kenapa? Sebab lelaki dumbass tu lah.
Oh ya, aku dah block dia dah dekat facebook. Hari tu tak sampai hati tapi hari ni hati aku dah mencecah langit. 

Bukan lelangit kay.

Apa-apa pun, aku puas. Yeah.
Sebab dia buat aku rasa macam aku lah makhluk Allah paling terancam.
Nuff of him. I'm done. Sekian.

Assalammualaikum :)

Dec 8, 2011

Maybe I'm Just Another Rebound

Okayy. Blew me up cause i just broke the last entry of mine.
But what I care.
Do you ever care? Do you?
I think NOT.


I'm not the person you can just toy around.
I'm not the person that you can play when you have time.
And I'm most definitely not the person to be a rebound with.


You think this is all fun?
You think this is funny?
Well,it isnt.
I'm a human.Not a toy.
I have feelings.So do you.
But why are you acting like you don't have any?


If you ask me why I'm mad,
this is the answer:

I'm not a fucking rebound for your information.
And if you are upset about your ex,deal with it yourself.
Don't act like a child.
And certainly,when you are missing your girl,
don't find another girl to fill the emptiness in your heart.
By giving her your all.
Like you did to me.



All I want is someone that loves me truly.
Not a sad man like you !


But then,it really hurts you know.
FYI,I just want us to be friends.
And all the thing I've said to you,I've said it to other people as well.
Don't ever think that you are that special to me.



And please,let me be the last girl that you did this too.
I can't let anyone get hurt anymore.

Now I know what I want from you this time.
A proper goodbye.
Now that I have said that to you,I'm gonna be fine.



Till then,assalammualaikum :)


Note : Just ignore this entry and read this
.