Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya tahun 2020. Dan grad dengan distinction. Ameen
13 April 2020 (Day27 of MCO)

Mar 26, 2013

Terkubur


Pernah dengar tak kalau kita banyak gelak, nanti hati kita mati? 
Yeah, so true in so many ways. 

Banyak benda dah berlaku walaupun baru bulan ketiga menjejak 2013. Dah nak dekat bulan empat pun. Tapi, nampak nya memori aku terlalu high definition untuk melupakan semua benda. Aku bukan riak, aku bukan bongkak. Tapi, aku berterima kasih juga kepada memori ini sebab ada sesetengah perkara memang berjaya aku lupakan. Perkara yang tidak penting sudah tentu.

Kau sakit. Aku pun sakit. Kita sama-sama sakit sebab kita saling menyakiti. Secara langsung mahupun tidak langsung sama sekali tidak penting. Yang penting sakit dan perit itu terasa. Itu yang semua agungkan bukan? "Kau kena rasa apa aku rasa" "Kau cari pasal dengan aku, aku cari pasal dengan kau balik" "Kau sentuh member aku, memang kau menyesal"

Ini semua sampah. Aku ulang, sampah.

Sejujurnya, bila aku dengar dan lihat semua perkara yang berlaku, aku hanya mampu tersenyum. Aku tidak mengamuk menyumpah seranah pada angin lalu. Apatah lagi untuk bergelak ketawa bertepuk tampar bagai. Senyuman yang terukir menandakan bahawa aku tak rasa apa-apa. Aku tak rasa apa yang orang lain rasa. Mungkin aku rasa peritnya, tapi buat beberapa saat mahupun minit kemudian, peritnya tiada, sakitnya hilang. Hati aku sudah mati mungkin...


Saat aku tau phone aku dah hilang semua game, gambar, theme, lagu, aku jadi kosong. Mana game JAVA semua tu? Kalau aku tengah bosan nak main apa? Mana semua gambar yang aku tangkap? Mana theme comel yang aku bluetooth dari kaklong? Mana lagu favourite aku? Nanti ringtone nak guna lagu apa? Massage alert secret garden pun dah takde ke? Semua persoalan naik satu persatu. Akhir sekali, badan aku mengalah dan aku mengambil keputusan untuk buat bodoh je. Semua tu tak pernah wujud. Dan sekarang aku hanya memandang phone aku dengan pandangan kosong.


Dan semalam. One of the precious things in my life which is my pendrive. Aku bukak dengan cermat pada salah satu laptop di rumah. Dan BAMM! fail aku takde. SEMUA hilang. Punah. Gambar takde, lagu, projek sekolah takde. Gambar dalam tu bukan sikit. Berlambak. Dalam tu semua memori aku tu. Nak menjerit sepenuh hati, nak menangis sampai mata sembap, tapi aku hanya mampu duduk kaku. Tengok lagi sekali pendrive tu. Katanya, dah penuh. Tapi bila bukak memang kosong habis. Menerima takdir, pendrive di-eject. Dan aku online buat beberapa jam. Tak boleh nak tidur kalau hati tak tenang. Tapi, sakitnya langsung tak rasa.

Dan, aku masih setia di sini. Mencoret kisah yang ramai buat tak endah. Aku masih hidup dan belum terkubur seperti memori lalu. Untuk itu, aku bersyukur kepada Ilahi.



Salam alaik buat kalian yang masih bernafas dan tabah menghadapi dunia ini :)






No comments:

Post a Comment

Feel free to comment :)

.