Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya tahun 2020. Dan grad dengan distinction. Ameen
13 April 2020 (Day27 of MCO)
Showing posts with label short story. Show all posts
Showing posts with label short story. Show all posts

Oct 23, 2017

Tsabat (Bahagian 3)

"Okay, semua buat bulatan sekarang!" Arah Akhi Sobri.

Peserta-peserta daurah mula menuju ke tempat berkumpul. Mereka baru selesai sesi 'water confident' yang dikendalikan oleh Ilyas yang sememangnya pandai berenang. 

Hari ini hari terakhir daurah, dan sekarang mereka berada di kawasan air terjun yang tidak diwar-warkan di satu Malaysia tetapi cukup terkenal bagi penduduk tempatan. Oleh itu, tempat ini memang tidak ramai pengunjung. Kalau ada, kebanyakannya pelajar universiti yang datang bersama-sama rakan mereka.

"Semua okay?" Tanya Akhi Sobri sambil memandang satu-persatu wajah di hadapannya. 

Dia berpuas hati apabila melihat ada di antara mereka yang mengangguk-anggukkan kepala. Mereka kini berada dalam satu bulatan di kawasan cetek di tengah-tengah sungai. 

"Kita buka majlis kita pada pagi ini dengan Ummul Furqan, Al-Fatihah. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Nampaknya kita dipermudahkan untuk berada di sini. Langit pun cerah, muka semua pun 'happy'. Hahahaha Jadi, tanpa melengahkan masa, ana menjemput Hadi untuk memberikan taujih. Tafaddhal." 

Semua mata kini memandang Hadi. Menanti akan taujih, ataupun nasihat yang akan diberikan olehnya.

Hadi 'mematah-matahkan' jarinya, memecah kesunyian yang tercipta.  

Apr 23, 2017

Tsabat (Bahagian 2)

Aku melihat sahabat-sahabat yang lain mengisi masa. Ada yang bertilawah. Ada pula yang sedang menghafal surah. Tak kurang ada yang tidur sementara menunggu masuknya waktu Zohor. Aku? Bersandar di dinding dengan buku nota yang terbuka. Penuh dengan catatan sewaktu pengisian pagi tadi.

Bukan mata tidak mengantuk. Tetapi kata-kata Akhi Sobri masih terngiang-ngiang di telinga. Bait-bait catatan di buku nota dilihat satu persatu. 

'Surah Al-Mutaffifin, 83: 14'

Tangannya langsung mencapai Al-Quran terjemahan yang diletak disisi. Helaian demi helaian diselak. Mukasurat 588. 

----


"Sekali-kali tidak! Bahkan apa yang mereka kerjakan itu telah menutupi hati mereka."

Akhi Sobri merenung satu-persatu wajah dihadapannya.

"Berapa ramai antara kita yang mahu berbuat kebaikan tetapi terasa berat? Nak buat solat sunat, malas! Nak berpuasa, takut tak larat! Nak baca mathurat, complain sebab panjang sangat! 

Mesti pernah jadi, bukan?

Kita kena lihat balik diri kita. Muhasabah diri. Berapa banyak maksiat yang kita telah buat? 

Kita dah hidup berapa lama? Okay. Katakanlah 20 tahun. Jadi, dalam 20 tahun kita hidup, berapa banyak maksiat yang kita telah buat? 

Banyak, ikhwah fillah. Terlalu banyak maksiat yang kita telah buat..."

Jeda.

"Sebenarnya dosa-dosa yang kita telah buatlah yang menutupi hati kita. Yang melemahkan diri kita. Yang mencipta alasan untuk kita. Yang menghalang kita berbuat kebaikan.

Jangan salahkan orang lain! Jangan salahkan syaitan! 

Tapi salahkan diri sendiri.

Sebab diri sendiri tak cukup kuat untuk melawan nafsu. Sinar di dada dah malap! Kurangnya cahaya! Sebab Islam belum lagi tertegak dalam diri kita!

Sampai bila kita nak terus melakukan maksiat? Dengan bahagianya bergelumang dalam kegelapan? Cuba tanya diri sendiri, sampai bila!?

Kalau macam ini lah sikap kita, sampai bila-bila pun Islam tidak akan tertegak di muka bumi."

---

"Ha! Termenung apa tu?"

Anaqi tersentak. Hadi yang mencuitnya tadi dipandang.

"Tiada apa-apa lah Hadi. Cuma teringat pengisian pagi tadi."

"Ohh. Dahlah, jom kita ambil wudhu'. Dah masuk waktu ni." Ajak Hadi dengan senyuman yang lekat di bibirnya.

Anaqi turut bangun bersama Hadi. Terasa lenguh kakinya akibat duduk terlalu lama. 

'Tegakkan Islam di dalam diri. Nescaya Islam akan tertegak di muka bumi'

Bisik hatinya sebelum mengikuti langkah Hadi.

















Apr 18, 2017

Pertemuan

"Hello, assalammualaikum. Ha, kau dekat mana?"

"Aku depan kedai celcom. Kau dah sampai ke?"

"Aku dah nak sampai pintu depan. Kau stay jelah situ."

"Ha, okay'"

"Okay, assalammualaikum".

"Waalaikummussalam."


Talian dimatikan. Langkah dipercepatkan. Ada lebih kurang 20 minit. No more time to be wasted. Sebaik sahaja melintasi pintu utama, matanya melilau keliling. Mencari tubuh yang dikenali di antara lautan manusia. 

Matanya tertangkap tubuh itu. Memakai windbreaker ungu dan kelihatan sedang menunggu seseorang. Mulutnya mengukir senyuman. 'Found ya'

Kakinya berjalan kearah jejaka yang dikenalinya.

Sebaik sahaja sampai di lingkungan pandangan lelaki itu, si gadis menuturkan, 

"Hi. Penat aku datang sini" Katanya sambil bersandar pada dinding, gerakan untuk menstabilkan nafas serta degupan jantungnya yang tidak difahami.

Lelaki itu tersenyum. 

Gadis itu turut tersenyum.

Buat 15 minit terakhir, mereka meluangkan masa bersama di antara lautan manusia.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

- Finally, we've found each other :') -

Sep 18, 2016

Tsabat (Bahagian 1)

"Nak tahu apa maksud dai'? "

"Mestilah nak!" Aku menjawab dengan semangat.

"D- Dakwah tugas kami. A-Allah tujuan hidup kami. I-Iman bekalan buat diri. DAI'" Terang murabbinya sambil melukis pada papan putih.

"Ooo DAI'. Menarik." Sambut rakan yang sama halaqah denganku.

Itu kisah setahun yang lalu. Dan ini kisah hidup aku. Nama aku Anaqi. Ajmal Anaqi. Kisah hidup aku bukan macam insan lain. Juga tidak sepelik makhluk asing. Namun aku insan biasa yang terasing olehNya. Aku mulakan kisah aku dengan dua potong ayat Al-Quran.

'Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami pasti menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta."

- surah Al-'Ankabut, 29:2 & 3


Mengapa aku beri ayat ini? Kerana aku mahu kau tahu bahawa setiap manusia di bumi ini pasti akan diuji. Lebih-lebih lagi yang bergelar muslim. Kita diuji untuk mengetahui kadar keimanan kita terhadap Allah. Berapa ramai yang tersungkur setelah diuji? Dan berapa ramai yang masih tegak berdiri?

Hari ini ujian antara aku dengan sahabat halaqah aku bermula. Kami sedang berada dalam daurah. Dan ujian aku ialah untuk mengasingkan kacang-kacang kecil mengikut warna. Asingkan pada pinggan yang sama dimana ianya bercampur. Peluh yang menitis di muka, aku biarkan sebab hanya tinggal beberapa biji lagi sebelum ianya sempurna diasingkan. Tiba-tiba..

'kting!'

Pinggan yang terisi dengan kacang yang telah diasingkan terjatuh. Bertaburan kacang-kacang pelbagai warna di merata tempat. 

"Ilyas ! Tak nampak ke ana dekat sini?!"

"Aseef. Ana minta maaf. Tadi ana nak cepat sebab takut makanan kita hangus. Minta maaf sebab terlanggar. Boleh tak ana pergi dulu?"

"Yelah-yelah. Pergi lah jaga makanan kita tu. Lain kali, jalan tu, tengok betul-betul."Balas Anaqi dengan mendatar.

"Amboi, garangnya." Tiba-tiba Hadi mencuit Anaqi di pinggang.

"Bukan garang, tapi tegas, akhi. Marah pun ada sikit. Hmm"

"Bersabarlah Anaqi. Dalam hidup pasti ada cabarannya. Walaupun kita rasa kita dah buat yang terbaik, tapi kalau bukan itu yang Allah mahukan, maka kita tiada kuasa untuk menahannya. Sama macam kacang-kacang ni. Walau dah susun sebaik mungkin, tapi disebabkan belum tiba masanya lagi, maka ia akan masih bertaburan. Malah lebih teruk daripada tadi, bukan?"

"Hmm"

"Dahlah. Jangan tarik muncung lama sangat. Nanti tak macho. Meh sini ana tolong asingkan. Lagipun tugasan ana petang ni dah selesai." Hadi terus mencangkung untuk mengutip kacang yang bertaburan satu persatu. 

"Jazakallah akhi." Anaqi turut mencangkung dan membawa pinggan untuk diisi dengan kacang.

"No biggie." Hadi tersenyum pada rakannya itu. Arif dengan sikapnya yang cepat marah tapi mampu dikawal oleh orang-orang tertentu sahaja. Dan dia ialah salah seorang daripada mereka.

Ternyata walau beberapa jam daurah bermula, tetapi pengajaran yang dapat diambil terlalu banyak. Dan banyak lagi yang akan mendatang di luar sana.



bersambung.....








Aug 13, 2016

Langit...Masih Cerah (Part 5)

'Nak pergi ke tak, nak pergi ke tak' 

Bisik Ina dalam hati sambil mundar-mandir di ruang tamu.

"Weh, kau dah kenapa? Kot ye nak bersenam pun, buat kat dapur ha. Aku nak tengok tv."
Bebel Alia yang baru siap membancuh Vico.

Langkah kakinya terhenti. Serentak itu dia memandang teman serumahnya.
"Kau rasa aku patut pergi tak?" Soal Ina dengan muka keliru habis.

"Pergi mana pulak ni? Ada orang ajak dinner ke?" Mira bertanya kembali. Tak pernah-pernah si Ina ni macamni. Walaupun mereka baru sahaja berkenalan 2 bulan yang lalu, tetapi dia yakin pasti ada yang tak kena. 

"Erm, sort of?"

"Dahtuh, kau buat apa lagi dekat sini? Bila nak siap?"

"Tapi kan Alia, dah lambat sangat ni. Buatnya dia dah balik macam mana?"

"Adoi kau ni Ina. Kalau nak pergi, buat cara nak pergi. Kalau tak nak, duduk jelah kat rumah ni. Yang penat-penat fikir tu kenapa?"

"Haaa yelah-yelah aku pergi."Balas Ina sambil melangkah ke biliknya untuk bersiap.

----------------------

'Rasanya memang restoran ni. Ada lagi ke dia dekat situ? Hmm pergi jelah.' Bisik hatinya sambil menjenguk mencari kelibat insan yang mengajaknya ke mari.

Langkahannya terhenti. Di hadapannya kini kelihatan seorang lelaki yang duduk seorang diri sambil menikmati segelas air di hadapan. Nampak macam sudah lama menunggu.

'Okay. Tarik nafas, lepas. Tarik nafas, lepas. Jangan nak berdegup kencang sangat wahai jantung. Kau hanya dekat sini untuk berjumpa dengan kawan lama.'

Sebaik sahaja langkahannya diteruskan, kelihatan lelaki itu sedang mengemaskan barangnya. Barangkali untuk meninggalkan tempat itu.

Ina mempercepatkan langkahnya dan belum sempat Aie bangun, dia sudahpun duduk dengan gaya selamba(yang dicontrol sebaik mungkin) di kerusi bertentangan. 

"Dah lama tunggu?" Soalnya.

"Eh, Ina." Balas Aie sambil mengukir senyuman. Dirinya kembali duduk di kerusi tadi.

"Minta maaf sebab lambat. Nanti saya belanja."

"Its okay. Ada hal ke tadi?" 

"Erm, bolehlah." Hal memikirkan nak terima ke tidak tawaran makan malam dengan kau lah. Selebihnya dibisik Ina dalam hati.

"So, where's the menu?" Ina bertanya kepada Aie yang sudah lama berada di sini.

"Oh ya. Kejap saya panggil." 

-----------------------------------------------------

Malam itu malam perjumpaan rasmi yang pertama. Yang pertama sejak 8 tahun lamanya. 
Mereka banyak berbicara tentang rakan-rakan sekolah: belajar di mana, universiti apa. Dan mereka langsung tidak menyentuh tentang kisah lama. Kerana jika diungkit, pasti ada yang berdarah di jiwa. 




bersambung.....














Jul 3, 2016

The Night It All Started




"Ida, kalau aku takde, kau teruskan jugak tak perjalanan kita ni?"

"Aku tak tau..." Balasnya sambil kepala tunduk memandang batu-batu kecil.

Malam itu, mereka berdua duduk di tengah padang kawat. Masing-masing melayan perasaan. Yang pasti, dahulu mereka pernah buat perkara yang sama. Cuma waktu itu, mereka semua berlima. Kini setelah seorang demi seorang pergi, hanya tinggal dua sahabat ini.

Dua orang sahabat yang masih keliru dengan apa yang berlaku
Yang masih terkejut dengan keputusan yang telah diberitahu
Masih sedih kerana bakal tinggal seorang sahaja yang akan meneruskan legasi

Seorang yang pernah berkata, jika dia bersendirian, dia mungkin takkan mampu bertahan.

-----

"Ida, cuba kau tengok bintang tu. Aku syak tu Orion. Haa, surah mana ayat mana cakap pasal bintang?"

"Emm bukan surah An-Najm kan?"

"Bukanlah. Hahaha adoi kau ni. [15:16]"

"Surah Al-Hijr, ayat 16?"

"Yep. Thats the one."




'Dan sungguh, Kami telah menciptakan gugusan bintang di langit dan menjadikannya terasa indah bagi orang yang memandang(nya)'

- Surah Al-Hijr,15:16



"Ida, aku rasa sekarang aku dah takde cahaya."

Ida di sebelah memandang dengan muka pelik. "Apa yang kau merepek ni?"

"Yelah. Sebab aku rasa orang dah potong suis aku. So aku dah takde punca dah sekarang ni. You know what I mean right?" Katanya dengan senyuman kelat.

"Aku tahu. Tapi selama kau ada dekat sini, aku akan tetap buat tak tahu. Dan Hana, kau bukan bulan yang perlukan cahaya matahari. Tapi kau bintang yang tetap bersinar dengan daya sendiri." Pandangannya kembali pada batu-batu kecil itu. Mengharapkan apa yang dikatakannya akan merawat hati sahabatnya itu. 

"Ida."

"Apa lagi?"

"Anggaplah yang ni semua satu denda tau. Denda yang sangat sangat panjang. Dan aku tak tahu bila denda ni akan berakhir. Cuma aku nak minta satu benda."

Ida memandang kembali rakannya itu. Dia ni kalau tak buat suspens, memang tak sah. "Hmm. Apa dia?" Tanya Ida, tanda kasih di dada.

"Kau kena tunggu aku. Kau kena tunggu aku walau lama mana pun. Aku janji aku akan kembali. Cepat atau lambat, Allah yang tentukan. But I'll be back. I promise you." Katanya sambil mata memandang ke langit. Risau kalau-kalau air matanya bakal mengalir di sisi kawannya itu. 

"IAllah, Hana. Aku tunggu kau."
Selepas itu, suasana menjadi sunyi. Masing-masing memikirkan kembali perbualan tadi.
Mereka tidak punya masa untuk berehat sebegini. Tapi, jika ada, akan digunakan sebaiknya. 

---

Jam Hana berbunyi, menandakan masa untuk pulang ke kamar masing-masing.

Semasa berpisah di tangga, Ida sempat memesan, "Hana, 29: 2 & 3"

Hana mengangguk lemah dan menapak ke biliknya.


'Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,"Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.'

- Surah Al-'Ankabut,29:2 & 3 

May 7, 2015

Langit...Masih Cerah (Part 4)


"Woi, lambat kau datang harini?" Tegur Aie kepada Aizat yang baru sampai ke pejabat. Nampak sangat kelam-kabutnya di situ. Tapi Aizat ni cool orangnya, jalan selamba pun orang tak perasan dia tengah berpeluh-peluh. 

"Yelah. Dah kau asyik buli isteri aku. Mana tak lambat."

"Ewah-ewah. Apa kena mengena pulak isteri kau dengan kau lambat?"

"Dah kau asyik suruh dia bagi hadiah dekat Ina. Lepastu memang pagi-pagi tu siap dah dia keluar rumah. Taknak Ina nampak katanya. Habistu sarapan memang aku buat sendiri lah. Tak kuasa aku makan dekat luar." Panjang lebar Aizat terangkan kepada Aie. Karang beritahu pendek-pendek, dia banyak tanya. 

"Hehehe. Aku minta maaf Aizat. Bukan selalu aku minta tolong Soleha. Kau tau kan harini hari lahir Ina. So, aku nak buat special sikit."

"Ha yelah-yelah. Kau tu penakut sangat. Lainkali, bagi sendiri depan-depan. Baru dia cair. Ni setakat acah-acah secret admire, baik tak payah. Dahlah, aku nak buat kerja. Ingat, jangan buli wife aku lagi! Kalau tak, aku patah-patahkan leher kau. Biar tak jumpa Ina. Baru kau tahu." Balas Aizat sambil melangkah ke mejanya.

Dalam diam, Aie setuju. Bila lagi nak mulakan langkah pertama? Sejak peristiwa 8 tahun dahulu, dia dengan Ina makin menjauh. Ina pindah ke Johor dan dia pula masih di KL. Kedua-duanya cuba untuk melupakan rasa di hati masing-masing. Segala hubungan diputuskan bahkan di laman sosial. Darah muda lah katakan. Asalkan boleh block, memang block habis. Lepastu tak dengar apa-apa berita, mula meroyan. 

Mula-mula memang perit. Aie mengaku kepada diri sendiri. Tetapi, jika perpisahan yang terbaik, maka biarlah waktu yang menentukan semua. Setelah dapat tahu yang Ina pindah ke KL dan kebetulan satu syarikat dengan Soleha, Aie rasa waktu inilah yang dia tunggu-tunggu selama ini. Waktu untuk 'comeback', bak kata sahabatnya suatu ketika dahulu.

Disebabkan itulah seminggu sebelum hari lahir Ina, Aie dah mula membuli isteri Aizat. Nak harapkan dia hantar sendiri kesemua coklat dan bunga ke pejabat Ina, malu. Tak bersedia lagi nak menatap wajah yang telah berjaya menambat hatinya. Dan hari ini, hadiah hari lahir Ina istimewa sedikit. Ada kek coklat, baby's breath dan kad. Disebabkan tarikh 25 April inilah Aie memberanikan diri untuk mengajak Ina makan malam bersama. Harap-harap Ina sudi terima ajakan orang yang telah melukakan hatinya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aie menunggu dengan penuh resah. Rasa-rasanya dekat kad tu dah tulis nama restoran dengan waktu sekali. Ke, Ina salah baca? Macam mana ni? Tapi normal lah kan tunggu perempuan. Biasalah diorang bersiap memang lama. Aie cuba memujuk hatinya. Hanya fresh orange yang dipesan sewaktu waiter datang walaupun perut minta diisi. Nak pesan makanan, nanti sejuk. Ina pulak tak sampai-sampai lagi. Keluh Aie sambil melihat jam di tangan.

*sejam kemudian*

Dah lama sangat dah ni. Aie sedar yang dia masih belum dimaafkan oleh Ina. Sedang dia bersiap-siap untuk bangun dan meninggalkan tempat itu, seorang gadis datang dengan penuh selamba dan terus duduk di kerusi bertentangan. 

"Dah lama tunggu?" Tanya si gadis.

"Eh, Ina."Aie terkejut bercampur geram. Namun, bibirnya dicuba untuk mengukir senyuman. Takpelah Ina. Lepas ni, nak denda aku macam mana sekali pun aku sanggup. Asalkan kau sudi terima aku kembali. 



bersambung...














Apr 23, 2015

Langit...Masih Cerah (Part 3)

Pagi itu seperti biasa. Bangun, sarapan, kerja. Tapi yang menariknya pagi itu ada sekotak coklat Ferrero Rocher di atas meja. Mata melihat-lihat ke seluruh pejabat. Mana tahu ada hint tentang pemberi. Setelah tiada apa-apa tanda yang mencurigakan, Ina duduk. Matanya memandang kembali coklat yang cantik terletak di atas meja. Eh, ada kad. Kad itu dibuka.

'Buat Nur Syazlina, insan semanis coklat'

Kenapa aku rasa deja vu tiba-tiba ni? Ayat pada kad dibaca berulang-ulang kali. Sah! Sebijik macam ayat masa aku sekolah dulu tapi lain sikitlah. Takkan dia yang bagi? Mustahil. Kepalanya digeleng-gelengkan.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ina melangkah ke tempat duduknya di kelas. Pagi-pagi macam ini tak ramai yang datang lagi. Bawah meja dikemaskan apabila tiba-tiba tangannya terpegang sesuatu yang asing. Ina tersentak. 

"Siapa yang rajin sangat bagi aku coklat ni? Ke, salah meja?", Ina mengomel sambil membaca surat yang terlekat kemas pada coklat Ferrero Rocher itu. 

'Kepada Nur Syazlina, yang manis seperti coklat =)'

"Ehhhh. Apa benda dia merepek ni? Manis? Coklat? Aku? Ni lawak tahap dewa ni. Haih. Asal nak mengorat je, bagi coklat. Macamlah takde benda lain."

"Woi! Kau buat apa tu?!" Sergah Mira. "Ahaaaa, ada pakwe bagi coklat eh? Tak nak kongsi dengan aku ke? Yelah, kita ni mana ada orang minat, tak macam orang tu." Usik Mira sambil memuncungkan mulutnya. 

"Eh takde makna ada orang minat. Dah-dah, aku melayan kau ni, memang lambat lah ceritanya pergi perhimpunan. Jom gerak." Balas Ina sambil menarik Mira keluar. Mira ni, kalau dilayan, memang habis semua benda kena cerita. Uishh tak boleh-tak boleh. Selagi tak konfirm, kita simpan dalam-dalam. 

Semasa ketiadaan guru di kelas, Ina membawa surat pada coklat itu ke tandas. Setelah memastikan tiada sesiapa pada waktu itu, Ina membaca surat itu dengan pantas. Dapat tau pengirim pun cukup untuk membuat hatinya gembira. Buatnya kena tangkap dengan cikgu, nahas je. Bukannya dia tidak tahu, surat-surat cinta cukup suka dirampas. Eh, surat cinta ke pun? Perasan je aku ni. Tapi...suka. Hikhikhik

Senyuman di bibir cuba dikawal. Mira nampak ni, habislah, bisik hati Ina sambil bergerak ke pintu kelas. Sebelum itu, sempat dia memandang insan yang sedang berehat di belakang kelas, betul-betul di bawah kipas. Kepala dianggukkan, sebagai tanda terima kasih. Setelah dia yakin yang isyaratnya sampai, Ina duduk di sebelah Mira dan meneruskan pembelajaran pada hari itu seperti biasa. 





bersambung....









Nov 18, 2014

Langit...Masih Cerah (part 2)

"Err..Ina?"

Okay, sampai sekarang soalan mudah itu bermain-main dalam minda, termasuklah insan yang bertanya.

Dalam banyak-banyak tempat dalam dunia ni, kenapa dia kena ada dekat kenduri tu? Kenapa kena terserempak dengan dia? Kenapa mesti dia? Kenapaaaaaaa...??

Okay, mohon tenang wahai Ina. Kau kuat, aku tahu. Dah 8 tahun dah pun benda tu berlaku. Setakat jumpa sesaat macam siang tadi takkan mengubah apa-apa. Kan ina kan? Oh, tolonglah diri sendiri jangan nak lemah sangat macam ni. 

Ina melangkah ke arah suis. Lampu bilik ditutup. Hati ditekadkan untuk melupakan peristiwa di siang hari. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Weh Ina, kau tak rasa ke Aie lain macam je sekarang?"

"Lain macam apa bendanya? Aku tengok okay je."

"Kau tak nampak ke yang sejak dia clash dengan awek dia tu, dia asyik pandang kau je? Ha..tu tu dia tengah pandang kau."

Serentak itu, Ina memalingkan kepala ke arah Aie yang sedang duduk bersembang di belakang kelas. Bibirnya terukir senyuman, membalas senyuman Aie. 

"Woi, kau pehal senyum-senyum dekat Aie? Haaaa ni mesti ada pape ni kan? Kau takpayah la nak rahsia-rahsia dengan aku Ina oiiii..."

"Hahahaha tak ada apa-apa lah Mira. Over lah kau. Aku senyum je kot. No harm done, right?"

"Righttt...."

Mereka berdua tidak tahu yang setiap gerak-geri mereka sedang diperhatikan oleh jejaka bernama Huzairi. 

Walaupun topik yang disembangkan di belakang kelas ni boleh tahan hangat, namun itu tidak menghalang dia untuk memfokuskan pandangan ke arah Ina; gadis yang berjaya mencuri hatinya. 

Bukan dia tidak pernah buka hati kepada mana-mana perempuan. Tetapi, dirasakan yang semuanya tidak sesuai. Hatinya kuat mengatakan yang Ina lah orangnya. Sudah beberapa kali mahu membuat langkah pertama, tetapi sering terhenti. Mengapa? Kerana dia mahu pastikan yang cintanya tidak bertepuk sebelah tangan. Nur Syazlina, aku harap kau sudi terima aku.



bersambung...

Nov 4, 2014

Langit...Masih Cerah



Cantik jugak tema kahwin Aizat ni, ala-ala dalam taman gitu. Untung kau Soleha, nak pulak dapat si Aizat yang duit berkepuk-kepuk ni. Nak harap aku kahwin macam ni nanti, memang tak lah. Tapi, kalau buah hati pengarang jantung nak jugak, apakan daya hamba menolaknya.

Cakap pasal buah hati, aku rasa aku ternampak Ina dekat kenduri ni, pakai baju kurung warna biru laut. Macam mana lah pulak dia boleh ada dekat sini? Hmm musykil pulak aku. Nanti nak tanya Aizat lah.

Oh ya, lupa nak perkenalkan diri. Nama aku Huzairi, nama manja pulak Aie (sebut: Aaa-eee). Kenapa mesti Aie? Alkisahnya adik aku masa kecik-kecik dulu tak pandai sebut nama aku. Maka, terhasillah Aie yang lebih mudah diungkapkan oleh kanak-kanak berumur 1 tahun. 

Selepas makan, Aie bangun dan mengorak langkah ke arah pengantin lelaki. Niat dihati mahu bertanya tentang perempuan berbaju biru yang menyerupai Ina tadi tetapi, lain pulak yang jadi. Si dia kebetulan sedang berdiri di hadapannya ketika ini. 

"Err.. Ina?" Sapa Aie.

Melihatkan wajah gadis yang berubah terkejut berjaya menjawab persoalannya. Setelah ditegur oleh Aie, gadis tersebut berlalu ke arah lain.

Okay, memang dia Ina. Masalahnya kenapa sekarang jantung aku berdebar pulak ni? Chill Aie, chill. Ina je kan, benda dah lama lepas. Entah-entah dia dah berpunya, kau mana tahu.

Serentak dengan pertemuan mereka berdua pada hari itu, kedua-duanya mula menyingkap memori lalu yang telah lama tersimpan...


bersambung...



Oct 25, 2014

Not a love story

Perhaps I can tell you a story. About how a girl, meets her prince charming.

Well, he's not that charming, I might say. And he is of course not a prince. But he is something. He's the kind of person that everyone will love, maybe for his sense of humor and such. 


And she does not know if he's the one that she seeks. Neither do he, I suppose. And they are trying their best to take care of their relationship for the time being; and not wanting people to know is exactly what the girl wants. But honestly, she can't help but to give people a hint or two of what is going on. 

This is not a long story, if that is what you want. 

The girl don't even remember when is exactly the 1st time that she saw her prince. And she bets the boy do not know either. Lets just say, she 1st knew of his existence when her friend told her that the boy like her, which is years ago. 

Curiosity is the desire to know something. And that curiosity is what drives her towards the boy. She wants to know if the truth is really spoken from her friend.

So, the journey of seeking the truth remains until now. For she, is slowly falling for that boy...

Lets just hope that they will have a happy ending. 





----------------------------------------------------------------------------------------------------------

"The best way to keep a relationship is to not talk about it"

Mar 31, 2013

Hadiah Terbaik Ending


Bangun-bangun je terus teringat domo yang Zack bagi semalam. Hiks. Tapi, benda tu kena tinggalkan kat rumah. Yelah, mana boleh bawak patung ke hostel.

Sepanjang perjalanan ke sekolah, aku berbalas mesej dengan Zack. Tak pernah sebelum ni aku melekat dengan phone. Rasanya, parents aku pun dah perasan. Tapi, takpelah. Bukan selalu. Lagipun, Zack balik hostel dia hari ni jugak.

   Sampai je kat hostel, aku sempat mendengar suara Zack buat kali yang terakhir melalui corong telefon. Wasiat-wasiat terakhir kuberi kepada Zack. Kot-kot lepas ni tak boleh contact dah. Kot-kot la. Tapi, kalau boleh, nak contact hingga akhir hayat gitu. 

   Barang dah habis angkut masuk dorm. Phone pula selamat diberi kepada Puan Ayu merangkap mamaku yang cantik menawan. Well, aku kan budak baik. 

   Sampai sahaja di dorm, ramai insan yang mengucapkan selamat sempena hari lahir aku. Ada juga yang tidak mengatakan apa-apa tapi, aku yakin mereka sudah post di facebook. Aku je yang tak bukak. Ternampak member dorm aku di katil. Teringat perbualan sebelum cuti raya haritu...

   "Effy, aku nak hadiah hari lahir aku lepas raya boleh?"

   "Hmm. Kau nak apa? Tapi aku tak janji lah."

   "Aku nak pakwe. Aku nak bila aku balik dorm nanti, ada satu kotak besar tengah dorm. Pastu, nanti ada laki handsome keluar dari kotak tu. Laki tu hadiah aku. So, dia aku punya lah. Hehe."

   "Weh, kau ni nak merepek pun agak-agak lah. Lagipun, ada ke laki nak dekat kau?"

   "Wuish. Mestilah ada. Aku kan cun melecun. "

   Ezra tersedar daripada lamunannya. 

   Walaupun takde kotak besar sekarang ni tengah dorm, tapi aku mula faham apa yang berlaku. Dalam aku main-main cakap macam tu dengan Effy, rupanya pintu langit terbuka. Allah Maha Mendengar. Zack lah orangnya selama ini. So-called-boyfriend masa cuti raya haritu. Dan dialah hadiah yang aku dapat. Hadiah yang terbaik dari Allah :)

Tamat. 

___________________________________________________________________________

Okay stop. Hahaha. Pertama sekali, terima kasih kerana membaca. Aku tau tak best. Oh well, aku bukanlah seorang profesional. Maaf kalau ending dia macam ni. Aku akui aku tak reti buat ending. Lol. Mungkin tak seperti yang semua nak, tapi yang penting memang aku nak ending dia macam ni. 

Kadang-kadang kita tak sedar even kata hati pun sebenarnya doa. Terlintas sekejap pun doa sebenarnya. Apatah lagi yang cakap terang-terangan. Aku tak suruh korang doa korang dapat pakwe/awek macam Erza ni. Aku nak korang doa benda baik-baik. Maka, berhati-hatilah semasa bercakap. Tak perlu doa orang lain benda tak elok. Takde adab namanya tu.

Benda ni dah banyak kali sebenarnya berlaku dalam hidup aku. So, why not make a story out of it? Hehe.
Apa-apapun. Terima kasih sekali lagi kerana membaca. Aku habiskan cerita ni khas buat @atiqahpauzi dan @IncheMad. Harap tak mengecewakan. :)



Mar 25, 2013

Hadiah Terbaik Part 5


   Malam ini malam sabtu dan secara tidak langsung menandakan waktu aku di rumah sudah sampai ke penamatnya. Hubungan aku dengan Zack masih berlangsung. Apa maknanya entah, aku pun tak tahu. Tapi, apa yang aku tahu, kami belum lagi mengisytiharkan apa-apa. So, aku masih single bukan?

   Pada malam yang indah lagi permai ini, aku dengan berat hari iron baju sekolah di bilik belakang. Senang esok terus pakai je. Takde nak kelam sangat. Tapi, masalahnya sekarang ni, esok hari jadi aku. Seriously tak suka sambut birthday kat sekolah. Nightmare habis. 

   Nada dering berbunyi menandakan panggilan masuk. Tidak lain tidak bukan manusia tersebut ialah Zack. Iron diletakkan ke tepi. Sony Ericson dicapai.

   "Hello, asal call?" Erza bertanya dengan nada malas yang dibuat-buat. Padahal dalam hati, Tuhan je tahu.
   
   "Erm, kau kat mana ni?" Tanya Zack kembali.

   "Aku kat belakang, tengah iron. Kau kenapa?" Budak ni bukan nak jawab soalan aku. Gerutu Erza.

    "Aku kat rumah kau ni. Ada benda nak bagi."

    Mata melihat skrin telefon bimbit. Terpandang paparan jam. Ditenung tajam untuk mencerna apa yang baru didengari.

   "Woi! Kau biar betul! Bagi esok-esok tak boleh ke?"

   "Erza, cepatlah ambil. Aku baru balik Manjung ni. Penat gila kot. Dahlah bapak kau ada kat luar. Cuak aku."

   "Hahaha. Itu bukan abah aku lah. Jiran sebelah kot. Almaklumlah, kereta dia tu sebijik macam kereta kitorang ni ha."


............................................................................................................

   BAMM! Pintu bilik ditutup. Badan dihempas ke katil. Tangan meraih bungkusan yang baru diterima di pintu pagar tadi. Dapat jugak keluar rumah senyap-senyap. Dahlah pintu pagar, rumah, grill semua dah berkunci. Phew. Peluh di dahi dilap dengan tuala. Terasa diri ini macam spy profesional pula. Spy yang sedang memakai pyjamas. Erk.

   Tangan membuka bungkusan. Hadiah hari jadi yang disangka tuala rupanya patung domo bersaiz besar. Okay, takde lah besar mana tapi kalau nak banding dengan keychain hari tu, adalah dalam 10 kali ganda. Keji jugak aku sebab ingat Zack nak bagi aku tuala. Yelah, rasa macam empuk semacam je bila dapat tadi. Memang aku fikir tuala je masa tu. Kuangkuangkuang.

  Rupanya-rupanya sambil dia melepak dekat Manjung dengan member, ingat jugak dia kat aku rupanya. Ceh. Tak boleh belah. Tapi, yang kelakarnya ialah, apabila ditanya macam mana dia bawak benda ni datang sini, dia cakap yang dia bawak motor sebelah tangan je. Sebelah lagi pegang domo ni sebab takut dia terbang. Sengal je. Tapi, terserlah kecomelannya di situ.

  Oh well, sekurang-kurangnya aku dapat menggembirakan hati yang enggan ke asrama ini. Terima kasih banyak-banyak Zack. Jasamu dikenang. 


                                                             

                 bersambung......




   
   

Dec 15, 2012

Hadiah Terbaik Part 4


   Cuti sekolah tinggal 3 hari sahaja lagi. Cuti sempena Hari Raya Aidil Fitri ini terasa begitu singkat. Mungkin kerana terlalu sibuk dengan Zack. Walaupun baru beberapa hari kenal dengan lebih rapat, tetapi diri ini bagai sudah lama mengenalinya. 

   Baru tadi chat dengan si dia di laman sosial. Katanya mahu mandi. Maka, diri ini pun dengan senang hati menutup laptop dan melayan Merlin di kaca tv. 

   Beberapa minit kemudian. 
   
   *ringtone berbunyi*  Skrin Sony Ericson dipandang sekilas.  *Zack*

   'Hello, kenapa?' Erza hairan. Tadi rasanya dia cakap nak mandi.  

   'Erza...macam mana ni?! Macam mana?!' Nada Zack berbunga cuak. 

   'Weh, rileks la. Kau kenapa?' Aku mula risau. Mana ada jejaka macho macam dia ni tiba-tiba call cakap macam ni. There must be something.   

   'Motor aku hilang...' 

   'Huh? Apa?! Kau cakap betul-betul sikit. Aku rasa aku salah dengar lah.'

   Kedengaran Zack menarik nafas. 'Erza, motor aku hilang.' Satu persatu perkataan disebut.

   Maka, bermula lah suatu episod yang tidak pernah aku bayangkan akan terjadi pada aku sehinggalah pada malam ini. Rupa-rupanya setelah mandi, Zack bertolak seorang diri dengan motorsikal nya ke Cheras. Untuk apa, dia tidak pula memberitahu. Tetapi, hati aku mengatakan tujuannya ada kaitan dengan aku. Apalah agaknya ya?

   Penat juga memujuk Zack untuk beritahu keluarganya tentang perkara ini. Tidak lupa juga memarahi dia kerana terlalu cuai. Adakah patut kunci motor dibiarkan di tempatnya? Dia dah bagi peluang kepada orang, memang percuma lah motor itu dirembat. Tapi, setahu aku, dia ini bukanlah bodoh. Mungkin sudah takdir mengatakan begitu. Reda je lah kau Zack. 

   Lama Zack dengan aku 'on call'. Sampai badan semua naik lenguh. Posisi aku diubah mengikut masa. Sekejap guna tangan kanan. Sekejap kiri. Tadi aku bersila, namun sekarang aku duduk ala-ala pramugari. Tak senang duduk aku apabila mendengar bunyi Zack berlari-lari mencari topup. Itu lah, call lama sangat. Sempat juga aku tergelak saat mendengar suara seorang desperado bertanya kepada seorang untie cina pasal topup. Muehehe. Akhirnya, dia memilih untuk menggunakan teknologi moden aka mesin atm untuk tambah nilai. Cool right?
   
   Semasa dia sedang putus harapan untuk balik ke rumah dan bercadang untuk tidur di perhentian bas, Zack telah mendapat panggilan daripada pak cik yang serumah dengannya. Akhirnya, ada juga insan yang mencari jejaka ini. Mungkin kerana sekarang terlalu lewat dan keluarganya pula risau. Selepas panggilan itu, dia ingin memberitahu sesuatu kepadaku. Katanya, perkara ini lah yang dia mahu beritahu petang tadi, semasa kami bermain mesej. Aku yang mendengar, tidak dapat mengawal rasa ingin tahu. Apakah yang penting sangat sampai sekarang baru nak cakap? 

   Ceritanya, ibu bapa dia telah bercerai 3 tahun yang lalu. Sebab itu apabila aku bertanya tentang keluarganya petang tadi, dia mengelak. Betapa terkejutnya aku sampaikan soalan yang keluar dari mulut ini boleh disamakan dengan peluru raifal. Terkial-kial Zack mahu menjawab. Apa yang dia beritahu ialah, ibunya telahpun berkahwin dan ayahnya pula masih menduda. Sekarang, Zack risau kerana pak ciknya beritahu bahawa ayahnya yang akan mengambil dia di perhentian bas itu. Ayahnya memang duduk di Cheras setelah berpisah. 

   Sebenarnya, Zack kurang gemar dengan ayahnya. Mungkin kerana di minda dia, ayahnya punca orang tuanya bercerai. Entahlah. Aku malas nak bertanya dengan lebih lanjut. Takut mengganggu hatinya yang sememangnya sudah tidak tenteram lagi.

   Kami bersembang sehingga ayahnya sampai. Panggilan kami terpaksa dimatikan. Aku hanya mampu berdoa dia tidak dimarahi ayahnya. 


   Apa-apa pun, aku berasa seronok dapat bersembang sebegini lama. Lebih dari sejam gamaknya. Menerima panggilan seperti itu sememangnya membuatku rasa dihargai. Dihargai kerana dia sanggup menceritakan kisahnya kepada aku yang bukan sesiapa. Ya, terima kasih Zack. 

   Malam itu, aku tidur lambat untuk menemani Zack yang tidak senang duduk di rumah ayahnya. Pelbagai cerita kami kongsi hasil kepercayaan yang mula tumbuh.

   
bersambung.......

   

Dec 12, 2012

Hadiah Terbaik Part 3


   Erza berlari masuk ke dalam rumah. Tupperware yang mengandungi coklat segera dimasukkan ke dalam peti sejuk. Pintu bilik dibuka. Erza masuk dengan tangannya kanannya menggenggam keychain domo yang diberi Zack sebentar tadi.

   Keychain tersebut ditenung berulang kali. Bagai tidak percaya apa yang telah berlaku. Debaran hati yang kencang mengesahkan segalanya. Zack memang betul-betul datang rumah, pakai baju melayu warna ungu, naik motorsikal !Terasa nak menjerit ala-ala naik rollercoaster apabila sedar semuanya adalah realiti dan bukannya mimpi di siang hari. Teruja tahap tak hengat. I really really seriously feel that I have fallen hard for you, Zack.

............................................................................................................

   Hari-hari selepas itu terasa begitu indah. Mendapat 'morning text' daripada Zack sememangnya sesuatu yang baru buat gadis bernama Erza. Dia tidak pernah begitu rapat dengan mana-mana lelaki sebelum ini. Dia tidak pernah menjadi seorang yang bermain mesej setiap jam, setiap masa, setiap hari. Dia tidak pernah risau apabila tiada kredit. Dia tidak pernah mendapat 5-6 panggilan apabila mesejnya tidak dibalas. Dia tidak pernah bercerita masalahnya kepada orang lain. Dia tak pernah berasa dirinya disayangi sebegini. 



bersambung...






Assalammualaikum :)
Maaf sebab terlalu pendek. Takut nanti panjang sangat. 
Seriously. Part 4 sambungan dia. Till then, chiow !
   

Nov 26, 2012

Hadiah Terbaik Part 2


   "Erm, Erza... Rumah kau kat mana?" Kedengaran bunyi kenderaan di belakang.

   Zack ni sambil bawa motor ke call aku? "Weh, kau kat mana sekarang ?" Kedengaran suara aku yang gementar. Shit!

   "Aku kat depan Caelygirl ni."


   "Ohh. Alamak, macam mana ek? Aku dahlah fail bab-bab nak bagi direction ni. Kejap aku tanya mama aku. Sat eh."

   Mak aih. Berdebar-debar aku si Zack ni nak datang. Berpeluh mengalahkan orang pergi jungle trekking. Maintain Erza, maintain. Kau kena berlagak cool nanti. 

   Tu lah pasal, yang kau ajak dia datang tu buat apa? Kau memang tempah bala la Erza oi. Menyumpah tu menyumpah la jugak tapi tak dapat dinafikan aku teruja gila kasanova ni nak mencemar duli datang beraya rumah aku.

   Baru chat semalam, tup-tup dah jadi macam ni. Semuanya berlaku begitu pantas. Aku menunggu Zack di luar rumah sambil memakai baju kurung berwarna kelabu. Kami sudah berjanji akan memakai baju raya pertama kami. Sweet gitu. 

   *Telefon bimbit di tangan melagukan ringtone*

   Sambil tersengih butang 'answer' ditekan. "Weh, kau kat mana sekarang?"

   "Aku kat depan padang ni."

   "Ha! Aku rasa aku nampak kau la! Patah balik patah balik. Kau nampak aku tak?"

   "Oo.. Tu ke kau? Okay okay" Talian dimatikan. Motor dipecut ke arah gadis berbaju kurung itu. 

   Alamak, asal macho sangat Zack ni? Kenapa la kau bawa motor ala-ala sporty gitu? Aduh, cair la aku macam ni. 

   Erza tersenyum. "Sampai pun kau kat rumah aku. Domo mana domo?" 
Terimbau kembali perbualan kami di alam maya tentang Domo berwarna pink yang menjadi 'defult photo' seorang insan bernama Zack. Dia telah berjanji untuk berikan kepada aku handphone keychain itu hari ini. Tapi, macam tiada bayang sahaja ikon jepun itu.

   "Ala, kejap la. Ni ha coklat. Kau suka coklat kan?" Sambil di atas motor, Zack memberi Erza sebuah tupperware yang dalamnya kelihatan coklat buatan sendiri berbentuk hati. Setelah itu, Zack membuka dompetnya. Erza mengangkat kening kiri. Mak aih takkan simpan keychain dalam dompet kot. I have a bad feeling here.

   "Nah, domo kau." Domo berwarna pink kelihatan di dalam plastik kecil itu.

   "Keciknya!" Alamak, terlepas la pulak. *facepalm* Kau bersyukur la sikit dia ni nak bagi keychain. Kalau tak, memang tak merasa la ada jejaka bagi hadiah tau. Tapi, memang kecik la.
  
   "Oh okay. Terima kasih !" Nada sehabis comel dan muka semanis gula Erza tunjukkan. Takkan nak marah dia pulak. Dahla dia dah ikut cakap aku tadi. Siap berbaju melayu ungu lagi tu. Terserlah ke-handsome-man nya. Oh, lupa pulak. "Nah, duit raya kau. Sorry sikit je"

   Zack menerima sampul duit raya dengan senyuman disertai dengan ucapan terima kasih. Tiba-tiba

   "Erza, kawan kamu tu siapa? Ajaklah masuk rumah ni ha" Kelihatan Puan Ayu sedang melihat-lihat disebalik gril rumah. 'Budak lelaki mana la yang dengan anak aku ni?' Desis hati Puan Ayu yang mula risau.


   "Okay la Zack. Itu que aku. Karang kita kena marah pulak" Nada Erza seolah-olah menghalau. Siapa tak cuak weh kalau kena tangkap dengan mak tengah-tengah berdating macam ni. Eh, dating ke kitorang ni?

   "Hmm. Aku pergi dulu la ye. Domo tu jaga elok-elok. Coklat tu pulak makan, bagi besar sikit kau ni" Sempat Zack memberikan pesanan yang berbaur sedih. 

   Enjin dihidupkan, beberapa saat kemudian, kelihatan motor Zack meluncur pergi meninggalkan Erza dengan tupperware di tangan. 

   



bersambung.....
    

   

   

   

   




Nov 22, 2012

Hadiah Terbaik Part 1





*Buka phone* *list contact number* *call*

"Hello, siapa ni?"


Ketawa. "Hey, ni Erza la. Selamat hari raya!"

"Hahaha. Selamat hari raya jugak. Kau nak lemang?"

"Mestilah nak! Kau bila nak datang rumah?"

............................................................................................................


    Perbualan dengan Zack malam tadi terngiang-ngiang dalam kepala aku. Sebenarnya sebelum tu kami berchatting di alam maya. Sungguh tidak sangka dia akan memberi nombor telefonnya dengan mudah sekali. Terbayang saat kali pertama aku bertemu dengannya...

   Segalanya bermula dalam satu majlis 3 bulan lalu.

   Dia aku lihat sebagai seorang jejaka yang sempurna. Tingginya, wajahnya yang tampan, senyumannya, suaranya yang serak-serak basah, malah dengan tapak tangannya juga aku perhatikan tanpa disedari. Gila bukan? Tempat duduknya yang bersebelahan dengan aku menjadi satu kelebihan untuk melihatnya dengan lebih dekat lagi. Ah. Sungguh gatal diriku ini. 


   Perbualannya dengan senior yang memangku jawatan sebagai ketua asrama puteri mencuri tumpuanku. Persetankan ucapan yang diberi. Jejaka di sebelah nampaknya cuba mengorat dia. Aku tergelak dalam hati namun senyumanku terukir juga. Wujud rupanya manusia demikian. Mengikuti perbualan mereka, dia telah kulabel sebagai 'Kasanova Bertaraf Lima Bintang'. 


   Saat mereka bertukar nama akaun facebook, aku tanpa segan silu turut menjenguk. Mohd Zack. Bibirku sekali lagi mengukirkan senyuman. Siapa boleh lupa nama ini. Nama yang seakan-akan lelaki yang telah mencuri hatiku suatu ketika dahulu. 

   Nampaknya gelaran yang telah aku berikan tadi memang sesuai memandangkan dia juga cuba berbual denganku. Apa lagi? Layankan saja jejaka ini. Ingat senangkah dapat bersembang dengan kasanova bertaraf lima bintang seperti dia? Kau cubalah cari lelaki dengan pakej sepertinya. Aku yakin kau tak jumpa. 

   Dia seorang yang bold. Itu yang membuatkan gadis biasa seperti aku tertarik. Bold. The perfect word to decribe you, Zack.



bersambung...







.