Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya tahun 2020. Dan grad dengan distinction. Ameen
13 April 2020 (Day27 of MCO)

Oct 23, 2017

Tsabat (Bahagian 3)

"Okay, semua buat bulatan sekarang!" Arah Akhi Sobri.

Peserta-peserta daurah mula menuju ke tempat berkumpul. Mereka baru selesai sesi 'water confident' yang dikendalikan oleh Ilyas yang sememangnya pandai berenang. 

Hari ini hari terakhir daurah, dan sekarang mereka berada di kawasan air terjun yang tidak diwar-warkan di satu Malaysia tetapi cukup terkenal bagi penduduk tempatan. Oleh itu, tempat ini memang tidak ramai pengunjung. Kalau ada, kebanyakannya pelajar universiti yang datang bersama-sama rakan mereka.

"Semua okay?" Tanya Akhi Sobri sambil memandang satu-persatu wajah di hadapannya. 

Dia berpuas hati apabila melihat ada di antara mereka yang mengangguk-anggukkan kepala. Mereka kini berada dalam satu bulatan di kawasan cetek di tengah-tengah sungai. 

"Kita buka majlis kita pada pagi ini dengan Ummul Furqan, Al-Fatihah. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Nampaknya kita dipermudahkan untuk berada di sini. Langit pun cerah, muka semua pun 'happy'. Hahahaha Jadi, tanpa melengahkan masa, ana menjemput Hadi untuk memberikan taujih. Tafaddhal." 

Semua mata kini memandang Hadi. Menanti akan taujih, ataupun nasihat yang akan diberikan olehnya.

Hadi 'mematah-matahkan' jarinya, memecah kesunyian yang tercipta.  

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment :)

.