Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya tahun 2020. Dan grad dengan distinction. Ameen
13 April 2020 (Day27 of MCO)
Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Jul 16, 2016

Guru

"Piqa, Madi"

"Hmm"

"Korang.... Pandanglah aku."

"Kenapa?" Kedua-dua gadis itu menoleh ke arah suara yang bertanya.

"Aku rindu sekolah tiba-tiba. Haha." Qila tertawa kecil

Piqa senyum. "Aku pun."

"Same here." Madi bersuara

Dan mereka bertiga memandang langit. Mengingat kembali kisah-kisah semasa tingkatan satu hingga tingkatan lima. Sekolah, asrama, kawan-kawan dan terutama sekali, guru-guru :'')







Jan 4, 2015

4 Januari



Assalamualaikum dan selamat siang ! :)

Sebenarnya rasa kelakar sebab tulis entri waktu siang. Macam, kenapa siang? Selalu tulis memalam. Hahahahaha okbai

Dah 2015 dah kan? Betapa cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam lahir. Hmm okay, nampak sangat tipu. Anyway, tajuk entri kali ni 4 januari. Sebab tarikh harini 4 januari. Sooooooooo dah...

1 tahun sejak aku jumpa budak PLKN

Pelatih teluk intan, grik, dgn mana lagi entah daftar masa 4 jan. Maka, dah setahun sejak aku kenal bebudak Bravo. Dah setahun sejak aku kenal geng alamanda. Dan dah setahun jugak aku kenal Rai, Jujue, Dila, Aina, Epah dengan Pika. Yang paling aku rindu mestilah Rai. Hahaha. Kenapa mesti Rai? Sebab katil dia, sebelah katil aku. Hahaha logik tak jawapan? Okaylah, dila dengan jujue pun aku rindu. Cuma, bila lah kita dapat kumpul reramai,haih. Aku harap masa adek kawen nanti, kita semua boleh pergi, aminnn.



Qila, Dila



Qila, Rai




Qila, Jujue

2 tahun sejak aku kenal geng form 4 baru

Kenapa 2 tahun? Sebab...ermm...aku...jahat sikit dulu. Kahkahkah Dah, jangan banyak tanya. Anyway, dah 3 tahun sejak kelas aku terima Nisa, Farah, Afini, dengan Fika. Tapi, aku mula kenal dengan diorang 2 tahun lepas. Faham? Tak faham sudah~
Pastu nisa duduk sebelah aku kat kelas. Pastu nisa baik, lemah lembut, sopan, tak macam farhana 'aqilah. Hohoho

Nisa, Qila


3 tahun lebih sejak aku kenal Faes

Perkenalan dengan Faes sangat takboleh blah sebenarnya. Hahahaha Kenapa takboleh blah? Sebab, sebab...sukati aku lah nak cakap apa. Anyway, aku dah anggap kau macam cucu, bapak tiri and abang aku sendiri. Lol. Sampai satu tahap aku rasa kau lagi rapat dari aku berbanding adik-adik kau yang lain. Poyo tak? Poyo kan? Maaflah kalau salah T-T

*Maaf, setakat ni, memang tiada gambar aku dengan faes. Kakaka. Mungkin suatu hari nanti? Amacam? 


4 tahun lebih aku kenal Hanif(?)

Kenapa ada tanda soal? Omaigad. Hahahaha Aku minta maaf banyak2. Sebab aku rasa aku kenal dia dah lama. Tapi, rapat sikit dalam 4 tahun jugak lah kan? Hmm abaikan
Papepun, lama tak jumpa weh. Pertama dan terakhir aku jumpa kau untuk tahun 2014 masa malam merdeka haritu kan? Tu pun tak sengaja. 


*Aku lagilah takde gambar dengan hanif. Kita patut tangkap gambar sama-sama. Like, seriously. 


5 tahun lebih kenal Piqa dan Madi

Sebenarnya, 5 tahun juga aku mula kenal budak2 slim river atau lebih khusus, geng satu batch. Ke, aku takreti kira sebenarnya? 6 tahun kottt. Ah, lantak situ. Dah pening dah ni. Masa form 1, masa aku bermingle dengan semua. Masa form 2 baru buat kegiatan cari sahabat sejati. Ewah. Hahahaha and so, bertemulah kami bertiga. Ada orang cakap yang kitorang ni belangkas. Tapi aku rasa takdelah teruk macamtu. Wakakaka sahabat sampai syurga, katanya. Insya Allah, amin~


Piqa, Qila, Madi

Tak lupa juga, Dilaaaa. Sekelas dengan dila dari form 2 sampai form 5. Member menggila ni, hahahaha.


Dila, Qila

9 tahun sejak kenal Soleha dengan Paiez


dan bebudak 6 dan 5 SA. Hidup sekolah raja! Kahkahkah. Perkenalan dengan soleha? Panjang ceritanya. Perkenalan dengan Paiez? Oh lagilah panjang. Papepun, dalam kawan-kawan yang lain, aku paling rapat dengan diorang ni lah sampai sekarang. Bagus2. Pastu, aku baru perasan, memang tetiap kali kita jumpa, mesti kita makan je kan? Hahahahaha 

Paiez, Soleha, Qila

p/s : Aku yakin diorang akan bunuh aku sebab upload gambar ni. Wakakaka


12 tahun sejak kenal Uswah

Lama nak mampus aku kenal uswah ni. Nasib tak satu sekolah atau uni. Kalau tak, boleh muak rasanya. Hahahahahaha sorry beb, muah sikit. Aku kenal uswah dari darjah satu! Darjah satu I tell you. Sekarang aku dah 19 tahun kot(technically). Jangan main-main. Uswah ni dah macam kakak aku dah, aku rasa. Tak macam member langsung. Anyway, memulakan tahun baru dengan jumpa uswah depan mata memang menggembirakan. Hohoho

*Uswah tak kasi upload gambar. Saya sedih. Okbai

Seumur hidup aku kenal....


Buah hati pengarang jantung seorang Farhana 'Aqilah. Heee~
Okay, itu je nak bgtau. Hoho. Saje nak share the joys of my life. 

Mana geng-geng palam? Oh ya, itu nanti. Bukan sekarang. Sebab nya banyaaaaak lagi gambar karang, jenuh pulak. Hahaha

Okay, till then, assalamualaikum :)


























Sep 16, 2013

Allah Selamatkan Saya


Salam alaik kepada kalian yang sedang membaca.

Di sini ada pengumuman penting.....

AKU DAH 17 TAHUN WOIIII. WOII DENGAR TAK NI?!! TAK DENGAR SAMPAI SANA KE? 

Baik, nampaknya anda patut betulkan balik speaker or whatsoever yang tak betul tu. Termasuklah otak aku yang dah nak tepu ni.

Dah nak tepu okay. Tak tepu lagi...

Then, tahun ni punya celebrate birthday aku boleh tahan la. Walaupun takde yang extravagant. Tapi, kalau orang dah nyanyi2 tu pun cukuplah. Best apa. Malangnya, birthday I time trial you. Terseksa tau. 

Pastu aku dapat cokelat time birthday. Yay!




Skandal aku bagi? Oh tidak tidak. Semuaaaa ni *padahal sikit je pung* kawan plus adek bagi. Oh ya. Tak kenalkan lagi dia kan? Nanti lah post lain. Nak kumpul gambar dengan dia banyak2 dulu. Hehe

Pastu ingat time birthday, malas nak mengalirkan air mata. Rupanya, tertumpah jua. Kuang3. Pagi sebelum masuk dewan pulak tu. Sungguh daebak rasanya. Yang member aku ni, aku tengah berlinangan air mata, dia boleh pulak ajak semua orang nyanyi untuk aku. Terpaksa aku mengucapkan terima kasih dalam keadaan sebak. Haih. Haru, haru *gegeleng kepala*

Then again, hujung minggu tu, my parents plus kaklong datang. Diorang bawak kek secret recipe. Opps. Bawak 2 slice je. Takde lah nak angkut kek besar gils tu. Terjatuh kat dalam kereta naya je. I tak suruh tau diorang datang. Diorang yang nak datang. Hoho. Alhamdulillah~

Pastu, balik rumah, ada orang wish kat facebook. Terima kasih banyak-banyak. Pastu kaklong hantar gambar ni. Comel je. Dia yang besar tu. Aku yang kecik. Hiks 





p/s : Semoga aku boleh buat lagi post macam ni buat masa-masa yang akan datang. Oh ya, doakan aku dapat 11A+ dalam spm ;)

Till then, assalamualaikum...



Jun 9, 2013

Oh Lega


Salam alaik dan hello hello. 

Esok balik sekolah ! Yay "seronoknya" ! Hahaha. Senyuman palsu disitu. Oh wait, sekarang dah pukul berapa? So, in less than 24 hours aku akan selamat berada di hostel. Wow. Tak sabar rasanya. Puiii~

Menjelang minggu terakhir cuti, kau boleh nampak betapa kelamnya budak sekolah nak siapkan homework yang bertimbun termasuklah geng-geng tingkatan lima nak siapkan kerja projek addmath. Kuang3. Btw, asal nama dia kerja projek eh? Terasa mahu komplen disitu. Tapi, takpelah. Don't sweat the small stuff right? 

Okay, back to business. Hari rabu minggu ni jugak lah tetiba adrenalin nak menyiapkan folio addmath meningkat. So, aku mulakan pagi dengan membuat rough sketch. Maka, nanti senang terus je buat takpayah nak edit bagai. Pastu malam tu, facebook penuh je dengan orang kecoh-kecoh pasal folio. Sengal je. Aku, sebab nak tanya member pasal benda tu, sanggup korek gambar dia tengah buat folio tu la kan pastu komen memacam. Semua benda aku nak tanya. Kesian diorang yang terlibat dalam sesi komen-mengomen, pening nak jawab. Haha.

Aku, dah start buat projek ni, bajet-bajet nanti esoknya la siap. Yela, bila lagi nak berjimba sebelum ke hostel? Ce jawab, ce jawab. Takde masa dah. So, selepas berhempas pulas bertanya soalan-soalan cemas di facebook dan twitter, melihat contoh contoh folio yang separuh siap, calling calling member jutaan kali, kerja projek addmath aku siap jugak. Hooray ! Yippie ! Tapi....siap hari jumaat. Off bajet lah katekoo. Aku kira kira dengan poyonya, aku buat folio tu dalam 54 jam jugak lah. Haih. Lepas beban aku sedebuk.

Kejap folio, kejap kerja projek, korang mesti pening kan. Tu laa. Siapa suruh nama panjang sangat. KERJA PROJEK ADDMATH konon. Puih. Cakap je la folio ke, apa ke. Kurang sikit rasa beban mendengarnya. Apepun, aku punya dah siap. Simple lagi tu. Haha. Aku dapat bayangkan kawan aku menjerit sikit bila tanya "Qila, kau buat macam ni je?!" Lololol

Tapi tapi tapi....ni baru sikit. SPM belum lagi woiii. Sesak fikir. Ni belum nak kaitkan dengan trial yang sejengkal je dekatnya dengan aku. Okay itu tipu. Sejengkal? Emm emm. Taktau lah. Dahlah trial time birthday. I tak suka tau birthday I tak sambut ni. Dahlah jatuh hari rabu. Kalau time hujung minggu, bolehlah jugak buat suara comel mintak parents datang melawat pastu pura-pura surprise kalau ada kek. Hoho. Derhaka punya anak. Tak mau. Tak mau. I nak espiem tahun ni. Nak pergi luar negara. Ecewah.

Cakap pasal luar negara, aku boleh terima lagi kalau ada manusia menghasut aku untuk tidak menjadi doktor. Okay, fine,aku cool. Tapi, masalahnya disini bila dia pulak promote aku untuk jadi engineer macam dia. Hok aloh. Kau ingat aku suka nak sentuh enjin bagai ni? No no no. Aku prefer tengok saluran darah, jantung, tengkorak, otak dari sentuh benda-benda robotik ni. That is so not my thing. Okay, itu satu. Then, dia hasut aku untuk belajar kat sini je. Alaaa, nak main salji tu pastu buat snowman pastu baling baling kat orang. Malaysia takde semua tuu. Lain lah kalau kau pergi snow world. Tak main ah salji buatan ni. Tak feel doh.

Okay, kita dah lari topik disini. Alkisahnya, nak cerita pasal kerja projek ni je. Hoho. Tu lah, siapa yang bukak topik ni? Kau kan? Eh, aku pulak? Oh takde takde. Bukan aku...

Till then, kalau cari aku, aku takde. Aku kat hostel. Hostel tu bagai rumah ketiga. Eh? 
Salam :)






------


"Yang ailurophobia ni, betul ke kau tak suka kucing ni? Hmm, nasib kau lah aku suka bela kucing."










Jun 5, 2013

Hollaaa


Salam alaik dan holla !
Disebabkan cuti ni post yang SEBENAR-BENARNYA takde(kalau korang nak cakap post aku yang syahdu tu sebuah post, okaylah. Fine...)
Soooo, nak buat la ni. Haha
Tapi, aku malas nak cerita panjang-panjang. 
This time, I'll make it short tapi banyak-banyak. 
Ayat ni sama ada ayat aku atau orang lain. Okay?
Kalau tak okay pun, nak buat jugak ! Tak kira !
Okay. Aku boleh berhenti menggedik sekarang rasanya.
Oh ya, aku kat sekolah sebulan :(


*seminggu sebelum mid-year exam*


"Korang, serius ke periksa minggu depan ni?"

"Aku tak ready lagi ni, korang dah study ke?"

"Weh, minggu first periksa apa?"
"Apa?! Kita periksa tiga minggu?!! 
Gila ke apa?! Ni siksaan ni weh!"

"Sempena minggu peperiksaan ni, 
aku nak mintak maaf kat kau la eh?"





*semasa minggu peperiksaan*

"Eh, korang tau tak subjek ni masuk topik apa?
Sampai bab berapa eh?"

"Kau, biar betul masuk topik ni. 
Susah kot."

"Asal aku rasa macam cikgu tak pernah
ajar pun benda ni. Aku tak ingat pape pun"


"Akak, saya nak bagitau akak saya pindah mana"

"Saya rasa umur macam akak ni sesuai je 
kalau nak mula bercinta"

"Gaya akak cakap macam akak dah start
bercinta time form 2-form 3 je."

"Weh, aku tak puas hati betul lah.
Asal kipas semua kena tutup?!
Dahlah orang nak periksa..."
"Walaupun minggu peperiksaan, usrah
tetap dijalankan. Faham semua? "


"Disebabkan pemikiran kamu macam ni,
akak nak kenalkan satu buku ni kat kamu."


" Kamu ni banyak dosa ni."

"Mana pulak budak usrah aku ni?
Dah la aku nak belajar, diorang mentang-mentang pbs,
kemain gaya macam aku free je."

" Weh, kau faham tak topik ni?
Nanti ajar aku? Hehe"

"Tadi, diorang jumpa cikgu tanya masuk apa.
Tu yang aku tau tu."

"Eee, ni nak kena ni."

"Korang esok periksa apa?"






"Akak makan dengan siapa? 
Jom makan dengan saya?"

"Weh, aku tak boleh belajar la fikir pasal benda ni.
Nak nangis pun ada gak."
"Kau janganlah cakap macam tu, aku tak tau nak 
buat apa ni."

"Makin kitorang bagi peluang, makin korang pijak kan?!"


"Lepas cuti ni, kita ada malam aspuri."
"Weiii, aku tidur lama gilaaa kot tadi. 
Bangun time Al-mulk. Menyesal aku tidur"



"Kau stay up malam ni sampai pukul berapa?"

"Korang buat study group ke malam ni?
Nak join boleh?"

"Akak, saya nak minta maaf sebab tak join
usrah tadi."

"Tak sabar nak habis periksa. Fuhh fuhh"

"Siapa nak naik bas, boleh tulis nama harini."

"Aku nak balik woiiii~"

"Kita balik hari khamis ke, jumaat?"

"Aku tak sangka harini balik.
Nasib baik lepas periksa, 
so kerja sekolah tak banyak. Yay!"



O-kayy. aku rasa dah cukup banyak ni nak menggambarkan apa yang dah jadi sepanjang 4 minggu ni. Hoho
Saja nak bagi tau, tak boleh? :P


Oh ya, assalamualaikum :)



Feb 13, 2013

Random Rants



Assalammualaikum :)

Setelah 6 minggu sekolah baru dapat buat post. Bayangkan betapa busy nya aku selaku pelajar tingkatan lima. Hohoho


So, aku masih pelajar 5 Biruni dan yang tak boleh blahnya ialah aku dapat dorm yang sama masa aku form 3. GREAT. Now memang takde can langsung nak merasa dorm kat aras lain. Then disebabkan aku nak menggamit memori lalu maka aku dengan sengaja nya telah menggunakan loker + katil yang sama macam 2 tahun lepas. Woot woot. ^^


Bila dah jadi super senior ni rasa best la jugak. Semua benda senang je dapat. Dulu kalau nak iron, sinki semua tunggu berejam. Sekarang ni, kau datang, memang kosong. Takde orang. Aku tak tau lah apa yang daulat sangat tingkatan lima ni, tapi memang betul lah apa aku cakap. Sumpah.


Then, aku ada komplikasi dengan bilik prep. Okay. Itu kelakar. Masa tu memang angin alter-evil aku bermaharajalela. Memang nasib kau lah kan. So, hell yes I don't care what you did, what you said. Lantak kau lah wei. Kau nak hidup dengan cara macam tu. Siapa aku untuk larang kan? Pastu yang tak boleh blahnya, esok dia boleh buat macam takde pape jadi. So, aku dengan hati yang separuh terbuka terima je. Lol


Semua benda yang kau cakap kat aku masa salam ukhuwah tu betul kan? Aku tau...


Okay. Persetankan semua itu. 


Masa cuti tahun baru cina ni family belah abah buat family day. Malangnya gambar tak upload lagi. Best la jugak. Last time buat family day masa aku darjah 5 kot. Sekarang ni aku dah tingkatan lima. Lama gilak. Hahaha. Itu pun yang masa darjah lima tu kerabat dari moyang. Tu yang ramai sikit. Yang kali ni sampai atok je. So, kecil-kecilan punya family day. Tapi, yang penting syok habis + penat. Hokhokhok


So then, I have fun. Hope that you have fun too. Life's too short anyway.







Nov 28, 2012

Kay

Assalammualaikum.

   Cuti sekolah dah tiga minggu dan baru hari ini aku nak buat entri pasal kau. Keji bukan? Hahaha Taklah. Aku kejam je. No keji keji.

   Jujur la aku cakap. Aku rindu kau la beb. Mungkin kau bukanlah geng aku tapi, kita kawan kan? Entah apa entah kau fikir bila kau baca ni. Janganlah gelak. Please?

   Kita pun baru kenal hati budi masing-masing tahun ni kan? Bila dapat tahu kita satu dorm, aku macam asdfghjk la jugak. Hahaha. Jangan lah marah. Well, kita kan tak sebulu masa tu. Lepas tu, masa mula-mula masuk dorm, kita berdua dah berebut katil atas sebab katil bawah ada Dila. Kenapa lah katil Udau tu tak menjadi pilihan, aku pun tak tau. Hahaha. Then, bila dapat tau Dila jadi naqibah pastu kau ambik katil dia, aku pun dengan senang hati ambik katil atas tadi tu. Tu tak payah cakap pasal loker, ta'aruf apa semua. Nasib ada kak Odah. Hahaha

  



    Lepas beberapa minggu atau berbulan entah aku tak ingat, baru aku tau kau macam mana. Otai jugak kau eh. Aku ingat kau jenis yang baik-baik alim tu. Hahahaha sengal. Ni tengah puji kau la ni. Then, aku dah boleh sembang-sembang dengan kau, cerita-cerita dekat kau. Aku rasa aku dah bagitau kau tapi aku nak jugak bagitau sekarang. Kau la member sekatil sedorm aku yang paling awesome! Selama ni, aku sekatil dengan senior je. Mana pernah lepak-lepak, ada ruang khas macam kita ni. Lagi-lagi, katil kita strategik kan? Hahaha.

   Pastu, kita macam dah ada rutin, kau bangun awal, kau kejut aku, aku bangun awal, aku kejut kau. Kita sama-sama bangun lambat, adik Izzah kau tu kejut. Hahahaha. Pastu tiap-tiap hujung minggu, lepas zuhur, kita mesti makan oren sama-sama. Kau la selalu tinggalkan aku. Jahat. Ye, aku tau aku makan lambat. Wekk. =p Pastu kau suka biar aku sorang-sorang. Pergi kelas la, Fb la. Menyampah tau. Tapi, aku pun ada tinggalkan kau jugak. Hoho





  
   Wei, janganlah marah. Aku suka gambar kau yang ni. Kau comel apa. Nampak lesung pipit lagi tu. Mana lah nak jumpa lesung pipit macam kau lagi lepasni ek? Haih. Dah la suka tunjuk lesung batu kau tu kat aku. Mentang-mentang aku punya kecik. Hahaha. Pastu jujur la aku cakap, aku menyampah jugak la dekat kau, tapi kau pun ada menyampah jugak dekat aku kan? So, kita saling menyampah. Bukankah itu juga salah satu cara nak cakap yang kita ni saling menyayangi? Ewah ewah. Hahaha.


   Wei kay, macam mana ni? Aku risau lah pasal tahun depan. Nak satu dorm dengan kau jugak... Sedih ah cemni. Macam mana kalau kau jumpa member dorm yang lagi baik dari aku? Jeles ah aku nanti. Pastu, mana la kita nak jumpa dorm macam kita ni lagi kan? Tapi, aku baru form 4, nak dorm form 5 gempak jugak. Last year kot. Semua aku dah cakap kat kau. Kerisauan aku, kerisauan kau. Kita sama je kan? Sedih... T-T


Macam gempak je kan, sekali tak jadi. Hampeh =='


Mahligai cinta kita :)


   Alaaa.. Tak nak dorm lain tahun depan. Risau ni... Kay, janjilah dengan aku, kau takkan lupa aku kan? Semua memori kita apa semua. Jumpa tahun depan janganlah buat bodoh. Tegur-tegur la ye? Harap-harap kita dapat lepak macam dulu :( Nanti insyaAllah aku tegur kau. Hohoho



   


   Aku sayang kau Kay. Hohoho
Assalammualaikum :)

Sep 16, 2012

Mai Mai Mai Singgah! :D

Pada 14 September 2012, SRISS telah mengadakan  rumah terbuka khas buat warga sekolahnya ! Laporan khas daripada saya,  ;)




Ini dia ketua Keceriaan Form 4. Tanpa dia, tak gah la booth kami. Her name is Yaya. 





Tengok ni, semua orang busy tapi yang atas ni main2 pulak kan. Hahaha


Ni time gimik majlis penutup kemerdekaan. 






Dengan berakhirnya bulan kemerdekaan maka bermula lah rumah terbuka kami ! xD


These twosome girls ni la perancang makanan kitorang. Tanpa diorang, tak makan budak-budak form 4. From left, Tiqah and Dila.


Tengok lah menu kitorang. Nama nak gah aje. Hahahaha


Pelita pun ada tau. Form 4 punya booth je ada benda ni. Raya habis gitu.
Dari kiri: Qila, Ain, Anis, Hafiy dan Piqa Rahmat



Kami dengan banner buatan sendiri. Bangga sikittt (KN yang buat sebenarnya. This is an art!) Dari kiri : Madi, me and Piqa



Cool right? Credit to our Yaya :)




Budak laki tengah busy hias songkok diorang. Nak nampak gah jugak kan ? Hoho



Tengok ni. Tengah busy set up pun sempat posing. Haha xD
Dari kiri : Madi, Mira, Dayah


Che' abang busy hidang air kat tetamu. Kalau berminat, nama tuan punya badan ni Irfan. Hehe


This is us. The Best Friends Forever insyaAllah :D
Okay. Aku sakai. Lol


Dengan Ammin. Dia sorang je sedondon dengan aku. Ketepikan Fajrul. Hahahaha


Form 4 batch 2009-2013 yang terchenta. Kau nak aku cakap nama sorang2 penat whoa. Hahaha



Itu sahaja laporan dari saya. Semoga hidup kami akan lebih bahagia walaupun halfway called prison. Hahaha

Assalammualaikum :)


Jun 7, 2012

Apa Diaaa? #Part 2

Kan aku ada cakap aku masuk S.I.R. kan? Aku dapat saguhati. Yippi ! Kenapa seronok? Saguhati dapat RM200 bang. Kau ada? Haha =p


Pemenang hari tu. Cari lah aku. Hehe

Lepas pertandingan kitorang menggedik atas pentas. Lol


Lepas S.I.R. masa hari ahad, Selasa pulak aku masuk public speaking. Perghh. Perkara yang paling tak realistik tu, aku sepatutnya ada dekat pusat latihan ko. hari Isnin lagi tapi sebab aku masuk public speaking, aku pergi hari selasa tu je. Cuba kau bayangkan seorang berpakaian sekolah siap dengan beg sekolah, dengan blazer apa semua tapi bawak beg balik kampung, hanger penuh dengan tudung dan sepasang boot. Cool right? Hahaha. Terasa diri begitu sakai bila lalu depan orang ramai masa perhimpunan macam tu. Tapi, demi kadet aku sanggup. Eceh!Seminggu aku tak sekolah. Hari rabu dah gerak ke Trong, Taiping. So, this is it:





Kamilah wakil daerah Batang Padang :)

Gambar ni diambil lepas malam kebudayaan. Malam kebanggaan kami semua.
Betul tak geng cucur adabi?! Hahahahaha xD


Yang ni budak sekolah aku yg wakil daerah. Smart kan kitorang? Bangga sikit. Heh
dari kiri : Muhaimin, Saidi, Piqa, Qila, Linda


Okay. Aku paling suka gambar ni. Sebenarnya aku tak sangka pun diorang buat gaya macam tu. Kekeke~ Dari kiri : Adam (Abu) , Qila, Zaim (Ali)

Memang best gila lah kem ni wa cakap sama lu. Tapi yang tak bestnya time balik. Cuba korang bayangkan, dengan boot, beg apa semua tapi kena balik naik bas. Kalau dekat tak apa, ni jauh! Gila kan? Itu lah pasal, aku sendiri tak faham kenapa kitorang dengan budak voka kena stuck balik sendiri. Nasib bawak duit. Kalau tak, nak kitorang jalan kaki balik Slim tu? Harapan~ Apapun, terima kasih lah kat cikgu kadet sekolah aku tu. Hahaha =p



Sekian, assalammualaikum :)




.