Cuti sekolah tinggal 3 hari sahaja lagi. Cuti sempena Hari Raya Aidil Fitri ini terasa begitu singkat. Mungkin kerana terlalu sibuk dengan Zack. Walaupun baru beberapa hari kenal dengan lebih rapat, tetapi diri ini bagai sudah lama mengenalinya.
Baru tadi chat dengan si dia di laman sosial. Katanya mahu mandi. Maka, diri ini pun dengan senang hati menutup laptop dan melayan Merlin di kaca tv.
Beberapa minit kemudian.
*ringtone berbunyi* Skrin Sony Ericson dipandang sekilas. *Zack*
'Hello, kenapa?' Erza hairan. Tadi rasanya dia cakap nak mandi.
'Erza...macam mana ni?! Macam mana?!' Nada Zack berbunga cuak.
'Weh, rileks la. Kau kenapa?' Aku mula risau. Mana ada jejaka macho macam dia ni tiba-tiba call cakap macam ni. There must be something.
'Motor aku hilang...'
'Huh? Apa?! Kau cakap betul-betul sikit. Aku rasa aku salah dengar lah.'
Kedengaran Zack menarik nafas. 'Erza, motor aku hilang.' Satu persatu perkataan disebut.
Maka, bermula lah suatu episod yang tidak pernah aku bayangkan akan terjadi pada aku sehinggalah pada malam ini. Rupa-rupanya setelah mandi, Zack bertolak seorang diri dengan motorsikal nya ke Cheras. Untuk apa, dia tidak pula memberitahu. Tetapi, hati aku mengatakan tujuannya ada kaitan dengan aku. Apalah agaknya ya?
Penat juga memujuk Zack untuk beritahu keluarganya tentang perkara ini. Tidak lupa juga memarahi dia kerana terlalu cuai. Adakah patut kunci motor dibiarkan di tempatnya? Dia dah bagi peluang kepada orang, memang percuma lah motor itu dirembat. Tapi, setahu aku, dia ini bukanlah bodoh. Mungkin sudah takdir mengatakan begitu. Reda je lah kau Zack.
Lama Zack dengan aku 'on call'. Sampai badan semua naik lenguh. Posisi aku diubah mengikut masa. Sekejap guna tangan kanan. Sekejap kiri. Tadi aku bersila, namun sekarang aku duduk ala-ala pramugari. Tak senang duduk aku apabila mendengar bunyi Zack berlari-lari mencari topup. Itu lah, call lama sangat. Sempat juga aku tergelak saat mendengar suara seorang desperado bertanya kepada seorang untie cina pasal topup. Muehehe. Akhirnya, dia memilih untuk menggunakan teknologi moden aka mesin atm untuk tambah nilai. Cool right?
Semasa dia sedang putus harapan untuk balik ke rumah dan bercadang untuk tidur di perhentian bas, Zack telah mendapat panggilan daripada pak cik yang serumah dengannya. Akhirnya, ada juga insan yang mencari jejaka ini. Mungkin kerana sekarang terlalu lewat dan keluarganya pula risau. Selepas panggilan itu, dia ingin memberitahu sesuatu kepadaku. Katanya, perkara ini lah yang dia mahu beritahu petang tadi, semasa kami bermain mesej. Aku yang mendengar, tidak dapat mengawal rasa ingin tahu. Apakah yang penting sangat sampai sekarang baru nak cakap?
Ceritanya, ibu bapa dia telah bercerai 3 tahun yang lalu. Sebab itu apabila aku bertanya tentang keluarganya petang tadi, dia mengelak. Betapa terkejutnya aku sampaikan soalan yang keluar dari mulut ini boleh disamakan dengan peluru raifal. Terkial-kial Zack mahu menjawab. Apa yang dia beritahu ialah, ibunya telahpun berkahwin dan ayahnya pula masih menduda. Sekarang, Zack risau kerana pak ciknya beritahu bahawa ayahnya yang akan mengambil dia di perhentian bas itu. Ayahnya memang duduk di Cheras setelah berpisah.
Sebenarnya, Zack kurang gemar dengan ayahnya. Mungkin kerana di minda dia, ayahnya punca orang tuanya bercerai. Entahlah. Aku malas nak bertanya dengan lebih lanjut. Takut mengganggu hatinya yang sememangnya sudah tidak tenteram lagi.
Kami bersembang sehingga ayahnya sampai. Panggilan kami terpaksa dimatikan. Aku hanya mampu berdoa dia tidak dimarahi ayahnya.
Apa-apa pun, aku berasa seronok dapat bersembang sebegini lama. Lebih dari sejam gamaknya. Menerima panggilan seperti itu sememangnya membuatku rasa dihargai. Dihargai kerana dia sanggup menceritakan kisahnya kepada aku yang bukan sesiapa. Ya, terima kasih Zack.
Malam itu, aku tidur lambat untuk menemani Zack yang tidak senang duduk di rumah ayahnya. Pelbagai cerita kami kongsi hasil kepercayaan yang mula tumbuh.
bersambung.......
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment :)