Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya tahun 2020. Dan grad dengan distinction. Ameen
13 April 2020 (Day27 of MCO)

Sep 18, 2016

Tsabat (Bahagian 1)

"Nak tahu apa maksud dai'? "

"Mestilah nak!" Aku menjawab dengan semangat.

"D- Dakwah tugas kami. A-Allah tujuan hidup kami. I-Iman bekalan buat diri. DAI'" Terang murabbinya sambil melukis pada papan putih.

"Ooo DAI'. Menarik." Sambut rakan yang sama halaqah denganku.

Itu kisah setahun yang lalu. Dan ini kisah hidup aku. Nama aku Anaqi. Ajmal Anaqi. Kisah hidup aku bukan macam insan lain. Juga tidak sepelik makhluk asing. Namun aku insan biasa yang terasing olehNya. Aku mulakan kisah aku dengan dua potong ayat Al-Quran.

'Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami pasti menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta."

- surah Al-'Ankabut, 29:2 & 3


Mengapa aku beri ayat ini? Kerana aku mahu kau tahu bahawa setiap manusia di bumi ini pasti akan diuji. Lebih-lebih lagi yang bergelar muslim. Kita diuji untuk mengetahui kadar keimanan kita terhadap Allah. Berapa ramai yang tersungkur setelah diuji? Dan berapa ramai yang masih tegak berdiri?

Hari ini ujian antara aku dengan sahabat halaqah aku bermula. Kami sedang berada dalam daurah. Dan ujian aku ialah untuk mengasingkan kacang-kacang kecil mengikut warna. Asingkan pada pinggan yang sama dimana ianya bercampur. Peluh yang menitis di muka, aku biarkan sebab hanya tinggal beberapa biji lagi sebelum ianya sempurna diasingkan. Tiba-tiba..

'kting!'

Pinggan yang terisi dengan kacang yang telah diasingkan terjatuh. Bertaburan kacang-kacang pelbagai warna di merata tempat. 

"Ilyas ! Tak nampak ke ana dekat sini?!"

"Aseef. Ana minta maaf. Tadi ana nak cepat sebab takut makanan kita hangus. Minta maaf sebab terlanggar. Boleh tak ana pergi dulu?"

"Yelah-yelah. Pergi lah jaga makanan kita tu. Lain kali, jalan tu, tengok betul-betul."Balas Anaqi dengan mendatar.

"Amboi, garangnya." Tiba-tiba Hadi mencuit Anaqi di pinggang.

"Bukan garang, tapi tegas, akhi. Marah pun ada sikit. Hmm"

"Bersabarlah Anaqi. Dalam hidup pasti ada cabarannya. Walaupun kita rasa kita dah buat yang terbaik, tapi kalau bukan itu yang Allah mahukan, maka kita tiada kuasa untuk menahannya. Sama macam kacang-kacang ni. Walau dah susun sebaik mungkin, tapi disebabkan belum tiba masanya lagi, maka ia akan masih bertaburan. Malah lebih teruk daripada tadi, bukan?"

"Hmm"

"Dahlah. Jangan tarik muncung lama sangat. Nanti tak macho. Meh sini ana tolong asingkan. Lagipun tugasan ana petang ni dah selesai." Hadi terus mencangkung untuk mengutip kacang yang bertaburan satu persatu. 

"Jazakallah akhi." Anaqi turut mencangkung dan membawa pinggan untuk diisi dengan kacang.

"No biggie." Hadi tersenyum pada rakannya itu. Arif dengan sikapnya yang cepat marah tapi mampu dikawal oleh orang-orang tertentu sahaja. Dan dia ialah salah seorang daripada mereka.

Ternyata walau beberapa jam daurah bermula, tetapi pengajaran yang dapat diambil terlalu banyak. Dan banyak lagi yang akan mendatang di luar sana.



bersambung.....








1 comment:

Feel free to comment :)

.