So harini ialah Sabtu(technically). So in a few hours time, aku akan berada di kolej dan bergelumang dalam kesibukan belajar-dakwah-kokurikulum.
Sadis
Dan aku sebenarnya berharap untuk menulis daripada hari pertama aku balik rumah. Tapi iyalah, manusia hanya mampu merancang. Siapalah aku untuk melawan takdir. Ewah
Sepatutnya aku ada banyak benda nak dituliskan disini. Tapi bila the purpose untuk menulis hanyalah untuk menulis. Maka apa yang pembaca akan dapat? Kosong
So lately aku rasa tahap kesenian aku semakin meningkat. Not that my skills are getting better. Its just that aku makin suka benda-benda seni ni. Apa-apa yang cantiklah senang cakap.
I like arts. All sorts of them. Lukisan, penulisan, tarian, nyanyian, musik, lakonan, grafik, fotografi, arts and crafts. Everything which is everything.
Tapi malangnya aku punya bakat tak sehebat mereka. But somehow, I know I can do better.
Macam haritu aku cuba untuk melukis anime. (setelah meninggalkan dunia anime buat beberapa ketika) It turns out to be easy lah jugak utk tahap beginner. Kahkahkah
Bangga kejap. Tapi untuk melukis the full body, agak susah. Lagi2 bahagian jari. Sebab aku jenis yang particular sikit part jari ni. Cause in my brain, it looks so runcing dan manis. Tapi bila aku lukis, masyaAllah. Hahahahahah
So, inilah hasilnya.
Part mata yang penting sebenarnya. Hahahahahah lepastu nak lukis lelaki, susah beb. Lagi-lagi nak buat muka diorang macho je. Sumpah susah. Dengan jaw line nya. Pheww tengoklah nanti bila-bila rajin, aku lukis. Hahahah
Lepastu kalau grafik pulak, aku mula berjinak-jinak dengan Adobe Illustrator(Ai). Siap pergi kursus lagi, tahu. Punya lah gigih. Hahahaha
Kalau bercakap tentang Ai. Perkara pertama yang akan melintas dalam fikiran designer ialah pen tool. Sebab kalau kau mahir pen tool, memang macam2 kau boleh buat.
So inilah hasilnya semasa kursus haritu. Aku berjaya 'trace' seorang lelaki dan logo batman guna pen tool. Tapi yang ni tak power sangat. Huhu
Cikgu yang ajar kursus tu lagi power. Ni contoh tracing kereta from gambar kereta betul. Ni cikgu tu lah yang buat.
So apa lagi benda-benda seni yang aku involved eh?
Oh ya, sekarang pun tengah berjinak-jinak nak menulis cerita.
Hahaha tamak betul aku ni. I wish I'm this greedy about medicine.
Aku suka belajar medic ni. Memang menarik. Tapi susah ya ampunnnn. Haha but then, apa benda je yang senang dalam dunia ni? Semua pun susah.
We just gotta get through all that thing cause obviously we are meant for it.
Allah takkan uji kita terhadap apa yang kita tak mampu.
Selalu dengar, bukan?
dan Allah juga tak akan ubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut mengubah nasib mereka sendiri
Juga selalu dengar.
Maka nasihat buat diri sendiri dan mungkin juga buat orang lain.
If you have passion in something, just go for it. No one's gonna tell that you are not good enough.
Dan sepanjang jalan, kena tahu mana yang lebih utama. Kalau masanya sekarang untuk belajar, maka belajar. Bukan bercinta/menghabiskan duit untuk perkara sia-sia.
Dah besar kan, boleh tahu mana betul dan mana salah.
Ah, aku sudah merepek. Hahaha
Till then, have a great life.
Doakan aku tsabat di jalan ini. Atau mana-mana jalan yang menuju Tuhan.
Mungkin rezeki kau dan aku bukan di dunia, tapi di syurga. Siapa tahu? ;)
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment :)