Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya tahun 2020. Dan grad dengan distinction. Ameen
13 April 2020 (Day27 of MCO)

Jan 27, 2017

It Seems Too Soon

"Ada orang tak kat sebelah?"

Hana menoleh ke arah suara itu. 

"Oh, ha takde. Duduklah." Katanya sambil mengalihkan beg yang diletak di kerusi kosong di sebelah.

Pemilik badan yang bertanya tadi mengambil tempat di sebelah Hana.

Dan mereka berdua mendengar kuliah yang diberikan tanpa sebarang kata. Walaupun bagi Hana, terdapat banyak perkara yang bermain di mindanya. 

----------------

"Okay, itu sahaja. Kalau ada apa-apa soalan boleh berjumpa dengan saya di depan." Kata pensyarah tanda tamatnya kuliah pada pagi itu.

Hana tarik nafas dalam-dalam. Dia kena ambil peluang yang ada sebaik mungkin. Sebab sekarang makin sukar untuk berjumpa dengan rakannya yang seorang itu.

"Erm Ida, nak tanya something boleh?" Hana bertanya perlahan sambil memandang ke arah Ida di sebelah.

"Nak tanya apa?" Ida menyoal kembali dengan tenang.

"Kenapa kau tak tunggu aku? Kenapa kau buat macamtu?"

Kali ini, Ida pula menarik nafas panjang. Ya, dia tahu mesti sukar jika Hana mengetahui keadaan yang sebenar. Dari mana dia tahu, Ida tak perlu tanya. Hubungan mereka terlalu rapat untuk dia tidak tahu. Tapi yang pasti bukan dari mulutnya sendiri. 

"Kau nak tahu apa? Ida menyoal kembali setelah lama mendiam.

"Aku nak tahu semua. Fullstop."

Maka bermulanya penceritaaan seorang sahabat yang pastinya, jika dia tidak diuji sedemikian rupa, dia akan terus setia menunggu Hana. 

Dan mereka berdua akan kekal bersama...

-------

Aku minta maaf sebab aku tiada semasa kau diduga. Aku minta maaf sebab tak dapat membantu. Aku minta maaf sebab semakin memberatkan tugasan kau. Aku minta maaf sebab tak mengambil tahu.

Aku minta maaf.

Cuma aku harap, walau mana pun jalan yang kau pilih, ianya masih jalan yang menuju Tuhan.

Terima kasih atas masa-masa sebelum ini. Honestly, I can't do it without you :')










No comments:

Post a Comment

Feel free to comment :)

.