Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya tahun 2020. Dan grad dengan distinction. Ameen
13 April 2020 (Day27 of MCO)

Jan 29, 2017

Seminggu Di Baitussa'adah




Assalammualaikum semuaaa

Finally, a decent post, huh?

So kat atas ni gambar pelajar Pondok Cuti Universiti di Baitussaadah. Kitorang yang perempuan ada 14 orang. Tapi ada 2 orang dah balik, dan 2 orang pelajar pondok 3 bulan dan seorang warden. 

Mana satu yang mana? Hahaha kau sendiri teka.

Apa yang bagus sangat program ni sampai aku nak letak dalam blog? Haaa


Alkisahnya macamni. Baitusaadah ada buat program Pondok Cuti Universiti(PCU) selama seminggu untuk student universiti. So, masa aku tengah study week, ada orang post poster program ni dekat dalam group. Masa mula-mula dapat tu macam, 'oh menarik gak program ni'. Lepastu aku buat bodoh je. Hahahaha

Then, dalam beberapa hari lepastu, ada orang lain pulak post poster yang sama dekat group yang lain. Aku pun rasa macam ada petanda lah kan. Lol but its the truth okay. 

Then, aku try ajak member pergi sekali. Aku dah siap daftar dah. Ada sorang ni macam okay la nak join. Tapi beberapa hari before final habis, she changed her mind. Aku pun frust lah jugak sebab sorang-sorang je kot. Lepastu join benda yang aku tak pernah join. Dan takpe siapa nak guide apabenda semua.

So I went there alone. Naik Uber. Gila gigih. Hahaha

Oh ya, sebelum tu, aku cuti 3 minggu je. Dan program ni seminggu. So, bila aku bagitau mama, she was quite frustrated la. Like, kenapa aku lebihkan benda ni berbanding family sendiri? Kenapa tak balik rumah je macam anak orang lain?

Being the stubborn girl I am, aku teruskan jugak. By hook or by crook, aku nak pergi jugak benda tu. She can have me in 2 weeks time. But before that, I wanna go here.

Nampak macam kurang ajar dan derhaka. Tapi, cuba kalau aku tanya kau, "Antara Allah, Rasul dan keluarga, kau pilih mana?"

Susah bukan?

But being a servant, kita semua kena lebihkan Allah dan Rasul berbanding segalanya. Samada kau nak, ataupun tidak.



Okay. Apa function aku tunjuk gambar ni semua?

Mestilah nak show off. Duh~~~~

Hahahaha enough with the ramblings. Selama seminggu aku ada dekat baitussaadah ni, masa bergerak dengan sangat lambat dan pantas, mengikut keperluan. Contoh, bila dalam kelas, rasa macam apahal lambat sangat masa berlalu ni? Aku rasa ustaz ni dah cerita panjang lebar dah. Hahaha kkk

Dekat sini, kitorang memang kelas daripada pagi sampai malam. Dan semua tu hanya untuk belajar fardhu ain. Masa mula-mula mendaftar, dia akan bagi satu kitab. Dalam kitab ni semua benda pasal fardhu ain. Tapi cuma ringkasan. Maksudnya basic things. So kitab ni merangkumi akidah, yang kitorang belajar waktu pagi. Fiqh, belajar after zohor. Dan tasawuf, belajar after isya'. 

Honestly, aku rasa macam mind blown gila. Sebab banyak sangat benda yang cikgu tak ajar waktu sekolah/ takde dalam silibus. Even basic stuff.

Contoh,

1. Kita tahu kalau takde air, kita kena bertayamum. Cuma sebelum tu, kena pastikan dulu betul-betul takde air dekat sekeliling. Betul?

Dekat sini, kau akan belajar, cari air dekat sekeliling tu berapa jauh? Kalau tak jumpa dalam kawasan tu, macam mana? etc

Sangat-sangat awesome. Sangat

Dan macam-macam lagi benda lain yang kalau aku cerita, memang kena buat post setiap hari sampai seminggu. Hahahaha

Tapi itulah. Kitorang seminggu je. Which means yang kitorang tak habis pun belajar kitab tu. Dan ustaz pun ajar laju-laju sebab nak kejar mana yang lagi penting. So dia tak mendalam sangat. Sedih.

Kalau pelajar pondok 3 bulan, diorang memang belajar betul-betul mendalam pasal fardhu ain. Dan diorang kena hafal kitab. Lepastu akan ada ujian.

Sebab once dah belajar, faham dan hafal, boleh ajar dekat orang lain tanpa ragu.

Jadi kalau nak dibanding ilmu aku dengan diorang, confirm diorang lagi power la. Tu belum jumpa lagi budak yang memang belajar pondok sejak kecik. Lagi banyak ilmu diorang.

Jadinya, nasihat aku dekat sini.

1. Tingkatkan ilmu fardhu ain. Kita rasa kita dah belajar semua. Tapi kita semua silap. There are more knowledge beyond that. 

Dan ini ilmu fardhu ain. Makanya semua WAJIB tahu dan belajar.

2. Ilmu fardhu ain ialah, satu juz drpd akidah, satu juz drpd fiqh dan satu juz drpd tasawuf. 

Takde istilah, tak tahu so tak berdosa untuk bab ilmu fardhu ain. Cause you ARE suppose to know. So kalau kau tak tahu, then its your loss.

3. Kalau ada jemputan/panggilan untuk ke majlis ilmu, sila rajin-rajinkan diri untuk pergi.

We have to go. Kalau kejar dunia, sampai bila pun takkan pernah puas. Kalau kejar akhirat, iAllah kau akan dapat dunia dan juga akhirat.

Itu sahaja pesanan.

Aku harap sangat dapat pergi yang 3 bulan tu. Nak belajar lagi. Nak hafal kitab. Huhuhu

Dan aku rindu suasana Baitussaadah. Yang bagi aku, amat-amat harmoni dan kau akan rasa nak buat baik je sentiasa.

Doakan aku.

Dan moga kita sama-sama berada dalam Rahmat Allah. Ameen


















No comments:

Post a Comment

Feel free to comment :)

.