Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya tahun 2020. Dan grad dengan distinction. Ameen
13 April 2020 (Day27 of MCO)

Nov 18, 2017

What A Craaaazy World We Live In

Hi and yeah. The world sucks

Tidak dilupakan, assalammualaikum kepada semua :)

Since aku nak membebel, so I might as well do it in Malay. 

Sejak kebelakangan ni, banyak sangat kes-kes rogol, zina. Yang buat secara terang-terangan mahupun sorok-sorok. Dan warga internet tak habis-habis main tarik tali antara mangsa-pemangsa. 

One would blame the victim
Suruh tutup aurat la. Cakap pakai ketat lepastu menjolok mata. Jalan malam-malam buta. Pergi upload gambar dekat laman sosial etc

Another would blame the accused
Tak boleh kawal nafsu la. Lepastu horny nak mampus. Jenis tak berperikemanusiaan. Bodoh etc

Dan aku?

I would blame everyone. Including myself.

Aku sangat tertarik dengan tweets daripada Inche Gabbana.

Katanya, kita sekarang rata-rata merawat simptom. Bukan punca masalah yang sebenar.

Contoh: 
Menggalakkan pemakaian kondom untuk kurangkan anak luar nikah
Menghalang anak perempuan dari keluar rumah malam-malam buta
Sex education

dan lain-lain

But the problem lies in our heart.
Hati kita. Iman kita. Sejauh mana Allah di dalam hati kita?


Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1802.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Tidak akan berzina orang yang berzina, di waktu melakukan perzinaan itu, ketika dia orang beriman. Tidak akan meminum minuman yang memabukkan, di waktu minum itu, ketika dia orang beriman. Tidak akan mencuri seorang pencuri, di waktu melakukan pencurian, ketika dia orang beriman. Tidak akan melakukan perampasan, yang menyebabkan orang banyak mengarahkan pemandangan kepadanya, ketika dia orang beriman."



Nah, terbukti bukan?

Satu-satunya cara untuk mendidik ummat ini ialah dengan menyuntik keimanan dalam diri mereka. Dalam diri kita. Jangan pandang orang lain. 

Kita bertanggungjawab ke atas diri kita. Dan kita juga punya tanggungjawab ke atas orang lain. Mungkin harini kita boleh lepas tangan dan kata 'Oh, benda ni tak jadi kat aku so takpelah.'

But one day (nauzubillah), perkara-perkara buruk macamni mungkin terjadi kepada diri kita, ahli keluarga kita, orang yang kita sayang.

Takkan benda dah jadi baru nak menyesal? 

We are responsible to create the environment we have now. Untuk mencipta biah solehah (persekitaran baik) itu, perlukan bantuan semua orang. Dan tentunya perlukan masa.

Tapi kalau dah semua lepas tangan, macam mana? Takkan selamanya nak hidup dalam ketakutan? Aku dah penat weh, serius.

Pergi mana-mana, kena berhati-hati. Kalau keluar, kena ramai-ramai. Memang takde satu pun ke tempat dalam Malaysia ni, tanahair aku sendiri, yang aku boleh rasa selamat?

Kenapa ye aku kena rasa macamni dekat tempat lahir aku sendiri? Kenapa?

Dahulu, masyarakat arab digelar masyarakat jahiliah. Jahil. Bodoh.
Selepas kedatangan Rasulullah yang membawa Islam, negara Arab mula membina tamadun. Mula membangun.

Apa yang Rasulullah bawa dalam Islam? Asas Akidah, Akhlak, Fiqh.

Akidah, yakni keimanan itu sendiri perlu kukuh. Sebab umat Islam yang punya ketaqwaan kepada Allah yakni tidak akan berbuat maksiat. Malah, mereka akan bertaubat dengan sebenar-benar taubat jika berbuat satu kesalahan pun.

Tapi kita? Berbangga dengan maksiat. Banyak berbuat dosa malah melambatkan taubat.

Jadi, kau rasa kita sekarang zaman Jahiliah atau zaman bertamadun? 

Kawan-kawan, marilah kita kembali kepada Islam yang sebenar. Jika ada ruang dan peluang untuk lebih mengenali Allah dan Islam, jangan kau hiraukan. Pergi kejar peluang itu!

Kita sama-sama pendosa. Tiada satu hari dimana kita bebas dari melakukan dosa. Tapi Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.

Jika kita meminta, nescaya Allah akan ampunkan hamba-Nya. Jadi, jangan kita berputus asa! Pintu taubat sentiasa terbuka :)

Akhir kalam, jiwa-jiwa kita perlukan pengisian. Perlukan makanan rohani. Jangan kau biar dia sunyi gelap gelita dan diisi dengan perkara durjana.

Ayuh kita berubah menjadi lebih baik! Kita semua pasti boleh melakukannya.

Semoga Allah suntik semangat buat jiwa-jiwa yang ingin berubah, serta petunjuk buat kita semua. Ameen

Dan semoga Malaysia berada di bawah lembayung rahmat-Nya. Ameen

Sekian, lahir dari lubuk hati yang dalam.



No comments:

Post a Comment

Feel free to comment :)

.