Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya tahun 2020. Dan grad dengan distinction. Ameen
13 April 2020 (Day27 of MCO)

Mar 25, 2019

Of Life and The Sadness That Blooms

Hi and assalammualaikum !

The tittle of this blog is in english but I'm gonna be lazy and write in malay anyway. Soooo

Hai lagi sekali! Hahahaha


Harini, pada saat aku menulis, sebenarnya aku dah start ayat atas2 tu beberapa jam lepas. And then kena settlekan few errands so baru ada rasa nak sambung balik. Hahah

Last few days rasa macam mayat hidup. Bukan macam kisah Thalhah Bin Ubaidillah aka Shahid yg Berjalan tu eh. Ni literally macam mayat hidup. Zombie. 

P/S: Kalau nak tahu kisah Thalhah, do pm me okay.

Disebabkan ni blog aku dan aku rasa macam takde siapa baca, so I'm just gonna be really damn honest here, okay. Oh ya, kalau kau baca blog ni dan kau kenal aku, lets just pretend that you never read this okay? For the best of us.

Okay so, aku buat kronologi lah senang.


Khamis [14 Mac 2019]

Lepas iftar dan solat Isyak, pergi bilik Iffah sebab nak settlekan hal printer untuk program GGC. Nak test drive printer dia etc. Lama jugak aku lepak sebab nak make sure betul-betul yang printer tu okay. 

Balik bilik dalam pukul 12 malam camtu, then bila sampai depan pintu rumah, aku nampak baju aku yang dekat ampaian dah kena tolak ketepi (ala-ala asrama) lepastu ada baju baru basuh dan basah digantung disitu.

Aku dahlah penat. Lepastu ingat balik bilik berangan nak lipat kain yang dah kering. Sekali sampai depan pintu rumah, nampak benda macamni jadi. Kau rasa?

Sumpah buat gaduh weh bila jadi camni. Lepastu bila tulis dekat sini dah dikira mengumpat, mengungkit, haaa semua ada.

Tapi takpe. Aku bukan apa, benda ni memang macam simple gila kan. Tapi bagi aku, benda ni besar. Teramat besar. Sebab aku punya emosi terganggu dan berubah 180 darjah. Kalau ikutkan hati, nak je buang baju-baju tu tapi alhamdulillah masih beriman. Huhu

Btw, tu ampaian aku kot??!

Dia menumpang ampaian je. Kenapa dia kena tolak baju aku sampai macamtu? Aku punya pintu bilik terbukak luas kot. Tak kunci pun. Boleh je kalau nak angkat baju aku yang dah kering tu, lepastu letak dalam bilik. Then jemur kau punya baju. Benda simple. Apa yang susah sangat entah.

Aku dah mengamuk gila. Lepastu Hanif suruh mandi dulu, tenangkan fikiran dulu, baru ws akak tu. Nasib baik ada Hanif :(

Then lepas mandi apa semua, angkat baju yang kering. Yang basah balik tu aku biarkan je. Then aku ws akak tu panjang lebar jugaklah. Tapi masih mengekalkan budi bahasa ye tuan puan. Sebab aku tak kurang ajar lagi macam dia.

Tapi dia tak reply. Dah tidur rupanya. Hmmm

Esok pagi, baru dia reply dan ayat dia berbunyi begini,

"..Sorry qilah. Akak tak tahu awak tak suka buat macam tu. Okay lepasni akak tak buat lagi. Sorry ya."

Let me ask you one question.

SIAPA KAT DALAM DUNIA NI SUKA KALAU BAJU DIA YANG DAH KERING KENA TOLAK DEMI MEMBUAT RUANG UNTUK BAJU BASAH ORANG LAIN SEDANGKAN TU AMPAIAN DIA PUNYA???

Haih

Pening

Common sense kemana entah. Lepastu bukan takboleh ws aku tanya bila nak angkat kain. Sebab dia nak jemur kain dia. Boleh je ws. Dunia dah maju kot. Gunakanlah apa yang ada tu demi kemaslahatan ummah. Ni tak, nak jugak menyempit kat situ eyyyyyy

GERAM.

Okay done kisah pertama.


Jumaat [15 Mac 2019]

Aku rasa hari Jumaat ni berlalu dengan agak baik. Kecuali beberapa perkara yang agak menyedihkan dan mengundang kemarahan.

Okay so mungkin hari Jumaat ni tak berapa baik. Hahahah

Kita mulakan dengan kisah dimana aku ada pakat dengan sorang kawan baik ni untuk pakai baju sama warna haritu. So aku takdelah ingatkan dia hari semalamnya. Sebab aku expect dia ingat. Tapi itulah, manusia kan mudah lupa. So dia terlupa, dan aku cam okay lagi la. Tapi masalahnya kenapa baju aku kena sama warna dengan sorang mamat ni pulak eyyy. Lepastu kena kacau lagi eyy.

Okay then dalam kekalutan nak pergi Masjid KLCC utk program GGC, aku masih sempat melepak bersama rakan-rakan demi cendol guys. Bagus tak?

Lepastu gerak ke masjid KLCC. This is where the story beginssss.

Aku dah siap-siap bawak barang apa semua. Termasuk printer Iffah. Lepastu dah sampai etc, banyak pulak benda nak kena settlekan. Aku dahlah target balik after isyak tau. Team aku, by Maghrib tu sorang pun tak sampai lagi. Mana tak mengamuk. Aku team leader. Lepastu esoknya untuk program, aku tak ada. Macam mana lah nak tenangkan hati dan yakinkan diri yang diorang boleh kawal part kitorang esok? Kalau macamnilah perangai masing-masing? Haih

Anyway, tunggu punya tunggu, sorang demi sorang datang. Lepastu kitorang set up tempat apa semua. Termasuklah printer. Then disebabkan banyak kerja nak kena settlekan that night, aku terpaksa stay back sampai lebih pukul 12. Walaupun esoknya aku bertugas untuk Tsuper. 

Nasib baik ada kawan baik hati nak tolong hantarkan ke kolej. Kalau tak, pishang la aku nak balik midnight guna public transport.

Sambungan dekat part 2 okay. Panjang nau cerita.

Kalau rajin baca, bolehlah sambung. Hahahahha

kbai guys. See you in the next post











No comments:

Post a Comment

Feel free to comment :)

.