Sabtu [16 March 2019]
Time ni, dah balik bilik dan tidur sebab pagi nanti kena bertugas untuk Tsuper.
Maka aku bangunlah dan bertugas kat Tsuper cam biasa. Aku actually bertugas petang kot. Tapi aku tukar dengan kawan sebab petang aku ada hal. So dalam team aku untuk Tsuper ni pulak, ada 5 orang. Yang bertugas pagi ni ada 3 orang, sepatutnya. Lagi sorang tu rehat, yang lagi sorang tu pulak jadi peserta. Tengah buat kerja ni, tiba-tiba yang bertugas untuk bola sepak ni pergi ws dalam group besar, tanya ada sesiapa boleh ganti dia tak bertugas. Sebab dia demam and currently tak larat. Isunya sekarang ni, sebab aku ketua so,
1. Aku tak suka hal-hal keluarga(dalam team etc) kau pergi sebarkan ke khalayak ramai. Benda boleh mintak tolong team sendiri. Asal nak tanya orang lain? Aku ni siapa?
2. Dari semalam dia dah cakap dia demam. Aku dah pesan awal-awal untuk tukar je dengan yang sorang lagi tu. Tapi dia taknak. Alasan sebab dia larat. Aku dah cakap, tukar je. Aku malas nak tunggu esok kalau apa-apa jadi, susah. Tapi ketegaq jugak nak bertugas esoknya. Haaa last-last pukul 11pagi, game bola dah 2 kali game tapi takde siapa bertugas. Orang cari siapa? Orang cari aku, sebab aku ketua. Bukan kau. Bila aku cakap elok-elok tak nak dengar. Lepastu mintak tolong orang lain. Helok sangat perangai
3. Member yang tengah rehat dok melepak dalam bilik tu, tiba-tiba kena tolong kau, kau tahu? Dia tu perempuan. Nak bersiap je dah lama. Lepastu nak jalan kaki ke praklinikal tu, kau ingat dekat? Kalau dari awal kau terima je bantuan orang lain, bukankah lebih mudah hidup? Lagi sekali, degil!
4. Lepastu bila aku sound, emo. Ewah ewah menyampah tau. Aku tahulah kau tak mintak kau sakit. Tapi sebagai ketua, aku dah agak dah benda-benda macamni akan jadi. Yet, kau rasa kau tak bersalah. Yihhh
Aku tengah-tengah buat kerja, nak kena hadap perangai kau ni. Ingat aku ni power nak tangkap gambar orang sambil tengok ws, call orang apa bagai? Berderau darah sis. Aku ni dahlah takat kesabaran aku ni senipis bawang. Ni dah cukup bagi muka dah tau
Oh and dalam keserabutan handle team Tsuper aku ni, team GGC aku pulak ada masalah. Printer punya gambar tak cantik la, apa benda la semua benda nak jadi time-time tu jugak. Haih
Basically time tu aku
1. Bertugas tangkap gambar
2. Handle team Tsuper yang sakit dan perlukan pengganti
3. Bagi nasihat dan keputusan untuk apa-apa masalah yang team GGC hadapi
4. Planning dengan Hanif untuk petang tu
5. Planning dengan family, akan jumpa diorang pukul berapa apa semua
Lepastu dalam tengahari tu dah settle la jugak. Kemas-kemas barang sebab nak keluar dengan Hanif and alang-alang dia hantar aku ke hotel family aku. Sebab mama, abah dengan kaklong nak pergi umrah. So berbahagialah aku untuk seketika
Flight diorang pagi, tau. So aku dah cakap siap-siap dekat team aku yang aku tak dapat datang penutup Tsuper ahad tu aka esoknya. Pandai-pandailah diorang survive. Tapi sebagai seorang ketua yang risau dekat anak buah, I have my doubts on them. So aku datang jugak penutup tu.
Ahad [17 March 2019]
Pagi tu, kitorang satu family bertolak awal gila tau. Like, Subuh dekat KLIA. Maksudnya sebelum Subuh dah bertolak. Then aku tak ingatlah bila start, tapi aku tanya team aku yang sakit ni, dia sempat tak nak siapkan video untuk penutup. Oh ya, sebab dia baru suruh aku pilih video-video untuk game yang aku bertugas.
Aku cakap kat dia, boleh tak siapkan? Sebab kalau sempat, post dekat facebook je. Pastu dia emo la, cakap aku tak trust dia apa semua. Cakap dia bangun pagi-pagi semata nak siapkan video tu lepastu aku assume dia takboleh buat.
Girl, please.
Aku tanya sempat ke tak. Kau cakap jelah kau sempat. Apa benda yang complicated sangat entah. Pastu aku dengan dia bergaduh jugaklah dalam group ws tu. Nam jadi pendamai. Aku bukan jahat sangat tau. Tapi perangai kau memang entahpape.
Then gaduh-gaduh. Lepastu sambil hantar family aku kat KLIA. Tunggu diorang apa semua. Then aku kakngah hantar aku ke kolej. Lepastu terus siap-siap ke majlis penutup.
Sampai kat penutup, alhamdulillah video dah siap. Lepastu ahli aku tu merajuk. Haha
Pergilah merajuk sana. Aku ada lah pujuk sikit-sikit. Aku tak jahat lagi. Tapi dia nak merajuk sangat, kan. Oh well
Lepastu mengadu dekat Hanif. Lepastu kena sebijik dengan Hanif sebab dia kata aku tak patut membebel macamtu kat budak tu.
Time tu, aku dah macam hmm
Takpelah. Korang tak faham. Aku dah penat hadap perangai orang macamni, last-last aku jugak yang salah.
Yelah. Mungkin bahasa aku kasar. Tapi macam mana lagi nak ajar orang yang obviously tak faham bahasa?
Hmm emo jap. Hahahah
Lepastu aku mengadu dekat Iffah je. Sebab Iffah pun bengang. Tapi dia takdelah bising-bising macam aku. Hahahhaah
Anywayyy, itu je.
Isnin [18 March 2019]
Aku time ni tengah posting Opthalmology tau. Dahlah posting tu aku blur gila. Sebab aku tak suka. 3 minggu je pulak tu. Lepastu aku selalu demam time ni. Isnin ni lah bermula episod aku depressed teruk gila nak mampus.
Teruk sangat
Terlalu teruk
Menangis malam-malam. Makan pun tak larat. Nak demam je
Lepastu ada suicidal intention
Nak pergi kelas pun tak larat. Kalau pergi, habuk apa pun tak masuk
Definitely the worst week of my life.
Tambahan pulak aku time tu tengah period. Haaa merudum teruk emosi
Alhamdulillah time ni Hanif baik sangat. Dia selalu teman aku, bagi kata-kata semangat etc. Lepastu aku selalu bising kat Iffah la. Sebab masalah ni, dia kat situ gak. So tak nak cerita kat orang lain. Malas
Since aku tak posting Psychiatry lagi, so aku tanyalah Iffah. Samada aku patut mintak bantuan orang ke tak? aka lecturers. Lepastu Iffah cakap, tunggu seminggu lagi. Sebab paling minimum nak diagnosed kau ni ada Major Depressive Disorder ialah 2 minggu. Tapi aku baru seminggu so cam tak valid lagi.
Then after a week, aku rasa better. Alhamdulillah.
Tak tahu la apa yang berlaku sampai aku rasa semakin okay. Tapi aku rasa ni semua sebab rahmat Allah
Bukankah bahagia dan air mata itu merupakan anugerah dari Allah?
So bersedihlah sementara kau masih boleh merasakan kesedihan
Dan berbahagialah sementara kau masih boleh merasai kebahagiaan
Dan bersyukurlah atas semua nikmat tuhan.
Harini 7 Ogos 2019 dan aku menulis apa yang telah berlaku berbulan yang lepas. Tak sangka aku masih ingat.
Ye lah. Benda-benda pahit memang susah nak lupa, bukan?
Semoga semuanya baik-baik sahaja. Ameen
Till then, assalammualaikum :)
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment :)