Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya tahun 2020. Dan grad dengan distinction. Ameen
13 April 2020 (Day27 of MCO)

Mar 28, 2020

D11 of Movement Control Order (MCO)

Hi assalammualaikum

In case you havent heard, seluruh dunia sekarang ni tengah tergempar dengan isu COVID-19, which is Corona Virus Disease 19.

So alkisahnya, covid-19 ni mula detect dekat Wuhan, China last year. And then benda tu spread laju gila smpai sekarang ni hampir seluruh dunia infected, termasuk Malaysia.

Dia punya symptoms macam coryza, cough semua tu. Lepastu affect respiratory system la, macam MERS-Cov, SARS etc. Tapi yang COVID-19 ni strain yg berbeza. Novel strain. Maksudnya sebelum ni benda ni takde/ tak dijumpai lagi etc. Way of transmission is by droplet. So semua sekarang pakat pakai mask n everything.

Dekat Malaysia sekarang, by today dah ada 26 kematian kes COVID-19. Even nak mandikan jenazah pun bukan cara biasa, tayamum je. Lepastu baju yg patient tu pakai masa dia meninggal, baju tu jugak dia akan dikebumikan. Then nak kebumikan pun, orang yg uruskan tu kena pakai full PPE. Dahsyat gila

Once kau kena warded sebab positif, tu mungkin kali terakhir kau jumpa family members. Sebab kena masuk isolation ward. Kalau sembuh, alhamdulillah boleh balik. Dekat HTI sekarang ni, ramai staff yg infected. Lepastu diorg semua dihantar ke HRPB. And since HSB takdapat nak tampung pesakit Covid yang makin meningkat, HUKM sekarang dah jadi COVID hospital. Risau dengan semua staf dekat sana 😔

Last week, PM umumkan yang Malaysia akan buat Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) daripada 18 Mac ke 31 Mac. Tapi masa Rabu lepas (26/03/2020), PM umumkan yang PKP dilanjutkan hingga 15 April sebab kes dekat Malaysia makin meningkat, kematian pun meningkat. PKP ni sebagai usaha untuk turunkan curve of infection.

So sekarang ni, semua orang kena duduk rumah. Tak boleh keluar sesuka hati, tak semua kedai boleh bukak, solat berjemaah tak boleh buat, takboleh buat gathering macam kenduri ke, konsert ke, lepastu kerajaan galakkan syarikat buat kerja dari rumah (work at home). And jualan sanitisers, gloves, masks semua macam hampeh. Sebab supply kurang tapi demand banyak gila. So diorg pakat jadi opportunist dan kapitalis dan jual benda2 camtu dengan harga mahal gila nak mampus. Sumpah kesian weh.

Yang boleh kerja sekarang yang essential je macam staf hospital, yang involve dengan keselamatan, pos, tenaga elektrik, air etc. So kesayangan sekarang ni kerja macam biasa ye. Kesian kat dia takboleh balik rumah. Sobs

Anywayy, saja je tulis dekat sini sebab benda ni kira cam historical jugaklah kan. Hahhaa

Oh ya, sepanjang PKP ni, banyak isu ekonomi dan kewangan di samping isu kesihatan yang timbul. Sebab dengan keadaan macamni, peniaga tak dapat berniaga, orang tak ramai beli barang, income tak masuk, simpanan tak berapa nak ada, supply PPE untuk staf hospital tak cukup. Macam-macam. Hope we can get through this together.

On a side note, risau jugak pasal Pro-Exam. Kitorg sepatutnya buat pro exam Ogos-September. Tapi sebab cuti sampai sebulan ni, dan tak sure lagi akan extend lagi ke tak, so tak sure la jadual kami ni macam mana.

Dan berharap agar semua ni berakhir before Ramadan. Sebab tak best la nanti nak solat terawih kat rumah kan. Lepastu takboleh iftar ramai-ramai, bazar Ramadan confirm cancel. Lepastu nanti nak raya takboleh ziarah

So yep. Harap semua berakhir sebelum Ramadan. End for good. Ameen

Disini saya sertakan hashtags yang digunakan sepanjang COVID-19 ni:

#StayatHome #DudukRumah #fightcovid19 #Weworkforyou #Youstayathome #frontliners 




No comments:

Post a Comment

Feel free to comment :)

.