Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya tahun 2020. Dan grad dengan distinction. Ameen
13 April 2020 (Day27 of MCO)

Oct 10, 2019

Remembered

Hi assalammualaikum

Just wanted to tell something. 

So haritu ada orang request nak follow dekat ig. Tengok-tengok rupanya kawan aku sendiri. Aku follow dia, tapi dia tak follow aku sebab aku buang dia dari followers aku :") 

Jahat, kan? Hmm

Bila tengok balik post aku, last dia like dalam bulan April. So kalau nak kira sampai Oktober, dalam 7 bulan jugaklah untuk dia sedar yang dia tak follow aku. Haha

Attention seeker kan aku ni? 

Entahlah. So aku approve jelah. Sebab kawan, kan? Ingatkan sampai bila-bila takkan sedar kewujudan aku. Takkan perasan yang aku ada dekat sini. Takkan ingat dekat aku dah.

I guess you remember me now, huh?

Maaf sebab emo. Tapi aku pernah utarakan dekat kau, utarakan dekat kawan kita lagi satu. But then, isu tu kena dismissed macamtu je. Apa yang jadi kat aku?

Aku rasa terabai. Macam budak-budak tak cukup kasih sayang

Sedih

Sampai sekarang pun sedih. Kelakar

Kadang, aku fikir yang kau akan rindu aku tak bila aku dah tak ada nanti? But then, kau mana ingat dekat aku, apatah lagi rindu.

Rasa macam bodoh sebab mengharapkan perhatian dekat orang yang obviously tak pentingkan aku sikit pun dalam hidup dia.

I am no one. Dulu, kini dan mungkin selamanya.

Aku harap kau baik-baik sahaja kawan.


Dan kalau nak lupa, tolong lupakan aku betul-betul. Please. Jangan tiba-tiba nak datang balik lepastu buat macam tak ada apa-apa jadi.

Aku dah tak ingat kisah perit ni tapi terpaksa ingat balik sejak dapat request daripada kau. 

Till then, may Allah bless you



No comments:

Post a Comment

Feel free to comment :)

.