Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya tahun 2020. Dan grad dengan distinction. Ameen
13 April 2020 (Day27 of MCO)

Jul 14, 2017

Syawal : Bulan Kemenangan

Hai semua dan assalammualaikum.

Kalau tak terlambat, selamat hari raya ! Heee 

Sebenarnya nak membebel dekat twitter tapi nanti ramai pulak menyampah. Soooo aku bebel dekat sini jelah ye.

Tadi aku baru dengar pengisian daripada seorang akhwat. So, aku bercadang untuk share dekat sini.

Kalau diikutkan, harini dah 20 Syawal ! Maka, sudah hari ke-20 untuk kita berayaaa. Yippie!

Jadi, apakah erti raya bagi anda? 

Kita beraya sebab nak meraikan kemenangan. Kemenangan kita dalam melawan hawa nafsu semasa Ramadhan. Tapi, apa yang jadi sekarang? Semakin raya, semakin hilang semangat Ramadhan. Sobs :'(

Kalau melihat kepada haji, yang dikatakan haji mabrur ialah bila orang tu balik daripada haji, dia akan lebih banyak amalan. Dia akan lebih dekat dengan Allah taala.
Jadi, kalau puasa mabrur, apabila lepas Ramadhan, dia akan makin dekat dengan Allah. Cuba lihat balik diri kita. Adakah semasa Syawal ni kita makin dekat dengan Allah, or kita semakin kurang pula amalan berbanding Ramadhan? Hmm

Hamba Ramadhan kah kita ni? Hmm(makin banyak)

Dalam surah Al-Baqarah, 2: 183 dimana dalil berpuasa semasa bulan Ramadhan, berbunyi
" Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. "


"...agar kamu bertaqwa."


AGAR . KAMU . BERTAQWA

Sejauh mana amalan kita semasa Ramadhan dapat menjadikan kita sebagai orang yang bertaqwa? Adakah semasa Syawal ni, yang baru beberapa hari selepas Ramadhan, kita makin bertaqwa? Kita sendiri boleh ukur tahap ketaqwaan diri kita banyak mana.

Aku pernah cerita dalam twitter aku, bagaimana persediaan sahabat dalam menghadapi Ramadhan. So, aku cerita balik dalam ni okay?

Alkisahnya Rasulullah bersama sahabat akan prepare 6 bulan sebelum Ramadhan. Jadi, apa yang diorang prepare?
1. Diorang akan berdoa semoga Allah sampaikan mereka dalam bulan Ramadhan
2. Mengingati Ramadhan serta kelebihannya
3. Meningkatkan amal ibadat. Supaya bila dah masuk bulan Ramadhan, diorang punya amalan tu dah masuk gear 4. Hee

Selepas Ramadhan, Rasulullah dan sahabat pun ada preparation tau!
1. Preparation untuk Ramadhan seterusnya
2. Berdoa agar amalan mereka sewaktu Ramadhan diterima Allah taala


Maka, para sahabat sekalian, jangan sebelum Ramadhan je prepare. Lepas Ramadhan pun kena konsisten jugak okay?

Pastikan sekarang ni, kita punya amalan meningkat. Dan pastikan setiap amal perbuatan kita mempunyai nilai.

Bila kita kerja, pastikan ada nilai. Bila kita dengan family, pastikan ada nilai. Pada aku, nak tahu nilai ni ada ke tak, bila kita tak bersama diorang, amal baik yang kita tunjuk atau ajar, diorang akan turut amalkan. Senang cerita, amal kita meninggalkan impak untuk diri sendiri dan orang sekeliling.

Itulah bila kita tahu samada perbuatan kita tu ada nilai ataupun tidak.

Okay then. Ini je bebelan aku. Harapnya bermanfaat, iAllah.

Kalau ada soalan or tak faham, boleh komen dibawah okay?

Semoga Allah mudahkan jalan kita untuk menjadi hamba yang lebih baik berbanding sebelum ni. Ameen

Assalammualaikum :)

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment :)

.