Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya tahun 2020. Dan grad dengan distinction. Ameen
13 April 2020 (Day27 of MCO)

Apr 19, 2017

#Keliru

Okay, 1st sekali, kalau rumet, bae dengan sara tengok tajuk ni, mesti dah kena gelak habis. Inside joke. Lololol

Okay, fokus.

Secara jujurnya, aku tengah serabut dan keliru dan gembira tapi sedih. All those feelings come rushing to me all at once.

I talked to Allah. So Allah already knew. I didn't talk to my friends, except Rai. But it doesn't help much. I didn't write in my diary(ages since I've last written anything). So, I wrote in here. In hopes that this blog of mine doesn't have that much viewer and well, isolated from those who knew I existed.

Nak tulis dalam bahasa melayu or english pun keliru gak. Hahahaha 

Bear with me please.

And so I met this guy. I like him. He likes me(I think so). Yeah, we like each other yada yada yada. I want to marry him so much it hurts. 

Sakit. Sangat sakit.

Cause you knew the feeling is real but there's nothing you can do except for doa dan bertawakal pada Allah.

Berdoa agar hati diberikan kesabaran untuk tahun-tahun yang mendatang sebelum masanya tiba. 
Berdoa agar disatukan, jika benar dia untuk aku, dan aku untuknya.
Berdoa agar hati tidak berubah.

dan bertawakal atas segala yang berlaku, jika ianya bukan yang aku pinta.

Aku berharap sangat-sangat bahawa tempat tiga teratas di hati aku masih sama, dan bukannya dia. Tempat yang dahulunya untuk

1. Allah
2. Rasul, dan
3. Jihad

Tapi, bila kita mula sedar hakikat itu, apa yang jadi? Berantakan semuanya...

Sedih bila kau mula rasa sedikit demi sedikit, carta hati itu berubah. 
Sedih bila kau mula banyak terfikir pasal orang tu sedangkan kau patut berfikir macam mana nak tegakkan Islam.
Sedih bila kau mula berfantasi tentang kehidupan selepas bernikah sedangkan kau patut berfantasi tentang keindahan syurga bila dah merasa peritnya dunia.
Sedih bila kau makin tenggelam dalam kemaksiatan sedangkan banyak lagi jalan ke arah kebaikan.
Sedih bila kau punya kesedihan tidak lagi diluahkan dengan air mata, tetapi dengan kata-kata.

Aku dah tak pandai nak menangis sekarang ni. Menangis gembira, mahupun menangis sedih. I just can't shed my tears. Aku sendiri tak tahu kenapa.

Adakah hati ini dah terlalu gelap bila terjerumus dalam kancah kasih sayang begini?
Adakah hati ini dah terlalu keras untuk menerima peringatan?
Adakah hati ini patut diberi sahaja yang baru?

Sungguh, aku tak tahu.

Tapi, yang aku tahu, aku perlu jauhkan diri daripada kau. Cause I can't handle all this burden. It's killing me. Its killing inside me. 

I've tried to distance myself from you. You know I've tried. Heavens know I've tried.

Tapi apa jadi? Distance only made us closer.

Sungguh, tak tertanggung perasaan ini.

If only I can love Allah this much. Then, my heart will be at peace.

Mungkin aku patut cuba dengan lebih bersungguh-sungguh. Mungkin Allah nak tengok lagi usaha aku. Mungkin kita berdua kena tingkatkan lagi agama dalam diri kita. Mungkin ada sesuatu yang akan kita pelajari nanti. Mungkin...mungkin...

Seribu satu kemungkinan yang aku takkan tahu...

Hanya masa sebagai penentu.

Jadi, sementara itu, aku harap kau faham.
Aku harap sangat-sangat yang kau faham.

Bahawa aku perlukan masa untuk kukuhkan ketiga tempat teratas di hati.

Kalau tak, aku akan kekal begini. Serabut, keliru, gelisah.
Ya, perasaan suka itu ada. Tapi ianya tidak menenangkan aku.

Mana mungkin hati yang Allah pegang akan merasa tenang dalam buatnya maksiat.
Mana mungkin...

Aku minta maaf. Tapi, untuk masa sekarang, inilah yang terbaik.

Semoga dengan izin Allah, kau dan aku akan disatukan.
Ameen.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari Nawwas bin Sam’an radhiallahuanhu, dari Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda : “Kebaikan adalah akhlak yang baik, dan dosa adalah apa yang terasa menganggu jiwamu dan engkau tidak suka jika diketahui manusia “
(Riwayat Muslim)



No comments:

Post a Comment

Feel free to comment :)

.