Sumpah rasa macam motif sangat keluarkan topik ni. Nak meraung pun ada jugak time tu. Yelah, kata rawa'i qadaya. Hahahaha
Lepastu aku jadi orang terakhir. Sebab I personally wanted to be the last. So that they will turn their focus on me, and me solely.
So malam tu keluarlah cerita tentang mereka. Mereka yang aku simpan diam-diam taknak bagi keluar dari mulut, dari hati. Mereka yang aku sayang, belum lagi aku benci. Mereka yang tidak tahu bahawa merekalah penyeri. Mereka yang aku rindu.
Mereka.
Kau tak perlu tau siapa mereka. Biarlah aku dan manusia tertentu sahaja yang tau.
Yang penting malamtu baru kita dapat tau punca.
Punca seminggu tu rasa down gila namati. Sampai semua kerja takboleh jalan. Sampai rasa nak mengamuk je. Sampai muka sumpah takde perasaan tapi dalam hati berkecamuk gila.
Sampai perasaan masa sekolah dulu2 datang balik.
And God, I really hate those feelings.
Lepas malamtu, aku kembali dengan tiada perasaan. Kembali dengan sikap 'lantak kau lah'. Kembali sebagai diri sendiri. Mungkin.
Dan bermula malamtu, I know those black spots will haunt me.
Cause people will remember.
Orang takkan senang-senang lupa apa yang keluar dari mulut kau bila kau menangis gila-gila macam tak cukup tisu. Bila sebelum tu, siap cakap dekat member nak bunuh diri. Bila sebelum tu, dah siap-siap text dekat murobbiah cakap yang diri sendiri akan breakdown.
Mereka akan ingat.
Dan mereka akan ingat sampai mati. Mungkin.
Menyesal bagitau? Juga mungkin.
But on the bright side. I got to know something.
Betul lah cakap orang. Kalau ada masalah, jangan pendam. Luahkan.
Tapi aku kan degil plus acah hati sado. Konon boleh tahan semua tu diam-diam dalam hati. Hahaha kau tak dapat, Farhana 'Aqilah. Kau tak dapat.
Sebab kau manusia.
Dan atas sebab musabab kau manusia lah, kau perlukan Tuhan.
Alhamdulillah sebab dikurniakan manusia yang hebat-hebat di sekeliling. Yang mengajar aku apa sebenarnya erti kehidupan. Yang mengajar aku menjadi manusia sebenar.
Kau rasa kau punya sahabat seperti mereka?
Kalau tiada, cari. Kalau tiada juga, maka jadi.
Jadilah sahabat yang dapat bawa orang lain mengenal Tuhan.
Kerana kalau bukan kau, siapa lagi?
'Kamu adalah umat yang terbaik[1] yang ditampilkan untuk manusia, (karena kamu) menyuruh berbuat yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman[2], tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.'
Surah Ali Imran,3:110
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment :)