Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya tahun 2020. Dan grad dengan distinction. Ameen
13 April 2020 (Day27 of MCO)

Apr 22, 2014

Kerna Sayang


Hello, hai, heyya, holla dan tidak lupa, assalamualaikum :)

Aku rasa tajuk entry kali ni penuh dengan kontroversi dan spekulasi kalian. Hahahaha XD

Alkisahnya teringat masa aku cecomel tingkatan 1 dulu. Zaman tu ialah zaman aku suka cakap sayang. Kalau orang panggil, aku akan jawab, 'ye sayang?' Kalau orang tanya, aku jawab, 'faham tak, sayang?' dan macam-macam lagi ayat yang sewaktu dengannya. Hahaha
Tapi, aku rasa ramai yang tak ingat. Diorang ingat zaman aku mengganas je. Lewls. Zaman sayang2 ni takde yang ingat gamaknya. Sedih

Yang mengakibatkan zaman sayang ni berakhir dengan begitu cepat ialah satu peristiwa sengal. Aku tengah sembang-sembang dengan kawan kat dalam kelas lepastu tiba-tiba ada sorang budak laki ni join. Budak tu tanya something kat aku dan disebabkan aku dah syok sangat cakap sayang-sayang ni, aku tercakap sayang kat dia. Pastu jangankan dia, dengan aku-aku sekali terkedu, terpause kat situ. Hahaha Sumpah kelakar XD. 

Lepas peristiwa tu, aku dengar desas-desus mengatakan yang dia suka aku ataupun dia cakap kat orang yang aku suka dia ke, cemana entah. Ah sudah. Aku tak jangka benda macam ni boleh jadi. Sampai sekarang aku menyesal main perkataan sayang. Hahahaha

So, I acted like a genius would. 

Kalau nak tutup satu isu, kita kena buat satu isu yang lagi besar meletop kebabommz daripada tu. Maka, aku memulakan misi menggosipkan budak laki tu dengan orang lain dan tak lama lepas tu, berita hangat yang aku buat tersebar ke pelusuk alam. Okay, takdelah kronik sangat. Ke seluruh batch. 

Dan dengan itu, cerita aku dengan budak laki tu tidak lagi timbul. Hahahahaha Sumpah kejam gila aku. Jahat nak mapuih. Mohon orang ramai tak ikut perangai syaitonn aku ni. 

Anyway, itu kisah lama, sekarang I baik uolls ! Hikhik

Pengajaran kita pada hari ini, buat baik, biar berpada. Buat jahat, sepadu-padunya. Sila terbalikkan. Kuang3

Till later, assalamualaikum dan salam sayang buat semua ;)







No comments:

Post a Comment

Feel free to comment :)

.