Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya tahun 2020. Dan grad dengan distinction. Ameen
13 April 2020 (Day27 of MCO)

Nov 22, 2014

SEMUA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG PLKN


Mula-mula sekali, siapa yang terpilih, saya ucapkan tahniah dari lubuk hati dan saya berasa bangga dengan anda! Bravo! Bravo! *tetepuk tangan*

Okay, itu sangat poyo. 

Korang patut rasa bertuah hokay sebab terpilih. Ingat senang ke nak tergolong dalam manusia-manusia bertuah ni? Chin up, keep your heads high! Bangga sikit bila dapat ni. Macam saya. Hikhik

So, proceed dengan PLKN atau nama panjang dia Program Latihan Khidmat Negara. Kalau dalam bahasa inggeris pulak digelar NS. Apa itu NS? NS stands for National Service. Maka, siapa yang nak poyo-memoyo tu bolehlah acah2 up sikit bila sembang dengan member. National service kooooo. Hahahaha

Setakat yang saya tahu, setiap kem dipegang oleh tentera yang berbeza. Samada tentera darat, tentera laut atau tentera udara. Depends la korang dapat kem mana. Agak-agak kem korang dekat dengan pantai tu, maka navy la jawabnya. Betulkan jika salah. 

Disiplin dalam kem pun depends dekat siapa yang pegang kem korang. Saya dengar, kalau navy yang pegang longgar sikit. Saya, tentera darat yang pegang. Hohoho

Oh ya, lupa nak bagitau uolls. Saya dengan bangganya ialah pelatih kumpulan 1, siri 11/2014 di Kem PLKN Desa Rimba, Perak.

Siapa yang memang bantah gila bila dapat jadi pelatih ni, mohon bertenang. Baca dulu entri ni sampai habis. Dah habis karang baru boleh fikir masak-masak okay? Okay.

Teruskan dengan topik,


PLKN ni secara asasnya takde mende pun. Cuma nak bagi korang jadi patriotik sikit dan cintakan negara sedalam-dalamnya. Serta tolak korang untuk buat sesuatu yang korang tak terasa pun korang boleh buat. 

Tak faham? Bagus


Dalam setiap kem, pelatih akan dibahagikan mengikut kompeni masing-masing. Apa itu kompeni? Kompeni ni lebih kurang macam rumah sukan la. Biasanya, nama kompeni setiap kem akan sama seperti: Alpha, Bravo, Charlie dan Delta. Tapi, mana-mana kem yang nak best sikit, dia tukar la nama kompeni tu. Bagi nama kereta ke, pahlawan ke apa-apa jelah yang sedap.

Maka, sistem plkn pun lebih kurang macam sbp. Ikut rumah sukan. Kalau kau buat masalah, markah kompeni kau akan kurang. So, disini saya nak mengingatkan golongan-golongan yang acah stress duduk dalam kem pastu sukati dia je nak langgar peraturan: Bro, sis, chill. Kau yang buat masalah, lepastu sukati je nak heret KESEMUA ahli kompeni kau tanggung malu. No. Itu bukan caranya. 

Siapa yang ada rasa nak langgar peraturan, satu je saya nak cakap. Anda merupakan manusia yang selfish. Pentingkan diri. Sebab nak puaskan diri sendiri, semua pun kena tanggung kesalahan kau. Dan ya, plkn amat mementingkan semangat setiakawan dan tanggungjawab dan kerjasama serta segala macam nilai murni yang korang belajar masa sekolah dulu.

Bunyi macam seram. Ya, memang seram. Saja nak takutkan. Plkn ni best sebenarnya.

Hahahaha yang ni saya cakap, tak percaya pulak eh? Tu lah, mentaliti tu cuba ubah sikit. 

Dekat plkn, saya belajar banyak perkara. Buat banyak benda yang saya tak rasa saya dapat buat sebelum ni. Terokai diri sendiri, cabar diri sendiri, belajar memahami orang lain dan segala-gala nya.

Senang cerita, apa yang saya belajar dekat sekolah dahulu, pada mulanya saya tidak boleh aplikasikan dalam kehidupan seharian. Tetapi, bila masuk plkn, terasa keperluan untuk mengaplikasikan ilmu-ilmu di sekolah untuk realiti. 

Kenapa?

Sebab dalam plkn korang akan jumpa kawan baru. Kawan yang pada hakikatnya tak pernah pun jumpa sebelum ni, tetapi terpaksa bekerjasama pada tahap yang tertinggi untuk menaikkan nama kompeni.

Kawan baru juga bermakna mengenali perangai-perangai yang berlainan daripada budak sekolah korang. Tempat baru, orang baru, perangai pun lain2. Masa masuk plkn, memang saya malas gilaaaa nak cari kawan baru. Serius. Tapi, nak taknak memang kena buat kawan. Takkan kau nak hidup solo je untuk 3 bulan? Ha ha memang takkan berjaya lah jawabnya.

Siapa yang rajin tinggal solat tu, boleh rajin2 kan diri masa masuk kem ni. Yang hisap rokok tu pulak boleh bawak berhenti.  Bila lagi nak berubah kan? Dekat kem ni lah peluang yang anda tunggu. Peluang untuk berubah. Saya tahu yang ramai sebenarnya nak berubah. Cuma masih menantikan peluang yang entah-sampai-bila nak datang tu. Peluang ini lah yang anda cari. Percaya lah dekat saya :)

Dan siapa yang ilmu agama dia lebih sikit, boleh share dengan member baru. Tak semua orang tahu apa yang anda tahu. Walau benda kecil sekali pun. Jangan malu untuk tampil kehadapan. Jadi contoh yang terbaik untuk rakan. Dakwah perlu bergerak, walau dimanapun anda berada...

Kenapa saya cakap macam ni? 

Pengalaman mematangkan manusia. Enough said.

Perasan tak? Senior atau abang kakak korang yang masuk plkn ni memang tak cakap banyak pun pasal plkn. Diorang cerita sikit-sikit je. Tapi, bila tanya mesti diorang cakap yang plkn ni best. 

Nak tahu sebab apa? Sebab plkn ni best dia sampai kesatu tahap dimana kau rasa tidak perlu untuk bagitau dekat orang. Biar diorang yang rasa sendiri best tu macam mana. Nanti kalau dah bagitau awal-awal tak menarik lah kan? ;)

Oh ya, plkn ni takpayah penat fikir pasal pelajaran atau apa-apa pun. Jurulatih merupakan manusia yang sangat sporting. #SeriusTalk

Apa lagi eh? 

Dalam keluarga, saya seorang je yang pernah pakai M16 dan menembak di padang sasar menggunakan peluru betul. SAYA . SEORANG . SAHAJA . So, cuba rasa eksaited sikit nak masuk plkn tuuuu. Tak semua orang merasa pegang senapang betul tau. Anda bertuah !

Okay, rasa dah panjang sangat ni. Maaf, memori plkn terlalu banyak. So rasa teruja nak menulis. Hikhik


Dan ini dia gambar masa majlis penutup.


Gambar dicilok dari group facebook. Thanks guys :)



Okay. Itu je kot. Pesanan terakhir, jangan lupa bawak baldi. Pastu phone takpayah nak canggih sangat. Hilang kang, jangan nak menyesal.

Till then, selamat menjalani latihan ! Have fun while you're at it .


Assalamualaikum :D

Salam sayang daripada,
WTB0312.























No comments:

Post a Comment

Feel free to comment :)

.