Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya tahun 2020. Dan grad dengan distinction. Ameen
13 April 2020 (Day27 of MCO)

Dec 16, 2013

Hidup Selepas SPM


Hello dan assalamualaikum :D

Tengok tajuk pun dah dapat bayangkan betapa bosannya hidup aku lepas SPM. Hakhakhak


Tapi...............sekurang-kurangnya aku dah MERDEKA! Alhamdulillah~ Merdeka sangatlah woi. Okay, bebaslah sikit untuk 3 minggu kat rumah ni. Bebas seperti sang unggas :) Kuikuikui



Hek eleh. Asal bebas je mesti nak kaitkan dengan burung. 


And then, akan wujud pulak plkn dalam hidup aku yang baru nak bersulam kebebasan ni. Ewah


So, siapa yang sama dengan aku tu, meh meh kita jadi geng :)


Kat rumah ni takdelah bosan semedang. Biasa-biasa je aku rasa. Kena pandai hidup kata orang tetua. 

Isilah masa anda dengan aktiviti yang bermanfaat, tidur misalnya. Hahaha

Tapi serius weh, kau tidur la puas-puas. Takde siapa nak marah. Melainkan kau mempunyai ibu bapa yang paranoid atau kau tidur tak kena masa atau memang gaya kau tidur tidak enak dipandang mata membuatkan orang lain rasa menyampah. 

*tarik nafas*


Okay. Perkara yang memang aku tunggu-tunggu je nak buat kat rumah lepas spm ialahhhhh jeng jeng jeng *drumrolls*

1. Tengok drama korea, drama jepun, movie korea, movie jepun, movie inggeris.
Senang cerita, marathon lah aku depan skrin ni. Hakhakhak
And currently, aku tengah gila dengan satu drama korea yang bertajuk Reply 1997 . Sumpah kelakar. Baik korang tengok cepat-cepat. Kawan aku yang promote cerita ni, aku layan je lah. Zasss~

2. Okay fokus! Fokus! *tetepuk tangan*

Aku nak baca buku dan novel yang belum baca lagi. Hohoho

Sebelum SPM, aku kumpul novel, buku banyak-banyak dengan niat yang tulus ikhlas nak baca lepas spm. Hahahaha. 
Sekarang ni, aku tengah baca Tabu-Shaz Johar. Tengah berusaha nak habiskan tapi pada masa yang sama, nak tengok drama korea. Oh dilema !


Yang aku bulatkan tu semua tak baca lagi. Haih

Anyway, aku ada less than two weeks untuk mencapai mission accomplished sebelum masuk plkn. *sigh

Semoga aku dapat guna masa aku dengan sebaiknya. Amin~

----------------------------------------------------------------------

"Kau jadi je pharmacist. Tu lah kerja yang paling senang dalam dunia"

-kaklong-



No comments:

Post a Comment

Feel free to comment :)

.