Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya dalam masa 3 tahun. Dan grad pada tahun 2020. Ameen
17 Ogos 2017

Nov 10, 2015

Those Little Things



Hai dan assalamualaikum semuaaaaa. (waalaikumussalam)

Sebenarnya topik entri kali ni takde kena mengena dengan lagu 1D. Serius. Hahaha

Sesiapa yang tak faham apa yang cuba disampaikan, mohon abaikan saja.

Okay. Pernah tak korang perasan benda-benda kecil yang berlaku sekeliling korang? Bukan perasan sayap serangga terbang ke apa. Yelah, serangga tu kecil kan.  Maksud aku, macam bila korang nak buat sesuatu yang jahat, ada je benda yang menghalang. Haaa macamtu. 

Tak pernah rasa? Seriously? I doubt it. Korang yang tak perasan ni. 

Okay, aku bagi contoh real life punya. Haha Mohon jangan bash lepas baca.

1. Masa kat palam, ada satu hari ni aku berjalan keseorangan ke arah kedai fotostat. Dan nak dijadikan cerita, masa tu ramai lelaki tengah lepak kat kafe dekat bawah kedai fotostat tu. So, aku pun gatal la nak cuci mata. Tapi, tepat bila aku toleh kepala ke arah jejaka itu semua, tiba-tiba habuk masuk mata aku. Maka, mata aku pun tertutup dan aku berjalan ke arah kedai fotostat sambil menonyoh mata yang masuk habuk. Kekeke

Nampak tak? Haa ada lagi

2. Masa cuti panjang lepas asasi, kelas aku ditugaskan untuk dengar ulasan tentang surah-surah dalam al-Quran dalam satu website ni. Tapi Farhana 'Aqilah yang degil, nak tengok cerita korea. So, dia pun bukak website drama korea. Lepastu semua website yang ada drama yang dia tengah nak sambung tengok masa tu, semua tak dengar suara. So, dia cuba bukak ulasan tentang al-Quran tadi. Dengan kuasa Allah, benda tu keluar pulak suara dia. Pelik, bukan? Maka, dia habiskan sebahagian besar ulasan yang dia perlu dengar dan bila bukak balik website korea tadi , baru ada suara.

  
Kedua-dua tadi merupakan contoh sebenar dalam hidup. Banyak lagi sebenarnya. Tapi malas nak cerita.

So, point aku kat sini ialah...ALLAH LOVES ME, AND ALLAH LOVES YOU. Sebabtu benda-benda kecil macam contoh tadi boleh berlaku. Sebab Allah nak elakkan kita daripada benda-benda yang tak berfaedah dan boleh mendatangkan dosa. Sebab tu habuk dengan secara tiba-tibanya boleh masuk mata masa aku nak usha lelaki tu semua. Padahal sebelum tu, elok je takde angin. Sebab tu jugak sound tiba-tiba rosak masa aku nak tengok drama korea. Padahal bila bukak ulasan surah online tu elok je. Sebab itu kadang-kadang benda yang kita nak tak menjadi. Sebab apa?

Sebab Allah sayang kita, and He knows whats best for us.

Kadang-kadang kita tidak perasan. Tapi kadang-kadang kita memilih untuk tidak perasan. Beza ye anak-anak. 

Maka, seperti yang disebut di dalam surah Yunus,10: 61 yang bermaksud

"Dan tidakkah engkau (Muhammad) berada dalam suatu urusan, dan tidak membaca suatu ayat al-Quran serta tidak pula kamu melakukan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu ketika kamu melakukannya. Tidak lengah sedikitpun dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah, baik di bumi ataupun di langit. Tidak ada sesuatu yang lebih kecil dan lebih besar daripada itu, melainkan semua tercatat dalam Kitab yang nyata (Luh Mahfuz). "

Therefore, people out there, be assure that Allah is always watching on you, and you and you, andddd me :)

Maka segala perlakuan selepas ni kena molek sentiasa. Juga peringatan kepada diri sendiri. Huhuhu

Semoga kita semua dapat menjadi hamba yang soleh dan solehah serta semoga kita semua berada di bawah rahmat-Nya. Ameen 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Kami sedang menunggu kalian, bakal-bakal doktor"- Kak Fatin







No comments:

Post a Comment

Feel free to comment :)

.