Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya dalam masa 3 tahun. Dan grad pada tahun 2020. Ameen
17 Ogos 2017

Aug 9, 2015

Hai Roommate


Assalamualaikum shida.

Selamat hari lahir yang ke-19 :D

Okay, mula-mula sekali nak minta maaf sebab lambat wish birthday kau (T-T)

Mesti kau terasa kan. Sebab roommate kau sendiri tak wish. Rasa macam nak pergi tumpat gak malam ni lepastu pepeluk kau. Hahaha

Setahun je aku kenal kau, shida. Tolak cuti sem apa semua, kira 8 bulan lebih je aku kenal kau. Tapi 8 bulan tu lah antara yang paling bermakna dalam hidup aku.

Aku ingat lagi masa 1st day kita daftar. Parents kau yang hantar haritu. Lepastu masa diorang balik, kau menangis. Comel. Tapi aku tak reti nak pujuk kau sebab aku tak kenal kau lagi. Sembang pun baru sikit je.

Lepastu masa MDS, aku lepak dengan kau je. Sebab aku kenal kau je (selain housemates yang lain). Hahaha. Macam loser habis kan tapi tulah masa yang aku baru kenal kau. Kenal gila-gila kau. Lewls. Ingat tak masa kita volunteer buat persembahan tu? Hahahaha aku rasa cam sakai gila. Tapi sebab ada kau, so aku yakin aku buat pilihan yang betul :')





Malu lah nak letak gambar group wave 1. Hahaha sebab malas nak ingat balik. Lepastu dah masuk class apa semua. Start study. Kau, harus aku akui seorang yang memang rajin gila dan penuh tekun belajar. Aku tercabar tengok kau. So, aku pun belajar. Kira kau macam pembakar semangat gittew. Hahahaha

Untuk itu, terima kasih. Terima kasih sebab ingatkan aku niat datang palam. Kalau kau nak tau, aku selama ni kat sekolah memang jenis yang study sensorang. Aku tak suka nak buat study group macam kau dengan kawan sekolah kau. Tapi bila dah masuk palam ni, aku jadi clingy semacam. Kalau kau takde kat sebelah, aku tak semangat nak study. Aku taktau kenapa. Hahaha poyo je kan tapi betul lah. Lepastu kalau aku takde idea nak buat tutorial ke apa, aku selalu tengok muka kau. Nak cari ilham konon. Tu pun kalau kau perasan lah. Kalau kau tak perasan, aku bagitau lah ni. Hahahaha

Kalau aku tak faham, kau selalu ajar aku. Especially physic. Memang aku berterima kasih gila kat kau. Dari sem 1 sampai sem 2 memang kau power subjek ni. Kau dahlah jenis yang kalau aku tak dapat, memang kau usaha habis sampai aku faham. Untung aku dapat roommate macam kau. Kalau nak harap aku ajar kau, hmm sampai sudah lah kan. Even aku tak talented bab mengajar manusia ni, tapi kau lah satu-satunya orang yang bila aku ajar, kau faham. Aku tau aku punya konsep lain even untuk benda basic sekalipun, tapi kau tetap faham. Dan kau pernah cakap kenapa orang lain takboleh faham apa aku ajar. Hahaha Tapi aku rasa kan shida, otak kita function pada frekuensi yang sama. Thats why. Ataupun kau memang jenis yang memahami so benda belit macam mana pun kau dapat tangkap. 




Kalau aku down sebab study pun, kau banyak bagi nasihat apa semua. Paling kurang pun, kau dengar. Bak kata kau, curhat. Hahahahaha 1st time aku dengar perkataan tu sebenarnya. Aku ingat lagi hari tu, angin apa entah datang kat aku lepastu aku emo semacam lepastu bebel sensorang kat katil lepastu paksa kau dengar kisah sedih aku. Hahahaha sumpah kelakar bila ingat balik. Tapi kau layan je perangai aku ni. Baik aku, buruk aku semua kau terima. Untuk itu juga, terima kasih. 

Itu tak masuk lagi bab-bab kau pinjamkan tab kau, phone kau untuk aku. Yelah, masa tu aku mana ada smartphones ni. Nak buat group discussion pun pinjam tab kau. Nak hantar bahan report pun guna tab kau. Aku rasa kau mesti macam sakit hati jugak sebenarnya. Tapi kau tahan je. Sebab kau kesian dekat aku. Tak semua orang baik hati nak bagi pinjam barang dia camtu je kat orang lain. Tapi, kau lain. Kau one in a million. Bila fikir balik, banyak aku hutang budi dekat kau. Tak tau macam mana nak bayar. Nanti, kalau ada apa-apa, bagi tahu lah ye. Mana tau aku boleh tolong kau pulak :')





Terima kasih jugak sebab bawak aku join sekali usrah dengan kau. Serius tak menyesal. Terima kasih sebab faham aku, cara aku. Lepastu aku ganas macam mana sekalipun, kau tak terasa. Kalau kau terasa, kau tak tunjuk. Oh ya, minta maaf sebab aku kongkong kau. Hahaha bak kata classmate kau lah. Padahal, takdelah kongkong mana. Tegas sikit je. Kekeke Tapi, aku lega bila kau cakap kau suka. At least, takdelah rasa bersalah sangat. So, aku tak kisah pun classmate kau nak cakap apa, asalkan kau faham. 

Minta maaf jugak sebab terkutuk kau, atau buat kau terasa sepanjang kita kenal. Halalkan semua yang aku ambik atau guna. Aku tahu aku tak baik mana. Tapi kau tetap anggap aku kawan kau. Untuk itu, terima kasih.

Sebelum aku terlupa, nanti dah degree, ingat-ingatlah kat roommate kau ni. Hahaha Jaga diri elok-elok. Belajar rajin-rajin. Make your parents proud! And also, make me proud ! Semoga segala urusan kau dipermudahkan.

Dan semoga persahabatan kita hingga ke syurga. Ameen :)





Terima kasih untuk memori-memori indah itu. Jika ada rezeki, suatu hari nanti kita akan berjumpa lagi, in sha Allah. 


Shida yang acah pemalu, kekeke

Selamat hari lahir yang ke-19 Nur Shahida. May you be in Allah's blessings. Ameen


Salam sayang, peluk, cium.

-roommate yang comel-












1 comment:

  1. Ya Allah qilaa, rindunyaaaaaa. 😒😒😒😒😒Terima kasih syg. Kau nih buat aku menangis bca nih smua. Trima kasih sgt2. Even kau lmbt wish, sejujurnya aku xrasa marah pun . Hanya yg aku fkir, kngn masa kau dgn hosmet nyanyi lagu kt aku. Haha tk thn dlm tnds. Hihihik. Aku rindu kau n aku rindu hosmet. Aku igt lagih kau citer psl mcm mna nk beli n bg hadiah besday kt aku. Sungguh weh aku rindu. Kau suruh aku cari haha. Aku nih kurg skit bab2 pencarian. Psl blaja smua tuh, seharusnya aku berterima kasih. Kau byk sgtttt tlg aku. Lagih2 kimia dgn bio. Walaupun aku nih jenis yg kdg2 xcapai mksd tuh, kau still jgk explain kt aku sampaikan contoh2 lagih. Jjur aku ckp aku suka bila kau ajr aku. Hihi. N masa exam dluh2 aku igt lagih kita stu hosmet jogging pagi before exam n after tht pergi kedai mamak mkn roti canai. 😍😍😍. Rindu sgt moment tuh.πŸ˜‰ n psl curhat juga, trima kasih sbb jadi pendgr setia aku. Aku kdg2 ssh nk curhat kt org tp thnks cause i have you so aku rsa selesa bila curhat kat kau qila. Rasa mcm legaa sgt lps curhat. πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜„ n moment time bgun pagi aku iht lagih bila masa aku bgun kau tgh tatap muka aku. Hahaa sbnrnya aku suka cuma aku malu2. Hihihik. Psl mds tuh hya dgn kau jha aku msa mds tuh. Sbb time tuh pun aku knl kau sorg. Hihu tp mcm lwk bila join chikeboim bomm tu. Haduh mcm mmpi ngeri bila iht balik😱 tapi kau nge aku still melakar sejarah lagih kt palam. Xsemena mena join program aerobik masa hari skn asasi. Btw semua tuh mmg best sbnrnya sbb bila aku join kau pun join aerobik tuh . Yg lagih best, aku igt lagih yg msa sem 1 kita bgun lewat dua2 skali xbgun. N semua pandang muka masing2. Haha masa tuh 8.30 dha . Klas dha start. Bkn maen kalut kita. Psl tab n handphone bagai aku xkisah pun kau guna n aku xsakit hati. Sbb kau guna bkn utk sja2. Kau guna utk buat report bgai. Tambah2 aku suka bila org manfaat brg aku. Hihi. Lgih2 kau roommate aku so aku ok dgn semua tuh πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† bg aku kau sbnrnya xpernah mrh aku. Bila aku igt balik, mmg xpenah marah aku. Kau suka bg nasihat. Shda kau kena nih n tuh. N ayt bila kau nk stat citer mesti " shida kau thu tak? " haha aku suka bila jwb "tak thu" hahahha n kau pun tya kau nk thu tak? Masa tuh kemain dgr citer . Rindu weh . Hihi semuanya kngn terindah buat aku. Thnks sbb jdi roommate terbaik bg aku n pembakar smngt aku plus pendegar setia akuπŸ˜™πŸ˜™πŸ˜™. Last skali,Kalau kau pun ada pernah terasa dgn aku tanpa aku tau, aku mohon maaf sgt2 qila. Sejujurnya aku kdg2 tak thu perasaan sbnr roommate aku tp aku akn cuba memahami n mendgr sgla yg kau ingin ceritakan kt aku apa yg kau rsakan. Aku minta maaf jugak sbb slma nih byk juga aku mnyshkan kau. Aku minta maaf kalau ada pernah buat kau terasa hati dgn aku tanpa aku sedari . Aku minta maaf utk segalanyaa. Cuma mmg aku akui, aku syg sgt kat kau. Kau roommate aku yg sgt memahami aku n terbaik dlm hdup aku. πŸ˜‰πŸ˜€πŸ˜ŠπŸ˜ Aku hrp kau berjaya dgn apa jua keputusan kau bila degree nntih . Aku yakin sgt kau boleh. N aku thu roommate aku nih genius sgt orgnya hehehe. All the best in ur life. Dont u dare to forget me n thnks for your wish. I am so happy with tht and of course very happy have you in my life my best roommate ever. *maaf english xbtul mna grammar hihuhi.

    ReplyDelete

Feel free to comment :)

.