Salam alaik :)
Masa untuk shopping? Hahaha. Sebagai seorang gadis yang sedang meningkat dewasa, shopping telah menjadi salah satu kenikmatan dalam hidup aku. Sejak bila, aku pun tak tahu.
Then, dalam masa cuti ni, aku tak berbelanja lagi menggunakan duit simpanan tahun ini. Lagipun, duit pmr dari sekolah pun tak sentuh lagi. Hari tu elok je dia dok dalam sampul. Nasib tak terbuang. Bagus kan aku? Hahaha. Lepastu hari ni baru ambik duit skomk aka hadiah pmr jugak. Kalau campur semua, adalah seratus gitu gitu. Hahaha.
Best apa dapat duit hasil usaha kita selama ni. Berbaloi je rasanya. Tapi lagi berbaloi kalau duit tu dapat banyak sikit. Ye dak? Hahaha. Tak bersyukur sungguh diri ini.
Terus terang aku cakap, salah satu sebab yang mendorong aku untuk berjaya ialah duit itu sendiri. Parents aku bukan jenis yang berjanji untuk memberi sesuatu kalau aku dapat straight A's contohnya. Dari aku tadika, mana pernah diorang cakap macam tu kat kitorang adik beradik. Sumpah.
So, berbekalkan azam untuk menghabiskan duit yang telah diterima sebab dapat 9A pmr, saya bercadang untuk SHOPPING !!!! Nampak lah sikit duit tu. Kalau simpan sebagai duit, macam takde benda je. Takde hasil. Takde pape.
Andd this is my wishlist. Hohoho. Mintak mintak memang dapat apa yang aku nak. Amin~
1. Aku mahukan seorang Hana Tajima. Okay. Thats crap. Aku nak blouse, a long skirt and a shawl to complete the whole look. (gambar dicilok dari google)
Dan mungkin juga macam di bawah ni.
2. Kalau tak jumpa yang aku berkenan, mungkin aku akan try beli maxidress? Hahaha. Model yang dibawa khas untuk anda, Anis Syafira.
Mesti aku ayu je nanti kan? Ahaks ^^
3. So, next on the list is, a novel, or maybe two, or three. Tengok la jugak bajet cukup ke tak. *sigh*
Novel yang menjadi pilihan hati ialah dari penerbit di bawah. Sila tekan gambar untuk maklumat yang lebih lanjut.
Maka, mari kita semua menadah tangan dengan doa supaya seorang Farhana 'Aqilah dapat merealisasikan impiannya. Amin~
Ceewah. Banyak bunyi pulak aku kan? Hahaha. Till then, assalammualaikum:)
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment :)