Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya dalam masa 3 tahun. Dan grad pada tahun 2020. Ameen
17 Ogos 2017

Jul 12, 2016

Syawal Ketujuh

Assalammualaikum


Izinkan aku untuk berkhayal sebentar.

Kadang aku terfikir. Kenapa semua yang berlaku perlu bermula pada malam Ramadhan pertama? 

Oh, kau tak perlu tahu apa yang terjadi. Yang penting ianya telah terjadi dan tak mungkin berputar kembali.

Betapa sedihnya aku malam itu. Hanya Allah saja yang tahu.

Tapi mungkin ianya terjadi sebab Allah kecewa dengan aku. Ya, mungkin.

Terlalu banyak perkara dalam dunia ni untuk kita menggeleng kepala dan mengaku suci dari dosa. Maka terlalu banyak dosa yang telah aku palit pada jiwa. 

Jiwa yang kusangka sudah aku cuci secucinya.

Kadang-kadang, kala lewat malam minda aku berputar ke masa itu. Masa yang akan aku ingat sampai bila-bila.

Teringat sampai menangis sambil tertidur. Haha dah lama rupanya tak menangis masa tidur ni. Ingatkan zaman-zaman patah hati dah berakhir. Lol

Aku bukan putus cinta. Juga bukan patah hati dengan sesiapa.

Tetapi aku yakin yang aku kecewa buat kesekian kalinya pada diri aku sendiri.

Kecewa sebab tak cukup usaha.
Kecewa sebab keras kepala.
Kecewa sebab tak dengar kata.
Kecewa sebab ambil mudah sesuatu perkara.

Kecewa kecewa dan terus kecewa...

Kalau aku tak punya iman, mungkin dah lama aku menarik nyawa. 
Haha gila.

Macam mana nak jadi doktor wahai diri?
Jika luka kau sendiri tak dapat disembuh mahupun diubati?


Oh ya,

Kala aku meminta pada Tuhan
Agar ganti hati dan jiwa yang kotor ini dengan yang baru
Hadir seorang insan memberi kata pujangga dan juga penyejuk hati

Aku tak pasti berkesan ataupun tidak cara insan itu
Akan tetapi aku persoalkan keberadaannya.
Mengapa dia, dan bukan orang lain?

Ah lupakan saja
Dia hanya mahu menolong, mungkin juga mendengar.
Bukan punya perasaan untuk kau, juwita.

Tapi aku dari dulu berharap yang aku tak akan bertembung dengan dia dalam mana-mana tugas mahupun acara.
Sebab aku risau lahirnya perasaan yang tak perlu dalam jiwa.

Tapi nak buat macam mana,
Allah telah aturkan segalanya. 
Nak tak nak, terpaksa jua bertemu muka.

Eh ni kenapa cakap pasal isu lain?

Nampaknya aku dah gila.


Oh ya, selamat hari raya !

Moga Ramadhan ini bukan yang terakhir untuk kita ;)






No comments:

Post a Comment

Feel free to comment :)

.