Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya dalam masa 3 tahun. Dan grad pada tahun 2020. Ameen
17 Ogos 2017

Apr 18, 2015

Bebelan Sempena Minggu Exam


Hello and assalamualaikum ! :)


Ya saya dah habis asasi, alhamdulillahhh~~ 

Sebenarnya, paper last hari isnin haritu pastu pungpang apa semua, sekarang baru rasa nak menulis. Baru rasa official, ye dak? Hahaha

So, kepada member2 yang dah habis final, yay kita geng!!!! Dan kepada yang sedang exam ataupun belum, lagi...emm emm mohon bertabah. Hehe

Rasa macam banyak gilaaaaaa nak cerita tapi, takpe...ada lagi 4 bulan lebih nak menulis. Rileks, rileks. Fuhhh (p/s:kengkawan, jangan jeles kay )

Disebabkan rasa tengah baik hati pastu sebenarnya gatal tangan nak menulis, maka disini ada tips2 menghadapi exam yang mungkin, kalian akan terlepas pandang. Mungkin ya, mungkin. 

1. Cover semua topik

Ya, aku yakin dan pasti semua akan berusaha sedaya upaya nak cover semua topik yang dia dah belajar. Tipu la taknak cover, betul tak? Maka, takkan yang ni terlepas pandang? Hey hey, percaya cakap aku. Akan ada satu point masa study tu yang akan rasa macam malas nak cover certain chapters ni sebab konon dah pakar, lepastu sebab baru belajar, benda tu still fresh la apa mende lagi entah. Akan ada ya anak-anak, akan ada.

Nasihat aku dekat sini, cover je semua. Even kau rasa kau dah pro kat topik tu, or even kau malas sangat sebab takde masa dah. Cover je. Belek sikit pun takpelah, asalkan kau tau basic setiap chapter, then benda tu takkan jadi masalah, insya Allah. 

Sebab apa aku cakap ni? Sebab benda ni pernah jadi dekat aku. Tapi masa final sem 1. Paper maths. Aku ingat lagi perasaan dia masa tu. Penyesalan, kau takpayah cakap lah. Nasib paper 1st. So, lepas apa yang dah terjadi dengan paper maths, aku punya semangat nak cover chapters untuk subjek lain menggunung. Hahaha. Itu hikmah benda tu jadi dekat aku. Untuk korang, baik jangan ambik risiko. 



2. Jaga kesihatan

Jaga kesihatan. Nampak mudah. Bunyi pun macam picisan je, kan? Tapi sebenarnya susah. Bukannya susah apa. Susah bila kau tengah sakit masa exam. 

Takpayah la mimpi nak mandi hujan ke, tak tidur 2 hari ke, merempit ke, takpayah. Aku ulang, takpayah. Ini namanya cari nahas sendiri. Apa kau ingat, kalau kau sakit, kau larat ke nak jawab exam tu nanti? Ewah2, takde maknanya. Rasa macam taknak pergi dewan peperiksaan ada lah. Masa tu mana nak fikir sangat pasal paper ni semua. Yang kau akan fikir nanti, bilik, katil, tidur. Sebab apa? Sebab penat, tak larat, rimas. 

Melainkan kau ada semangat yang tinggi dan berkobar-kobar untuk mencurahkan segala ilmu yang kau dapat untuk semester itu, maka silakan. Silakan menzalimi diri sendiri. 

Dan ya, aku cakap berdasarkan pengalaman. Bezanya, kali ni benda tu jadi masa sem 2 ni ha. Final yang bebetul final. Final untuk habiskan asasi. Final untuk masuk dalam upu. Final ya, final.

Paper maths jugak. Aku takfaham betul kenapa mesti paper math yang selalu bagi tamparan untuk aku. Mungkin sebab tu paper awal2 kot so, nak bagi pengajaran kaw2 punya untuk next papers. Masa tu kerja aku makan ubat, tidur, pastu bangun solat pastu tidur balik and so on. Belajar entah ke mana, aku pun tak tau. Pergi exam dengan keyakinan pada 2 chapter terakhir (sebab baru belajar.Lol) and the rest of it is history. 

Masuk exam hall, dapat paper, aku taktau lah kenapa aku chill je. Dalam chill2 pun, risau lah jugak. Maths ni subjek wajib upu kot. Gila tak cuak. Tahap kepasrahan aku masa tu dah mencapai langit dah aku rasa. Redha gila. Lantaklah result nanti keluar macam mana. Yang penting, aku dah buat yang terbaik, insya Allah. 



3. Betulkan niat belajar

Sebenarnya, aku nak sambung cerita atas tadi. 

Masa jawab paper math tu, aku mula sedar sesuatu. Aku dah dapat beza antara belajar sebab exam, atau belajar sebab akhirat. Atau lebih mudah lagi, belajar sebab Allah. Jawab je paper math, tapi kepala dah dok melalut fikir benda lain. Biasalah perempuan, overthinking. Hehe

Sekiranya kau belajar untuk exam. Kemungkinan memori tentang apa yang kau belajar tu sekejap je dalam kepala. Tapi lain pulak bila yang satu lagi. Yang ni, ilmu tu melekat lama sikit. Atau mungkin sampai bila-bila. So, bila tak study balik, kau akan ingat benda tu, especially bila ada kawan tetibe tanya soalan yang kita tak cover lagi. Tak rasa ke? Ke, aku sorang je yang perasan benda ni? Hmm

Anyway, cakap memang senang kan. Aku harap sangat lepasni niat belajar kita semua betul, ikhlas nak belajar. Tak merungut. Kalau tak tau tanya, bukan sombong je. Takde istilah malu dalam nak menuntut ilmu. Maksud aku, malu nak tanya. Malu nak tunjuk diri tu tak tahu. Buang semua tu. Kita tengah belajar kan? Tak menjadi masalah rasanya anak murid datang dekat cikgu. 

Yang negatif tu semua buang jauh-jauh. Kalau dah tau subjek tu lemah, tekankan lebih sikit. Kalau dah pro pulak, kasi up lagi. Belajar dari kesilapan. Apa guna semua kesilapan tu, kalau bukan untuk dijadikan iktibar? 

Last but not least, bila dapat result.

Bila dah dapat result nanti, bersyukur. Tak kiralah baik ke, tak baik ke, bersyukur. Sekurang-kurangnya kau dah lepas satu ujian dunia. Banyak lagi yang akan datang. Maka, bersyukurlah.

Kalau result okay, awal2 aku cakap tahniah. Teruskan usaha. Jangan dah dapat sekali, ingat yang lepasni akan datang bergolek. Takkan punya. Semua benda dalam dunia ni perlukan usaha. Faham? 

Kalau result tak berapa, tahniah jugak aku ucapkan. Senyum, sebab kau dah buat yang terbaik. Bak kata kak syahida,'Ingatlah, semua benda yang kita dapat, itu yang terbaik untuk kita.' Maka, aku yakin itu yang terbaik untuk kau. Percayalah dengan apa yang Allah beri :)

-----

Okay snap. Perghh panjang gila entri ni. Hahahaha nampak tak aku rindu nak menulis? Wuwuwuuuuu bae, tolong peluk I... T_T

By the way, I miss palam. I miss every single thing about it. Dan kesedihan tinggalkan asasi berganda-ganda daripada tinggalkan sekolah. 

Betul tak raudhah? Hee ;)

Till I write again, assalamualaikum.






















No comments:

Post a Comment

Feel free to comment :)

.