Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya dalam masa 3 tahun. Dan grad pada tahun 2020. Ameen
17 Ogos 2017

Nov 25, 2011

A Story About Trust


PERCAYA. Ya,di sini aku ada cerita tentang kepercayaan 
Ini cerita tentang aku dan mungkin kau

Mula sekali aku nak tegaskan yang bukan mudah nak mendapat kepercayaan aku ni 
bila aku dah percaya kat orang,
bukan mudah percaya tu nak hilang
dan ini kisahnya...

Masa ni aku kat sekolah. Aku ingat lagi hari itu hari Sabtu.
Lepas makan aku pergila balik dorm dengan niat nak iron baju prep,tudung semua
tapi bila aku tengok kat loker,baju prep aku dah tak ada
penat aku geledah loker aku tu tapi tak jumpa juga(loker dorm bukan besar sangat pun)
lepas tu aku terus check ampaian, bilik iron,semua bilik kat bawah tu aku check
then aku check dekat loker-loker dorm lain
loker yang berkunci?Aku kesah apa,barang aku hilang.
Semua orang yang aku jumpa aku tanya pasal baju aku tu
dalam proses tu,ada yang bertanya tapi aku buat tak tahu saja
bila dah tak jumpa baju,aku balik dorm
dengan mata yang sudah sedia sembap akibat,well,korang tau la kan
aku naik katil dengan baju kurung yang masih kat badan balik dari makan tadi,
dan aku tidur.
Bila aku bangun asrama sunyi semacam je (yela,aku kan escape prep)
yang tinggal akak-akak f4 yang tak balik
lepas tu aku kemas-kemas la katil kejap.
Ditakdirkan Allah,nila yang aku guna malam tadi tak simpan lagi
jadi,aku pergila letak dekat loker awam(tak ada tuannya)
nak tau tak?dekat situ la aku jumpa baju prep aku yang hilang tu!

Apa kena mengena cerita baju prep aku dengan kepercayaan?
nak tahu tak dia orang tanya apa kat aku?
"ko dah check dorm ko ke belum?"
Memang. Memang aku tak check dorm dari mula lagi
dan aku tak terfikir pun nak check dorm sendiri
macam menuduh kawan baik mencuri.
Macam tu lah yang aku rasa.
Sebab aku sayang dia orang
dengan sayang tu,aku percaya kat dia orang
sebab dia orang tau aku macam mana.
Tapi aku salah sebab
 in the end,baju prep aku jumpa kat dorm sendiri.
Kepada orang tu,aku tau kau yang ambil tapi aku buat tak tahu saja
dan aku layan kau macam benda ni tak pernah jadi.
Maka,aku harap sangat kau tak buat macam ni kat orang lain.
Dan maafkan aku kalau aku tak percaya kat korang.
Sememangnya kepercayaan aku ni bukan untuk calang-calang orang.

Korang tau tak benda ni jadi bila?
2 Oktober 2011. Bila ek? Entahla..

Assalammualaikum :)

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment :)

.