Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya tahun 2020. Dan grad dengan distinction. Ameen
13 April 2020 (Day27 of MCO)

Jun 3, 2017

Telefon Baru

"Bang Mal. Abang tak tengok lagi kan telefon baru Hana?Hehehe" Sengih Hana sambil menunjukkan telefon baru kepada abangnya itu. 

"Haa, ni mesti beli guna duit mama. Tak habis-habis menyusahkan mama. Ish ish ish. Patutlah mama sayang abang lebih." Balas Ajmal kepada adiknya sambil membelek-belek telefon berjenama Hippo itu.

Suka dia melihat Hana menarik muncung. Merajuk lah tu konon. Semalam dia baru sampai rumah dari universiti. Dia memang jarang balik berbanding rakan yang lain. Kebetulan adiknya, Hana turut berada di rumah sementara menunggu tawaran ijazah. 

"Mana ada. Hana guna duit sendiri tau. Duit elaun yang dapat masa matriks dulu. Tak susahkan mama pun." 

Ajmal hanya tersenyum. 'Dah besar adik aku ni.'Bisiknya dalam hati.

"Lepastu kan Bang Mal, telefon ni besar tau memory dia. Banyak dah Hana install. Ada Whatsapp, Telegram, Twitter, Tumblr, haa macam-macamlah. Mula-mula Hana install Facebook. Tapi sebab notification dia annoying sangat, Hana uninstall. Hehehe." 

Panjang lebar Hana bercerita. Bukan senang nak berjumpa dengan abangnya yang seorang ini. Itu yang membuatkan dia dengan penuh semangat bercerita kepada abangnya tentang perkara-perkara yang tidak berapa penting. 

"Amboi. Bukan main lagi dia. Tapi kan Hana,..." Kata Ajmal sambil memandang adiknya dengan pandangan serius. Sengaja menimbulkan suspens.

"Apa diaa?"

"Tapi, dah install Al-Quran belum? Waktu solat dengan azan sini?" 

"Erm, belum."

"Haa, patutnya bila dah dapat telefon baru, install yang tu dulu. Bukan benda lain. Faham?"

"Okay Bang Mal..." Balas hana dengan kepala tertunduk ke lantai. 

"Dah, takpayah nak sedih sangat. Pergi install sekarang."

"Baikk."


-------------------------------------------------------------------------------------------

Semoga dalam setiap nikmat yang dapat kita rasai, kita akan lebih menghargai Allah dan bersyukur ke atasNya  ;)


P/s: Abang Mal ni Ajmal Anaqi dalam cerita Tsabat. Hewhew









No comments:

Post a Comment

Feel free to comment :)

.