Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya dalam masa 3 tahun. Dan grad pada tahun 2020. Ameen
17 Ogos 2017

Apr 23, 2017

Tsabat (Bahagian 2)

Aku melihat sahabat-sahabat yang lain mengisi masa. Ada yang bertilawah. Ada pula yang sedang menghafal surah. Tak kurang ada yang tidur sementara menunggu masuknya waktu Zohor. Aku? Bersandar di dinding dengan buku nota yang terbuka. Penuh dengan catatan sewaktu pengisian pagi tadi.

Bukan mata tidak mengantuk. Tetapi kata-kata Akhi Sobri masih terngiang-ngiang di telinga. Bait-bait catatan di buku nota dilihat satu persatu. 

'Surah Al-Mutaffifin, 83: 14'

Tangannya langsung mencapai Al-Quran terjemahan yang diletak disisi. Helaian demi helaian diselak. Mukasurat 588. 

----


"Sekali-kali tidak! Bahkan apa yang mereka kerjakan itu telah menutupi hati mereka."

Akhi Sobri merenung satu-persatu wajah dihadapannya.

"Berapa ramai antara kita yang mahu berbuat kebaikan tetapi terasa berat? Nak buat solat sunat, malas! Nak berpuasa, takut tak larat! Nak baca mathurat, complain sebab panjang sangat! 

Mesti pernah jadi, bukan?

Kita kena lihat balik diri kita. Muhasabah diri. Berapa banyak maksiat yang kita telah buat? 

Kita dah hidup berapa lama? Okay. Katakanlah 20 tahun. Jadi, dalam 20 tahun kita hidup, berapa banyak maksiat yang kita telah buat? 

Banyak, ikhwah fillah. Terlalu banyak maksiat yang kita telah buat..."

Jeda.

"Sebenarnya dosa-dosa yang kita telah buatlah yang menutupi hati kita. Yang melemahkan diri kita. Yang mencipta alasan untuk kita. Yang menghalang kita berbuat kebaikan.

Jangan salahkan orang lain! Jangan salahkan syaitan! 

Tapi salahkan diri sendiri.

Sebab diri sendiri tak cukup kuat untuk melawan nafsu. Sinar di dada dah malap! Kurangnya cahaya! Sebab Islam belum lagi tertegak dalam diri kita!

Sampai bila kita nak terus melakukan maksiat? Dengan bahagianya bergelumang dalam kegelapan? Cuba tanya diri sendiri, sampai bila!?

Kalau macam ini lah sikap kita, sampai bila-bila pun Islam tidak akan tertegak di muka bumi."

---

"Ha! Termenung apa tu?"

Anaqi tersentak. Hadi yang mencuitnya tadi dipandang.

"Tiada apa-apa lah Hadi. Cuma teringat pengisian pagi tadi."

"Ohh. Dahlah, jom kita ambil wudhu'. Dah masuk waktu ni." Ajak Hadi dengan senyuman yang lekat di bibirnya.

Anaqi turut bangun bersama Hadi. Terasa lenguh kakinya akibat duduk terlalu lama. 

'Tegakkan Islam di dalam diri. Nescaya Islam akan tertegak di muka bumi'

Bisik hatinya sebelum mengikuti langkah Hadi.

















No comments:

Post a Comment

Feel free to comment :)

.