Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya dalam masa 3 tahun. Dan grad pada tahun 2020. Ameen
17 Ogos 2017

May 7, 2015

Langit...Masih Cerah (Part 4)


"Woi, lambat kau datang harini?" Tegur Aie kepada Aizat yang baru sampai ke pejabat. Nampak sangat kelam-kabutnya di situ. Tapi Aizat ni cool orangnya, jalan selamba pun orang tak perasan dia tengah berpeluh-peluh. 

"Yelah. Dah kau asyik buli isteri aku. Mana tak lambat."

"Ewah-ewah. Apa kena mengena pulak isteri kau dengan kau lambat?"

"Dah kau asyik suruh dia bagi hadiah dekat Ina. Lepastu memang pagi-pagi tu siap dah dia keluar rumah. Taknak Ina nampak katanya. Habistu sarapan memang aku buat sendiri lah. Tak kuasa aku makan dekat luar." Panjang lebar Aizat terangkan kepada Aie. Karang beritahu pendek-pendek, dia banyak tanya. 

"Hehehe. Aku minta maaf Aizat. Bukan selalu aku minta tolong Soleha. Kau tau kan harini hari lahir Ina. So, aku nak buat special sikit."

"Ha yelah-yelah. Kau tu penakut sangat. Lainkali, bagi sendiri depan-depan. Baru dia cair. Ni setakat acah-acah secret admire, baik tak payah. Dahlah, aku nak buat kerja. Ingat, jangan buli wife aku lagi! Kalau tak, aku patah-patahkan leher kau. Biar tak jumpa Ina. Baru kau tahu." Balas Aizat sambil melangkah ke mejanya.

Dalam diam, Aie setuju. Bila lagi nak mulakan langkah pertama? Sejak peristiwa 8 tahun dahulu, dia dengan Ina makin menjauh. Ina pindah ke Johor dan dia pula masih di KL. Kedua-duanya cuba untuk melupakan rasa di hati masing-masing. Segala hubungan diputuskan bahkan di laman sosial. Darah muda lah katakan. Asalkan boleh block, memang block habis. Lepastu tak dengar apa-apa berita, mula meroyan. 

Mula-mula memang perit. Aie mengaku kepada diri sendiri. Tetapi, jika perpisahan yang terbaik, maka biarlah waktu yang menentukan semua. Setelah dapat tahu yang Ina pindah ke KL dan kebetulan satu syarikat dengan Soleha, Aie rasa waktu inilah yang dia tunggu-tunggu selama ini. Waktu untuk 'comeback', bak kata sahabatnya suatu ketika dahulu.

Disebabkan itulah seminggu sebelum hari lahir Ina, Aie dah mula membuli isteri Aizat. Nak harapkan dia hantar sendiri kesemua coklat dan bunga ke pejabat Ina, malu. Tak bersedia lagi nak menatap wajah yang telah berjaya menambat hatinya. Dan hari ini, hadiah hari lahir Ina istimewa sedikit. Ada kek coklat, baby's breath dan kad. Disebabkan tarikh 25 April inilah Aie memberanikan diri untuk mengajak Ina makan malam bersama. Harap-harap Ina sudi terima ajakan orang yang telah melukakan hatinya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aie menunggu dengan penuh resah. Rasa-rasanya dekat kad tu dah tulis nama restoran dengan waktu sekali. Ke, Ina salah baca? Macam mana ni? Tapi normal lah kan tunggu perempuan. Biasalah diorang bersiap memang lama. Aie cuba memujuk hatinya. Hanya fresh orange yang dipesan sewaktu waiter datang walaupun perut minta diisi. Nak pesan makanan, nanti sejuk. Ina pulak tak sampai-sampai lagi. Keluh Aie sambil melihat jam di tangan.

*sejam kemudian*

Dah lama sangat dah ni. Aie sedar yang dia masih belum dimaafkan oleh Ina. Sedang dia bersiap-siap untuk bangun dan meninggalkan tempat itu, seorang gadis datang dengan penuh selamba dan terus duduk di kerusi bertentangan. 

"Dah lama tunggu?" Tanya si gadis.

"Eh, Ina."Aie terkejut bercampur geram. Namun, bibirnya dicuba untuk mengukir senyuman. Takpelah Ina. Lepas ni, nak denda aku macam mana sekali pun aku sanggup. Asalkan kau sudi terima aku kembali. 



bersambung...














No comments:

Post a Comment

Feel free to comment :)

.