Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya dalam masa 3 tahun. Dan grad pada tahun 2020. Ameen
17 Ogos 2017

May 5, 2015

Harapan


Assalamualaikum

Aku ingat lagi haritu. Atau lebih tepat lagi tengah hari tu. Kita tengah duduk, lepak-lepak dekat lantai dewan. Sembang macam-macam benda bila tiba-tiba, kita masuk satu topik ni. Dan korang somehow serentak pandang aku. Dalam 5-6 pasang mata pandang tepat ke arah aku. 

Pandangan itu. 

Pandangan yang penuh harapan, penuh keyakinan, penuh kepercayaan. Pandangan yang buat aku terasa berat dengan amanah, dengan tanggungjawab yang aku percaya korang tak ingat pun apa yang korang cakap dekat aku.

Siapa yang ingat, alhamdulillah.

Tapi satu je aku nak cakap. Aku ingat ayat tu. Ayat yang aku sentiasa simpan dalam hati. Dan selagi aku hidup, aku akan tunaikan apa yang korang minta. 

Semoga kita berjumpa lagi, sahabatku. 

Insya Allah, suatu hari nanti :)

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment :)

.