Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya dalam masa 3 tahun. Dan grad pada tahun 2020. Ameen
17 Ogos 2017

Apr 23, 2015

Langit...Masih Cerah (Part 3)

Pagi itu seperti biasa. Bangun, sarapan, kerja. Tapi yang menariknya pagi itu ada sekotak coklat Ferrero Rocher di atas meja. Mata melihat-lihat ke seluruh pejabat. Mana tahu ada hint tentang pemberi. Setelah tiada apa-apa tanda yang mencurigakan, Ina duduk. Matanya memandang kembali coklat yang cantik terletak di atas meja. Eh, ada kad. Kad itu dibuka.

'Buat Nur Syazlina, insan semanis coklat'

Kenapa aku rasa deja vu tiba-tiba ni? Ayat pada kad dibaca berulang-ulang kali. Sah! Sebijik macam ayat masa aku sekolah dulu tapi lain sikitlah. Takkan dia yang bagi? Mustahil. Kepalanya digeleng-gelengkan.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ina melangkah ke tempat duduknya di kelas. Pagi-pagi macam ini tak ramai yang datang lagi. Bawah meja dikemaskan apabila tiba-tiba tangannya terpegang sesuatu yang asing. Ina tersentak. 

"Siapa yang rajin sangat bagi aku coklat ni? Ke, salah meja?", Ina mengomel sambil membaca surat yang terlekat kemas pada coklat Ferrero Rocher itu. 

'Kepada Nur Syazlina, yang manis seperti coklat =)'

"Ehhhh. Apa benda dia merepek ni? Manis? Coklat? Aku? Ni lawak tahap dewa ni. Haih. Asal nak mengorat je, bagi coklat. Macamlah takde benda lain."

"Woi! Kau buat apa tu?!" Sergah Mira. "Ahaaaa, ada pakwe bagi coklat eh? Tak nak kongsi dengan aku ke? Yelah, kita ni mana ada orang minat, tak macam orang tu." Usik Mira sambil memuncungkan mulutnya. 

"Eh takde makna ada orang minat. Dah-dah, aku melayan kau ni, memang lambat lah ceritanya pergi perhimpunan. Jom gerak." Balas Ina sambil menarik Mira keluar. Mira ni, kalau dilayan, memang habis semua benda kena cerita. Uishh tak boleh-tak boleh. Selagi tak konfirm, kita simpan dalam-dalam. 

Semasa ketiadaan guru di kelas, Ina membawa surat pada coklat itu ke tandas. Setelah memastikan tiada sesiapa pada waktu itu, Ina membaca surat itu dengan pantas. Dapat tau pengirim pun cukup untuk membuat hatinya gembira. Buatnya kena tangkap dengan cikgu, nahas je. Bukannya dia tidak tahu, surat-surat cinta cukup suka dirampas. Eh, surat cinta ke pun? Perasan je aku ni. Tapi...suka. Hikhikhik

Senyuman di bibir cuba dikawal. Mira nampak ni, habislah, bisik hati Ina sambil bergerak ke pintu kelas. Sebelum itu, sempat dia memandang insan yang sedang berehat di belakang kelas, betul-betul di bawah kipas. Kepala dianggukkan, sebagai tanda terima kasih. Setelah dia yakin yang isyaratnya sampai, Ina duduk di sebelah Mira dan meneruskan pembelajaran pada hari itu seperti biasa. 





bersambung....









No comments:

Post a Comment

Feel free to comment :)

.