Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya dalam masa 3 tahun. Dan grad pada tahun 2020. Ameen
17 Ogos 2017

Feb 19, 2015

Kawan Baru


Kakngah cakap, 'Makin besar, makin kita jumpa ramai orang.'

Kakngah yang cakap. Aku yang dengar. Dan aku simpan ayat tu sampai sekarang...



Kadang-kadang aku rasa seolah-olah aku diberi kunci. Diberi peluang. Bukan sekali, tetapi berkali-kali. Peluang untuk mengenali orang lain. Peluang untuk mendengar kisah mereka. Peluang untuk bergaul dengan manusia yang aku tak pernah jangka.

Peluang. Ya, peluang.

Sejak masuk 2015, makin ramai orang yang aku kenal. Kalau tahun lepas, aku masuk plkn. Lepastu masuk palam. So tak kisahlah kalau dapat kawan baru. Kau memang perlukan kawan baru, sebab dekat tempat yang baru. Sekarang ni dekat palam je kot. Tak pergi mana-mana. There's no reason no meet someone new. 

But then again, aku telah diberi peluang. Bagus jumpa manusia lain ni. Sangat bagus. Rasa macam nak jumpa dan sembang berkali-kali walaupun kenal tak sampai sehari. 

Yeay. It rhymes! hahahaha

Ada satu petang ni, masa nak pergi dinner, aku dengan ann lepak kat surau kejap sementara nak tunggu masuk dewan. Lepastu terjumpa dengan member sekolah ann. Nak dibuat cerita, aku macam pernah nampak member ann ni, tapi aku diam jelah. Sebab takut salah orang. Lepastu sembang punya sembang, tetiba dia cakap yang dia macam pernah nampak muka aku. See? I'm sooo not mistaken. Tapi masalahnya kitorang tak pernah jumpa. Sebab dia orang johor pastu aku orang perak. Ate cemana tu? Hahaha

So, konklusi aku dekat sini ialah.....mungkin roh kitorang pernah bertemu, dan bukannya jasad. Mungkinlah, mungkin.

So, people out there, whom I never meet. Jika diizinkan Allah, kita pasti akan bertemu. 

Dan kepada mereka yang aku baru kenal, terima kasih banyak2...sebab sudi melayan jiwa ini. 

Kehadiran kalian membuatkan saya gembira :)

Till then, assalamualaikum






No comments:

Post a Comment

Feel free to comment :)

.