Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya dalam masa 3 tahun. Dan grad pada tahun 2020. Ameen
17 Ogos 2017

Nov 9, 2014

Tanda Tanya

Assalamualaikum (waalaikumussalam)

Pernah tak tertembung dengan seseorang lepastu korang pun macam blank kejap sebab muka tu memang familiar tapi still tak dapat nak cam dia siapa? 

Pernah tak?

Aku rasa benda ni memang semorang pernah rasa, termasuklah manusia yang sedang menulis ni. Hohoho

Cuma bezanya aku, aku dah dapat tau siapakah gerangan insan yang menjadi tanda tanya ni. Ewah



Alkisahnya bermula masa aku daftar dekat uitm puncak alam. Sepanjang aku belajar dekat sana, aku selalu nampak seorang perempuan ni. Muka dia memang aku rasa aku pernah kenal. Tapi bila aku try buat eye contact, dia punya ekspresi macam dia tak pernah kenal aku langsung.

Nak cakap selalu tembung, tak lah. Tapi memandangkan dia jugak asasi sains sama macam aku...so yeah. Nak dibuat cerita, kebetulan dia satu blok dengan aku. Haaa nampak tak permainan dekat situ?

Usha punya usha, perhati punya perhati, dah naik jenuh jugak aku fikir mana aku pernah nampak insan ni....sampai lah habis sem 1. 

Lepastu semalam ada exam muet. And guess who is taking muet that day too? Ya, budak perempuan tu pun ambik muet dekat sama tempat dengan aku. See? Banyak jodoh kitorang ni. Hahaha

Dan aku taktau macam mana tapi lepas habis paper 1st, aku dengan dia boleh lepak sesama dekat kantin. Sebenarnya, aku, dia dan 3 orang yang lain. Hahahaha but that's not the case.

Aku tanya lah nama dia siapa. Dan bila dia jawab nama dia Fauziah Gous(bukan nama sebenar) aku cuma boleh cakap "oh". Padahal masa tu otak aku tengah berputar 360 darjah sebab nak tau kat mana aku pernah dengar nama ni.

Then disebabkan ada pepatah yang cakap "malu bertanya, sesat jalan", aku pun dengan terus terang tanya dekat dia...

"Aku pernah nampak kau dekat mana eh?"

Dengan wajah penuh meyakinkan, dia cakap yang dia takpernah nampak aku. Mungkin muka dia muka familiar, tambahnya lagi. Ewah

Masa tu aku punya tahap kecewa takpayah cakap lah. Sedih woo... Apasal aku boleh cam orang, tapi orang tak cam aku ni?

Lepastu sembang punya sembang, masuk pulak topik kau-sekolah-mana-dedulu. Maka, bila dia dapat tau aku sekolah smka slim river, dia punya "ooh" tu lebih kurang 4 harkat panjangnya. Hahaahahha

Rupa-rupanya, dia dulu pernah masuk sekolah aku masa form 1. Tapi sekejap je sebab dia pindah sekolah lain masa form 1 jugak. Dan aku sekarang dah nak sem 2 asasi dah pun. Boleh kira tak berapa lama kitorang tak pernah jumpa? Lololol

Mula lah aku nak puji diri sendiri sebab betapa aku boleh cam dia dalam masa yang begitu singkat. Wakakakaka

Otak manusia memang sangat hebat. Tengoklah siapa Sang Pencipta. Heee~

Okay, itu cuma selingan. Apa-apa pun, akhirnya misteri dah terungkai dan aku boleh tidur lena. Ewah



P/s: Dia tak perasan pun sebenarnya kewujudan aku dekat palam. Aku sedih. kbai





No comments:

Post a Comment

Feel free to comment :)

.