Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya dalam masa 3 tahun. Dan grad pada tahun 2020. Ameen
17 Ogos 2017

May 23, 2014

Hero. Mesti baca ! Mesti !


Assalamualaikum semuaaaaa :)

Ya, waalaikumussalam.  Pandai aku jawabkan. Hehe

Okay, terus kepada topik. Di sini aku nak promote novel Hero karya Hilal Asyraf. Kenapa nak promote? Tetibe je nak promote buku kannn... Sebelum ni takde pun.





Alkisahnya, aku baca novel Hero ni dalam bulan 12 yang lepas; sebelum aku masuk plkn. Yelah, sesaja nak brainwash diri sendiri. Wakaka

Lepas dah habis baca dan mengetahui betapa awesome-nya buku ni, aku mula tertanya, 


WHY IN THE WORLD TAKDE SIAPA PROMOTE BUKU NI KAT AKU ?!

Novel sebaik ini patut dipromosikan secara meluas seperti novel-novel urban sekarang, if you know what I mean. Lewls

Novel hero ni yang bestnya, of course la nilai-nilai islamik tu ada tapi bagi aku, tak terlalu berat. Aku enjoy baca. Cara penyampaian yang mudah buat aku senang nak faham mesej dia. 

Lepastu yang menariknya, aku bukan jenis manusia yang suka baca buku jenis fiksyen macamni. Dan bila aku berjaya baca, malah jatuh cinta dengan gaya penulisan dia, so yeah, it was a bonus. 

Maka rakyat jelata sekalian, siapa yang tak baca lagi buku ni, cepat-cepatlah beli di mana-mana kedai buku berhampiran. Ewah 

Atau pinjam je kat sesape. 

Dan kalau korang nak baca online bab-bab awal, boleh klik dekat sini

Oh ya, terima kasih kepada kakngah sebab beli novel ni. Jasamu kukenang. Hoho

Okayyy, till then, selamat membaca dan assalamualaikum ! :)


P/s : Takdir dah habis baca. Sekarang nak baca Takdir 2. Hikhik^^






No comments:

Post a Comment

Feel free to comment :)

.