Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya dalam masa 3 tahun. Dan grad pada tahun 2020. Ameen
17 Ogos 2017

Mar 20, 2014

So Long And Goodbye

Hello dan assalamualaikum :)

Buat pengetahuan korang, aku sekarang bergelar alumni plkn. Wakakaka XD

Mula-mula datang bapak malas gila ah. Sebab dah tau life kat sini mesti macam asrama; kena bangun awal, makan berjadual, basuh baju sendiri dan lain-lain.

Pastu aku okay lagi la dari orang lain yang memang tak nak langsung masuk plkn ni. Maka, pada 4 Januari 2014, hidup aku kat plkn bermula...


Okay. Ni sebenarnya gambar masa hari last. Kuang3


Ditempatkan dalam kompeni Bravo yang berwarna biru, which is my favourite. Serta dalam dorm Alamanda, PK5, KN2 dan KI1. Budak-budak plkn je yang faham apa aku cakap ni. Muehehe

Gambar satu kompeni memang aku takde, which is very sad. Tapi, gambar satu dorm aku ada. Nak dijadikan cerita, dorm Alamanda johan pertandingan keceriaan. Wakakaka. Memang kitorang happy gila ah. Dahla jadi dorm wanted. Sekali, menang. Hamek kau


Muka semuanya gembira tak terkata. Luls~


Dalam dorm

Pastu kitorang kat sini ada pilihanraya kecil dan aku jadi media. Memang geng-geng media semua kaki gosip. Macam-macam cerita kitorang buat. Hahaha. Kesian dekat calon-calon yb.


Nampak tak yang tag aku warna kuning? Ha, itulah media. Kawan aku kat kiri dan kanan ni pulak spr. Baju oren nama dia Dila, baju merah nama dia Mun.


Bawah ni gambar-gambar masa duty hari minggu. Sempat lagi kan kitorang bergambar. Hahaha

Dari kiri : Umi, Foo, Qila


Banyak lagi sebenarnya tapi, 2 pun cukuplah kan? Untuk bagi idea pasal apa sebenarnya yang ada dalam plkn ni.


Dan inilah insan-insan yang selalu lepak dengan aku kat sini :)








My buddy, Rosazilah :)



Dear Rai, Dila, Jujue, Pika, Epah, Aina, Mun and Ilah, I'll miss you guys,big time :') 

Dan tak dilupakan, Cikgu Jem yang terchenta. Hebat hebat hebat ><


Selamat tinggal Kem PLKN Desa Rimba, Chenderoh, Kuala Kangsar serta wira dan wirawati kum 1, siri 11, 2014. Terima kasih untuk segala memori. This is truly one of the greatest things that happened in my life.

P/s : Keputusan SPM apa cerita? Just wait and see...

Till then, assalamualaikum and may we meet again :)



No comments:

Post a Comment

Feel free to comment :)

.