Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya dalam masa 3 tahun. Dan grad pada tahun 2020. Ameen
17 Ogos 2017

Dec 25, 2013

Expect The Unexpected

'Kenal tuan punya blog? Well, dia haku punya.'


Assalamualaikum :)

Well, since dah lama tak buat entry emm emm okay takdelah lama sangat but hey, aku kat sekolah lama gila kot pastu lepas ni nak masuk plkn pulak so, give me a break! 

Oh, okay. Lupakan aku yang menggila sebentar tadi. 

Haritu tengah duduk kat sebelah kaklong dalam kereta masa on the way nak balik rumah dari kerja, kitorang sembang-sembang to kill time gitu. Masuk macam-macam topik pastu tetiba aku bukak satu topik ni. Pasal macam mana apa yang aku nak aku boleh dapat. Kebanyakannya pasal makanan la. Dan lebih kepada Allah Maha Mendengar sebenarnya. ;)

So, memang aku berniatlah nak ceritakan peristiwa-peristiwa best ni. Hohoho

Peristiwa pertama :

Waktu tu dalam tengah hari tak salah aku. Aku masuklah dapur dengan senang hati sambil tanya mama buah apa yang ada kat rumah. Pastu mama cakap ada oren dengan anggur. Pastu aku bising-bising pasaipa beli buah-buah ni sebabnya semua boleh dapat kat dewan makan asrama. Belilah pelam ke, durian ke, lain sikit. Haih, agak kurang ajar kan, tapi aku cuma menyuarakan pendapat. Hikhik

Pastu petang tu masuk lagi dapur. Aku ternampak sesuatu yang bersinar-sinar keemasan gitu kat atas kabinet. Bila datang dekat, rupanya pelam. Hakhakhak. Bila tanya mama, mana dapat pelam ni, mama cakap abah yang bawak ke beli ke aku tak ingatlah. 

Taktaulah abah terdengar ke apa, tapi aku memang bersyukur sebab rumah I dah ada buah pelam you! Muahahaha

Peristiwa kedua : 

Masa tu kat dalam bilik prep tengah nak buang-buang masa sambil tunggu pukul 3 nak pergi bilik gerakan. Sebabnya, kitorang kena prep kat situ. Pastu aku tengah stress ke amenda angin yang datang kat aku, tetibe aku cakap kat kawan aku, "Weh Dila, aku rasa aku nak makan aiskrim la."

Then, kitorang pun pergilah bilik gerakan. Aku, masa tu memang takde mood lalu mengambil tempat yang belakang sekali. Lagipun aku lambat time tu. So yeah, faham-faham jelah semangat bebudak nak spm kan, tempat yang depan tu dah penuh dah. Then, Sir Zul merangkap penolong kanan sekolah datang bawak dua bekas aiskrim dengan roti. Aku masa tu dah keliru sama ada nak teruskan bermoody sambil makan aiskrim or, melompat macam kanak-kanak riang sebab apa yang aku nak dah ada depan mata. Aku pilih yang kedua. Cuma, aku tak melompat, aku mampu senyum je. Lewls

Peristiwa ketiga :

Masa ni kat tandas asrama. Tengah sembang-sembang tetibe aku cakap kat kawan aku yang aku nak makan spageti. Gila lidah barat lah aku ni. Hakhakhak. Boleh pulak kan sembang kat tandas cakap pasal makanan. Time tu rasa nak lempang diri sendiri pun ada gak. Kekeke

Pastu petang esoknya, masuk bilik prep kat asrama, tetibe Piqa cakap yang Madi ada pelawat pastu mak dia masak spageti. Then, dia ada simpan sikit untuk kitorang makan. Time tu aku dah rasa macam oh apakah? diselitkan dengan rasa bersyukur dan terima kasih sesangat kat madi. :)

Peristiwa keempat :

Kat sekolah jugak. Masa prep petang dimana blok Form 5 sunyi gila. Aku pun tak faham kenapa. Sambil-sambil nak ambik mood yang dah hilang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa, ternampak Teacher Izy keluar tandas kat blok seberang. Angin apa datang kat aku, aku lari pecut terus naik blok tu sebab nak kejar teacher kot-kot teacher dah takde kan.

Then, rupa-rupanya Teacher Azlina pun ada kat situ. Sembang-sembang lah dengan diorang. Lebih kepada meluahkan perasaan sebenarnya. Lewls. Pastu, Teacher Azlina cakap, "Farhana, kalau nak pape, cakap je. Kalau saya boleh bagi, saya bagi." Aku pun tengah sewel-sewel kat situ boleh pulak terbayang pizzahut. Perghhh omnomnom. So, aku mintaklah pizza. Hehehe. Mengada-ngada kan aku ni. Banyak songeh pulak tu.

Teacher Izy dengan Teacher Azlina buat muka terkejut. Aku pun dah blur. Rupa-rupanya tadi diorang pergi jamuan form 3 pastu ada tapau pizza sikit. Bukan pizzahut lah, pizza bakeri biasa je but still, pizza kan? Maka, dah memang rezeki aku tertulis haritu, aku pun dapatlah pizza tu. Hikhik
Sebenarnya pizza tu untuk cikgu lain, tapi sebab kesian tengok aku, cikgu pun bagi je lah. Hmm. Besar jasa cikgu kat aku :)

Moral of the story is, Allah Maha Mendengar. Thats why lah kita selalu dengar apa yang kita cakap tu doa. It really is. So people, do expect the unexpected.





No comments:

Post a Comment

Feel free to comment :)

.