Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya dalam masa 3 tahun. Dan grad pada tahun 2020. Ameen
17 Ogos 2017

Aug 18, 2013

Senyumlah Wahai Hati



Salam alaik wahai manusia sekalian alam...

Jujurnya, aku rindu untuk menulis. Well, writing has been my passion lately. Lol. Sejak bila nyah? Entahlah.

Tahun ni raya rumah baru. Alkisahnya, internet ni memang petang tadi baru nak pasang. So yeah, baru ada peluang nak menulis lah ni. Chill lah beb. Rindu ke hapa? 

Tadi ada baca satu blog ni. Erm, memang kau benci aku ke macam mana? Sebabnya, aku dah tak pasti apa yang aku rasa. Nak kata aku ni tak berperasaan, tak jugak. Tapi, orang selalu cakap aku camtu. Salah akukah untuk mengetepikan perasaan yang tak perlu ada? Ya, aku sedang backup diri sendiri. I don't do this for fun, I do this for pride. 

Ni lah masalah orang perempuan. Suka tak nak cakap apa yang dia rasa. Sampai aku yang sama jantina ni pun rasa nak hentuk kepala kat dinding jutaan kali. Apa kau ingat senang ke nak fikir masalah kau? Apa yang kau tak suka? Apa yang kau nak? Susah tahu...
Aku ni dahlah jenis yang straight forward habis. Memanglah aku susah nak faham. Lagi-lagi bila diam seribu bahasa. Satu patah aku tanya, satu patah kau jawab. Cuba cakap betul-betul, terus terang kat aku apa salah aku, apa yang kau tak suka. Bukankah kejujuran itu yang terbaik? Walaupun aku tahu benda tu susah gila nak buat memandangkan tiap kali aku nak approach kau...err apa mat saleh cakap? Cat got my tongue? Ah, lebih kurang gitu la.

Kau tak rasa peristiwa 2012 berulang kembali ke? Atau dalam kes kau, 2011? Kau pernah rasa kan bila orang buat macam tu? Kau tak kesian ke kat aku ni? Kau ingat tak tahun lepas yang aku menggila kat kelas lepastu kau pegang tangan aku sejuk gila pastu kau tanya kenapa lepastu.... ahh lantaklah. Kau pun mungkin dah lupa. Hari tu bukan penting pun. Macam tu lah aku. I'm the same old me. The same freak yesterday and today. Oh, mungkin kau bencikan aku. Aku yang aku. Kau takut kau akan membenci, so thats why kau menjauh kan? Kan?

Tapi aku....aku sukakan farewell. Aku pernah cakap kat kau kan yang perpisahan ada dua, dan dua-dua menyakitkan sebenarnya. Satu, yang lembut sikit dengan mengucapkan selamat tinggal. Dan satu lagi, yang kasar which is menghilangkan diri dengan tiba-tiba. Aku tak tau kau sedar ke tak, tapi kau pilih jalan kedua....and it hurts a lot.

Aku tak kuat. Aku tak pernah pun kuat sebenarnya. Cuma, aku bersyukur sebab ego aku yang tinggi melangit ni mengelakkan aku dari bersedih di khalayak ramai. Maka, jangan ingat aku ni gembira bila kau tiada. Kau salah bila kau fikir macam tu. Aku ulang, kau salah.

Dah habis dah apa yang aku nak cakap. Banyak lagi sebenarnya, tapi cukuplah untuk kali ini. Aku tak tau apa kau rasa bila kau baca ni. Mungkin sayang aku atau mungkin membenci aku lebih dari sebelumnya. Well, I'll take my chances. 


'Aku boleh jamin, jika kau berjalan ke arah aku selangkah, aku akan lari ke arah kau seribu langkah' - farel





P/s : Don't make me cry on my birthday, please ?








No comments:

Post a Comment

Feel free to comment :)

.