Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya dalam masa 3 tahun. Dan grad pada tahun 2020. Ameen
17 Ogos 2017

Jun 9, 2013

Oh Lega


Salam alaik dan hello hello. 

Esok balik sekolah ! Yay "seronoknya" ! Hahaha. Senyuman palsu disitu. Oh wait, sekarang dah pukul berapa? So, in less than 24 hours aku akan selamat berada di hostel. Wow. Tak sabar rasanya. Puiii~

Menjelang minggu terakhir cuti, kau boleh nampak betapa kelamnya budak sekolah nak siapkan homework yang bertimbun termasuklah geng-geng tingkatan lima nak siapkan kerja projek addmath. Kuang3. Btw, asal nama dia kerja projek eh? Terasa mahu komplen disitu. Tapi, takpelah. Don't sweat the small stuff right? 

Okay, back to business. Hari rabu minggu ni jugak lah tetiba adrenalin nak menyiapkan folio addmath meningkat. So, aku mulakan pagi dengan membuat rough sketch. Maka, nanti senang terus je buat takpayah nak edit bagai. Pastu malam tu, facebook penuh je dengan orang kecoh-kecoh pasal folio. Sengal je. Aku, sebab nak tanya member pasal benda tu, sanggup korek gambar dia tengah buat folio tu la kan pastu komen memacam. Semua benda aku nak tanya. Kesian diorang yang terlibat dalam sesi komen-mengomen, pening nak jawab. Haha.

Aku, dah start buat projek ni, bajet-bajet nanti esoknya la siap. Yela, bila lagi nak berjimba sebelum ke hostel? Ce jawab, ce jawab. Takde masa dah. So, selepas berhempas pulas bertanya soalan-soalan cemas di facebook dan twitter, melihat contoh contoh folio yang separuh siap, calling calling member jutaan kali, kerja projek addmath aku siap jugak. Hooray ! Yippie ! Tapi....siap hari jumaat. Off bajet lah katekoo. Aku kira kira dengan poyonya, aku buat folio tu dalam 54 jam jugak lah. Haih. Lepas beban aku sedebuk.

Kejap folio, kejap kerja projek, korang mesti pening kan. Tu laa. Siapa suruh nama panjang sangat. KERJA PROJEK ADDMATH konon. Puih. Cakap je la folio ke, apa ke. Kurang sikit rasa beban mendengarnya. Apepun, aku punya dah siap. Simple lagi tu. Haha. Aku dapat bayangkan kawan aku menjerit sikit bila tanya "Qila, kau buat macam ni je?!" Lololol

Tapi tapi tapi....ni baru sikit. SPM belum lagi woiii. Sesak fikir. Ni belum nak kaitkan dengan trial yang sejengkal je dekatnya dengan aku. Okay itu tipu. Sejengkal? Emm emm. Taktau lah. Dahlah trial time birthday. I tak suka tau birthday I tak sambut ni. Dahlah jatuh hari rabu. Kalau time hujung minggu, bolehlah jugak buat suara comel mintak parents datang melawat pastu pura-pura surprise kalau ada kek. Hoho. Derhaka punya anak. Tak mau. Tak mau. I nak espiem tahun ni. Nak pergi luar negara. Ecewah.

Cakap pasal luar negara, aku boleh terima lagi kalau ada manusia menghasut aku untuk tidak menjadi doktor. Okay, fine,aku cool. Tapi, masalahnya disini bila dia pulak promote aku untuk jadi engineer macam dia. Hok aloh. Kau ingat aku suka nak sentuh enjin bagai ni? No no no. Aku prefer tengok saluran darah, jantung, tengkorak, otak dari sentuh benda-benda robotik ni. That is so not my thing. Okay, itu satu. Then, dia hasut aku untuk belajar kat sini je. Alaaa, nak main salji tu pastu buat snowman pastu baling baling kat orang. Malaysia takde semua tuu. Lain lah kalau kau pergi snow world. Tak main ah salji buatan ni. Tak feel doh.

Okay, kita dah lari topik disini. Alkisahnya, nak cerita pasal kerja projek ni je. Hoho. Tu lah, siapa yang bukak topik ni? Kau kan? Eh, aku pulak? Oh takde takde. Bukan aku...

Till then, kalau cari aku, aku takde. Aku kat hostel. Hostel tu bagai rumah ketiga. Eh? 
Salam :)






------


"Yang ailurophobia ni, betul ke kau tak suka kucing ni? Hmm, nasib kau lah aku suka bela kucing."










No comments:

Post a Comment

Feel free to comment :)

.