Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya dalam masa 3 tahun. Dan grad pada tahun 2020. Ameen
17 Ogos 2017

Apr 28, 2013

Lipas Terbang



Assalammualaikum semua~
Ecewah. Poyo pulak aku malam ni kan? Lol
Dah 4 minggu tak buat post. Rindu seyh. 

Alkisah lipas terbang bermula pada malan yang indah nian. Tatkala jarum panjang sudah menunjukkan angka 11 dan jarum pendek pada angka 1. Dua orang gadis jelita sedang mengerah tenaga membasuh baju di tandas hostel. Eh jap. Bukan tandas yang tempat membuang tu. Tempat basuh baju la. Takkan tak tau kot.

Masa tu dah nak siap dah basuh baju. Lepas tu, satu demi satu lipas muncul. Time tu aku dengan member aku steady lagi. Okay la. Lipas je pun kan. Then sampai ada 4 ekor aku rasa lipas ni keluar dengan kerabat ke teman sepermainan ke aku tak tau lah. Masa ni memang kami mengambil langkah berjaga-jaga.

Sekali, lipas tu sekor-sekor dia terbang kat toilet tu. Kitorang ni dah macam main bola beracun dah. Elak sana, elak sini. Memang jerit sakan la ceritanya. Perempuan weh. Nak keluar toilet tu, urusan tak habis lagi. Kesian la kat member aku. Dia boleh je keluar, tapi dia tunggu aku. Hehe

Pastu, sekali tu, member aku pandang aku sambil dia cakap,'Qila, jomlah keluar. Lipas dah banyak dah ni..' Time-time tu jugak aku nampak ada sekor lipas ni hinggap kat dia. Terkaku aku masa tu. Dia pun macam tau-tau je kat badan dia tu lipas. Fuh, berlari kemain laju lagi. Kekeke~

Lepas tu kitorang kelam-kabut keluar dengan baldi dengan baju baru lepas basuhnya. The end. Kuang3

Okay. Cerita ni sakai. Hahaha. Papepun, aku tak suka lipas terbang. Sekian~

-----------

"Qila, form 5 memang kecik macam ni eh?"

kaklong                   

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment :)

.