Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya dalam masa 3 tahun. Dan grad pada tahun 2020. Ameen
17 Ogos 2017

Jan 1, 2013

2013 It Is :D




Saat aku menulis entry ini, jam sudah pun menunjukkan pukul 12:34. So, yeah aku lambat setengah jam. Lol.

Esok nak balik asrama dan betapa enggannya diri ini untuk mengaku yang aku bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia atau nama glamournya SPM. Wuwuwuuu Takmo takmo

Dan, malam yang penuh berkat ini juga terdapat manusia yang spoil mood aku. Thanks a lot. Tak lupa juga kepada siaran tv3 kerana tidak menayangkan cerita feveret aku iaitu Merlin dan menggantikannya dengan Kungfu Hustle yang mungkin sudah berjuta kali ditayangkan di kaca televisyen.

Wahai manusia sekalian, dengan ini saya ingin mengumumkan bahawasanya, saya tidak bersedia untuk memerah otak mahupun mencerna mana-mana pelajaran kerana saya malas belajar. Ditambah juga dengan beberapa insan tersayang yang tidak mahu memberi sebarang galakan. Kau lupa aku kah?

Maka, this is the worst new year ever. Noted by me.

Assalammualaikum. 

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment :)

.