Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya dalam masa 3 tahun. Dan grad pada tahun 2020. Ameen
17 Ogos 2017

Dec 3, 2012

Antara Suka dan Sayang

Hai awak, awak, awak, dan awak ! :)

Eh. Betul ke aku eja awak ni? Macam pelik je. Hahaha
Oh. Tak lupa juga, assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 
Ha. Jawab jawab. Wokeh
Disebabkan ke-excited-an yang melampaui batas, aku nak memperkenalkan korang kat satu quote ni. Bagi yang pernah dengar dan tahu, sila buat-buat tak tahu. Grasias.


' Lagi senang suka orang dari sayang '


So? Amacam? Pernah dengar tak? Aku bet ramai je yang pernah dengar semua ni atau yang lebih kurang je tapi makna sama lah. 
Dulu aku jadi pembantah nombor satu kat quote ni. But then, ada lah makhluk-makhluk bergelar rakan yang berjaya mempengaruhi minda aku yang memberontak ni untuk setuju dengan kata-kata mutiara tu.

Okay. Macam ni lah kawan aku cakap.
Kau nampak orang tu macam handsome, macho, cantik, cun etc lepastu kau suka. See? Senang kan?
But then, untuk kau sayang dia memang tak lah sebabnya mungkin insan itu ialah mana-mana jejaka atau gadis yang kau jumpa kat kenduri kawan kepada bapak korang ataupun kat tepi jalan ke...
Tak akan ada harapan untuk jumpa dia lagi melainkan korang ada jodoh or something like that la. 

Apa aku nak cakap sebenarnya ialah, sekarang ni aku memang against quote tu. Sangat sangat menentang bagaikan seorang parti pembangkang yang berjaya menentang kerajaan. Tapi, bagi kes di sini, aku tentang quote ni.

Mine is, lagi senang nak sayang orang dari suka. 
Kenapa? 
Well, this is simple.
Kau boleh tak suka seseorang tu atau lebih kejam lagi membenci dia sebenci-bencinya tapi kalau kau tahu ada orang nak bunuh dia, kau selamatkan tak?
Kalau aku, aku akan jawab ya. 
Aku tak tau kenapa nak bagi contoh yang sangat hiperbola ni tapi, 
aku lebih senang nak sayang orang sebenarnya. 
Sayang keluarga, rakan, saudara-mara, kaum kerabat dan tak dilupakan, warga twitter. Hahaha lol
Lagipun, kita sesama Islam kenalah sayang-menyayangi ye idak? 
Hahaha okay aku dah takde bahan. Dah lupa nak cakap apa.

So, siapa yang nak bantah aku, silakan.
Memandangkan aku jugak seorang pembangkang, mungkin kita boleh jadi geng untuk benda lain? Hahaha
Sebelum aku merepek dengan kemerapuan yang jelas lagi nyata ditambah lagi dengan ikan kerapu yang mungkin sedap dibuat lauk,
Maka assalammualaikum :)




No comments:

Post a Comment

Feel free to comment :)

.