Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya dalam masa 3 tahun. Dan grad pada tahun 2020. Ameen
17 Ogos 2017

Jun 10, 2012

Selamat~

Assalammualaikum,
Niat sebenar aku buat post ini adalah untuk kau baca tapi memandangkan aku malu dan takut serta tak tau nak cakap apa maka aku diamkan saja.

Mula-mula sekali, terima kasih sebab sudi jadi kawan aku selama ni. Terima kasih sebab kau sanggup datang rumah aku semata-mata nak bagi domopink itu. Terima kasih sebab kau sudi call aku malam kejadian itu. Terima kasih sebab percaya kat aku dan cerita apa yang dah berlaku dalam hidup kau. Terima kasih sebab hadir malam ulangtahun kelahiran aku dan bagi domo besar. Terima kasih sebab kau tak pernah nak marah aku sebab kacau kau. Terima kasih sebab kau layan je kerenah aku. Akhir sekali, terima kasih banyak-banyak sebab kau masih sedar kewujudan aku :)

Mungkin bagi kau, benda tu semua remeh je. Tapi bagi aku, beberapa bulan kenal kau sudah cukup untuk buat aku puas. Puas sebab aku kenal orang macam kau. Puas sebab aku gembira. Puas sebab aku bahagia. 

Aku tau, kau dah agak semua ni jadi kan? Oleh itu, aku tak marah sebab aku faham. Tak perlu kau tau macam mana aku faham. Aku memang faham. Kalau kau tak faham apa aku cakap, kau abaikan saja. Sejak dua menjak ni, aku sudah jadi gila.

Maka, walaupun aku dah cakap kat kau hari tu, tapi TAHNIAH sekali lagi sebab dapat masuk ALAM :)
Sungguh aku tak sangka. Kau dah besar rupanya kan? Kau akan belajar dan kau terus bekerja. Mungkin kita dah tak dapat nak jumpa lagi. Mungkin aku dah tak nampak kau online dah lepas ni. Mungkin kita tak akan dapat borak lagi. Tapi, kita kawan lagi bukan?

Pesanan aku untuk kau :-

- Jaga diri elok-elok, jangan buat benda bukan-bukan ^^
- Belajar rajin-rajin dan ingat, itu masa depan kau. Kau mungkin tak dapat peluang macam tu dah.
- Kat sana, contact mama selalu, papa pun sama. Diorang sayang kau. Diorang nak tau, anak diorang ni sihat ke tak.
- Agama jaga. Solat jangan lupa.
- Semoga Allah permudahkan urusan kau :)
-Jangan lupa aku !
-Kau dah kerja nanti, gaji pertama, lai lai~
-Kahwin nanti, jemput la wei. Aku tak kira. Nak datang jugak. Hehehe :)
 
Sebelum tu, disebabkan kau masuk awal dan aku tak dapat nak contact kau, maka Selamat Hari Lahir! :D
Maaf takde hadiah macam kau. Aku tak tau nak bagi apa. Itu je kot. Till we meet again, insyaAllah. Assalammualaikum :)

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment :)

.