Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya tahun 2020. Dan grad dengan distinction. Ameen
13 April 2020 (Day27 of MCO)

May 29, 2012

Apa Diaaa? #Part 1

Kita mulakan dengan bismillah sambil mengelap blog yang dah berdaki ni. Serius lama gila tak update.
SOoo, sepanjang aku bersekolah, tahun ni la aku rasa aku aktif sikit. SIKITT la tapi...

First, aku masuk... Oh wait, *bukak journal*
Ya, aku masuk chess dekat Ipoh, then choral speaking yang dapat tempat ketiga-okay lah tu-first time masuk. Lepas tu, Hari Anugerah Kecemerlangan. Hahahaha. Here's a sneak peek ;)

Qila, yaya, Ima, Madi

Boys batch aku yang hari ini tiba-tiba terserlah ke-macho-an mereka. =P

Ima, Qila



Kitorang yang masuk choral speaking tu buat persembahan hari ni. Sumpah best !


Then, aku jadi helper untuk Kem Perdana dekat sekolah. Cool~



Masa ni tengah siap-siap nak buat tempat mandi lumpur.





Yang ni pulak budak dah start masuk dannn MANDI!!! bhaha

Malam kebudayaan



Lepas malam ni, kitorang suruh budak-budak tidur pastu helpers semua lepak-lepak,


Aku, dah penat sangat, tidurlah beralaskan tikar solat dengan helpers yang lain,

Bila aku bangun, nampak diorang tengah makan megi. Hampeh = ='

Then, apa lagi, aku buat megi, pastu makan sambil layan twitter. Rindu der. Mana tahan...
Credit kepada seorang pekerja sekolah yang murah hati bagi pinjam dia punya BB. Hehe
Time aku makan megi, helpers yang lain kejutkan budak-2 bawak pergi dataran kejat.
Dan Nightwalk bermula...juga bermulanya perkenalan aku dengan seorang budak form aku ni.
Kitorang baru kenal hati budi masing-2 bila jaga stesen yang sama. Sweet gitu. Hahaha. Puii~



Pertandingan kawad kaki dan ini anak buah aku ! Macho tak? Haha




Lepas kawad, ada absailing. Yang helpers ni, tumpang sekaki la jawabnya.
Then, majlis penutup pastu balik.


Lepas kem pulak, aku masuk chess lagi. Tapi kali ni dekat sekolah je.




Hahaha. Sumpah pelik main sorang-2


Pertandingan chess ni hari Ahad. Lepastu, minggu tu jugak aku masuk S.I.R. yang dekat tv tu. Then, petang Isnin lepas latihan S.I.R., aku balik dengan keadaan yang sangat rapuh. Even nak solat Asar pun rasa nak menangis je. Tapi aku tahan. Solat mana boleh menangis kan. Lepas solat, aku berharap-harap dapat bertembung dengan seorang kawan aku ni buat penyeri hati la katakan. Tapi tak jumpa pun. Its okay. Bila sampai dorm, kawan dorm aku cakap dia dah pindah hari tu jugak. Dari rapuh, aku pecah macam tu je. Mana tahan der, dah la tak sempat nak cakap farewell apa semua. Teruk jugak lah aku menangis. Aku sendiri tak faham kenapa. Kawan aku lagi lah tak faham. Lepas call mama, reda lah jugak sikit. Tapi rasa macam sengal semacam je. Haha.


To be continued....









2 comments:

  1. weh mangkuk . asal tudong aq tak jetak ? haha . syg kau qila *tetibe* . ko tahu aq engad pix jannah tuh mak aq ghupe-ghupenye tak . haihh sadis bhaii . lewls

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jetak tak jetak, kau maintain comel madi. Tak apa lah kan. Haha ! Amende lah kau merapu pasal mak kau pulak ni. Ada konflik hati ke apa ni? Ngeng~

      Delete

Feel free to comment :)

.