Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya dalam masa 3 tahun. Dan grad pada tahun 2020. Ameen
17 Ogos 2017

Dec 16, 2011

I'm Not Crazy.I'm Just Me

Heyya all!
Miss me?
Miss you more:p
Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa lah dengan tajuk entri aku kali ni.Oh!Tak tertanya ke?Takpe lah.*merajuk
Who am I kidding?Nak cerita jugak.Wekk :p
Kali ni aku bawak korang masuk dalam hidup aku sekejap.Ok?Okay.Jomm!








Taraa!!Mesti korang dah guess entri kali ni pasal apa.Tak guess lagi ke?Teka la,teka la.Tak nak teka ke?Kenapa malas sangat ni? Hha.Maaf:) Nak cerita pasal aku dan bila aku kat tempat tempat macam ni.Kejadian ni boleh digambarkan sebagai respon dan stimuli ye kawan kawan :)Contoh:

Perpustakaan atau kedai buku adalah stimuli.Maka responnya ialah keterujaan melampau daripada gadis yang bernama Farhana 'Aqilah.Kenapa aku cakap keterujaan melampau?Sebabnya secara automatik aku akan tersenyum melebar macam terlebih gula serta hati tak kan berhenti dari meronta-ronta untuk pergi.
Hiperbola sungguh.Hha.Eh,betul apa.Kalau masa tu aku dalam kereta,aku mintak keluar.Kalau tengah jalan kaki,aku ajak pergi.Even bila aku nampak papan tanda stimuli tersebut,aku akan tersenyum gembira.Tak ke gila namanya tu?Well,I'm not crazy,I'm just me:)



Itu belum lagi masuk.Hha.Bila kat dalam,gila gembira tak terkata kot.Rambang mata aku even kat dalam tu buku semata dan bukanlah shopping mall sekalipun.Bagi aku,MPH,Kinokuniya,Popular dan Bookstore lagi best dari kedai-kedai berjenama kat luar sana.Antara kedai kedai buku yang aku sebut tadi,aku pernah jejak kaki kat MPH je pun.Sadis sungguh.Sob2.Belum tiba masanya lagi.Hmpp.



Korang patut tengok masa pertama kali aku pergi MPH.Macam tak cukup tanah.Hha.Gila excited la aku cakap.Sampai kawan sendiri pun pening.Fikir nak beli buku mana pun dah berejam.Dan ya,aku fikir.Aku tak pilih.Sekejap pergi tempat novel BM,sekejap pergi tempat novel BI.Nak buat macam mana,aku suka dua dua :)
Kalahkan orang shopping cari kasut je.Hhe.Kawan aku time tu lagi lah.Muka hangin semacam je.Maaflah kawan,kau tahu aku macam mana kan?Beribu ampun kupinta.Hhe.Nasib dia asyik mengulang cakap kat aku,"Qila,cepatlah sikit!".Kalau tak memang aku dah tak nampak kawan aku kat mana.Yela,bila kat dunia sendiri memang orang lain aku tak nampak dah. :)
Nasib masa tu fikir kena guna duit lagi.Kalau tak,memang selamat lah duit aku tu buat beli novel novel tu semua.Hha.Duit yang aku bawak pun ciput je.Manalah aku nak cekup duit buat beli novel.Akhirnya aku beli satu je.Haha.Macam sengall.Fikir berejam,yang belinya satu je.Memang hampeh.Kawan aku pun sabar je lah.



  Sekarang ni,koleksi novel aku dah besar sikit.Sikit je la.Ada satu hari tu,jalan kat Ipoh.Sekali 6 novel aku beli.Shopping dengan parents la katakan.Ada lah sumber aku nak buat bayar.Hhe.Itu pun,4 novel tu guna duit aku.Mama dengan abah pun okay je.Kalau diorang okay,aku lagi lah okay.Hha




Aku teringin nak beli novel Inggeris.Cemburu dengan kaklong sebab dia dah ada dua novel Inggeris.Aku lagi suka baca novel Inggeris dari Melayu.Aku pun tak tau sebab apa.Dan aku rasa lagi senang nak pilih novel Inggeris dari novel Melayu.Aku boleh terima kalau novel Inggeris tebal sampai seribu lebih mukasurat.Tapi kalau aku nampak novel Melayu tebal macam tu,mula lah keluar soalan macam-macam dari mulut aku ni.Kepada peminat novel BM,aku bukan benci pun novel Melayu ni.Ada koleksi lagi tu tau.Cuma aku terlebih minat novel Inggeris.Harap maklum.




  Aku bukan lah macam sesetengah orang yang tak makan,tak tidur sebab baca buku.Aku boleh je berhenti sekejap nak buat semua tu.Sebab aku bukanlah baca buku sangat.Cuma aku suka dikelilingi buku.Kalau aku tak ada duit nak beli,masuk kedai tu pun dah cukup heaven bagi aku.Heh.So,kalau korang rasa nak pergi kedai buku,bawak lah aku sekali ye?


Sekian,assalammualaikum:)

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment :)

.