Semoga Farhana 'Aqilah dapat menghabiskan pelajarannya dalam masa 3 tahun. Dan grad pada tahun 2020. Ameen
17 Ogos 2017

Nov 30, 2011

Jiwa Merana. Hati Tersiksa



Sadis kan gambar kat atas ni?
Aku macam ni la beberapa hari yang lalu.
Dan ini kisahku...

Mama dengan abah kan pergi haji,so lepas kakngah balik u,
aku kena duduk rumah pak cik aku(adik abah).
Tiap-tiap petang mak cik aku akan ambil. Paginya pula mak cik aku hantar balik rumah.
Itu pun sebab aku minta. Takla aku kena duduk rumah dia orang sorang-2.
Walaupun malam je aku kat situ tapi aku tak bolehla sorang-2. 
Aku kan adik so bila takde yang nak pimpin aku,
aku jadi hilang arah. cewah!
Anak diorang yang paling sulung pun darjah 3.
Tak kan la aku nak bergosip pulak dengan budak kecik. Alahaiii
Tiap-tiap malam aku menangis. 
Tiap kali aku pejam mata nak tidur je, air mata yang mengalir.Memang aku mula ada insomnia la tidur kat situ
Pagi-pagi pula mata aku macam panda.
Minta-minta la diorang ingat aku tak cukup tidur ke apa.


Ada satu malam tu memang teruk gila lah aku cakap.
Pukul 12 macam tu abah hantar mesej kat pak cik aku.
Pak cik aku pula suruh baca mesej tu
Lepas baca aku terus rasa nak menangis
abah cakap tak payahla bawak aku dengan kakngah ambil diorang
takut nanti tak muat. 
Kakngah pulak nak balik sebab nak ikut sekali la
Kalau kakak aku tak balik,sampai sekarang aku kena bermalam kat rumah pak cik aku tu.

Sambil gosok gigi nak tidur pun air mata boleh keluar lagi.
Memang aku tak dapat nak tahan dah.
Masuk bilik nak tidur pun tak boleh.
Kat luar pulak dengar pak cik aku sembang dengan abah kat fon.
Malas nak dengar.Buat sakit hati je.
Daripada aku pejam mata dan biar je air mata tu keluar,
aku cadang baik tak payah tidurlah sampai esok.
Malam tu aku main game , dengar lagu ,tengok gambar
Satu sony ericson aku tu dah digeledah. Bukannya apa, aku dah penat menangis.Tear gland aku pun dah bengkak aku rasa.
Penangan satu mesej,hati aku hancur luluh macam tu je.
Aku sampai rasa lebih baik mati dari tak dapat ambil parents aku.
Baik aku tidur je sorang-2 kat rumah.Tak payah nak korbankan hati tidur kat rumah pak cik aku tu.
Sampai lah pukul 4 pagi aku rasa baik aku cuba lelapkan mata.
Takkan lah nak main game sampai subuh.
Penat menangis,aku tertidur...

Malam tu aku terkilan sebab tak ada sesiapa yang boleh aku luahkan
kalau tak,memang aku dah lama boleh tertidur.
Kepada sahabat baik aku dua orang tu,bukan aku tak nak call korang
tapi aku tak nak korang terasa.
Yela,mana bolah call dua orang sekaligus.
Dan aku tak boleh nak pilih antara korang berdua.
Sebab aku sayang dua-dua.


Walau apa pun, esoknya OK bukan sedikit tapi berlambak-lambak sebab kakngah balik.
Maknanya malam tu aku tak tidur sorang-2.
Tidur kat rumah sendiri lagi tu.
Dan akhirnya aku boleh senyum kembali :)

Sekian,assalammualaikum :D


No comments:

Post a Comment

Feel free to comment :)

.